Tuesday, December 4, 2007

10 nAma Bands pALing X CoOL



by Gua.com.my

Pada era kegemilangan rock tempatan yang menyaksikan nama-nama unggul seperti Search, Wings dan Lefthanded mengukir lagenda masing-masing, malangnya juga ada di kalangan mereka itu nama-nama yang tidaklah berapa enak disebut mahupun dilaungkan di arena-arena ’80-an dahulu.

Malahan juga, tradisi nama kumpulan yang tidak berapa manis (ataupun, bahasa pasarnya: “ntah hapape!”) berterusan sehinggalah ke zaman post-modern sekarang ini.

Dan yang lagi memusykilkannya lagi, sehampeh manapun nama sesebuah kumpulan tertentu, tidak kiralah – nama-nama ini tetap ditandatangani malah dipromosikan oleh label-label rakaman yang besar! Alangkah hairan bin ajaibnya logik industri muzik kita dahulu bukan?

Di bawah ini, GUA menyenaraikan sepuluh nama paling tak best sekali dalam sejarah muzik tempatan kita ini. Dan kepada pihak-pihak yang mungkin terasa kepahitan ataupun kepedasan cili, rilek la ... ketahuilah bahawa anda telah dikenang dan tetap akan diingati buat satu masa yang lama!

Dengan itu, peace ...


#10 Nice
Aha, Nice. Bererti “baik” dalam bahasa omputeh. Sememangnya, kumpulan Nice ini menyerlah sepanjang tahun 2006 dan 2007 disebabkan lagu-lagu pop nasyid mereka yang baik-baik belaka, beserta juga dengan pakaian seragam dan senyuman-senyuman mereka yang baik-baik belaka. Anak didik Hazami ini memang sukses sejak kebelakangan fenomena “hiburan halal” bawaan si Mawi.

Tetapi fikir ya, sekiranya pernah ada nama kumpulan nasyid sebelum anda seperti “Brothers” dan “Raihan”, mengapakah anda pilih “Nice”? Enche Hazami, terlalu literal kot...


#9 Lovingborn
Hmm, barangkali “Lovingborn” pernah menjadi slang yang cool pada zaman dahulukala. Ataupun mungkin juga ia merupakan ayat yang terlalu original dan belum tiba masanya lagi. Walau apa pun, ertinya tetap menjadi misteri yang akan mati dengan ahli-ahli Lovingborn sendiri. (Mungkin ahli-ahli band itu sendiri pun tidak mengetahui ertinya? Ntahlah...)


#8 Rass
GUA masih musykil: adakah kumpulan rock kapak ini sebenarnya sebuah tribute band yang ditubuhkan untuk menawan hati Ras Adiba Radzi, pengacara anggun pada era itu? Rass, Ras Adiba Radzi. Ras, Ras Adiba Radzi. Hmm...


#7 Defabians (Fabians)
Rockers dari Johor memang ada idiosinkrasi mereka sendiri, itu memang pasti. Tindakan menamakan sebuah band dengan nama semacam ini agak salah beb. Ya, ia berbunyi seperti sebuah kumpulan berasal dari Sepanyol tetapi apa gunanya? Sebelum berpecah, kumpulan Defabians pernah menukar nama mereka menjadi “Fabians”. Satu pembaharuan, tetapi jelas terlambat.


#6 Stings / Arrow / Line Clear
*Ahem*, di tangga yang keenam, kita ada seri kayu tiga. GUA malas nak banyak cerita, tapi nak tanya: susah sangat ke carik nama yang mudah lagi ikonik, seperti “Blues Gang”? Kan senang...



#5 In-Team
Kumpulan nasyid ini meniru N’Sync barangkali?



#4 Umbrella
Jelas betapa daifnya ide dan inspirasi pemuzik-pemuzik rock tanahair kita bila nama band yang patut dijadikan satu kebanggaan sebaliknya menjadi satu kemaluan.
Seringkali didengar di corong radio pada awal era ’90-an dahulu semasa kumpulan ini sedang naik: “Hai, kami Umbrella!” ataupun “Anda sekarang sedang mendengar Umbrella...”
Apa agaknya yang kita semua fikirkan pada zaman itu ya?


#3 Handyblack
Alamak, Handyblack pulak dah! Biar benar? Amende tu?
Kumpulan ini tidaklah berapa popular dahulu kerana adanya rockers terkenal seperti Sweet Charity dan Bumiputra Rockers.
Nama inilah sebabnya.



#2 Spoon“Mempersembahkan ... kugiran terunggul dalam sejarah persada muzik rock negara dan rantau Asia – SUDU!”
Cuba renungkan sejenak ayat di atas. Bayangkan ia tertera di arkib seni persembahan di tempat keramat seperti Istana Budaya. Tak masuk akal langsung betul?


#1 Scoin
HA HA HA! KAH KAH KAH! Kui kui kui... Aduh geng: takde nama LAIN ke?

1 comment:

Dilla said...

hey hey hey... Kumpulan LOVINGBORN tu lagu dia sedap tau ajez. Kamu budak kecik lagi masa tu.