Showing posts with label Community. Show all posts
Showing posts with label Community. Show all posts

Friday, March 7, 2014

Koleksi Lawak Hambar "Asal Mana?"


Asalnya ada yang ini je:


Lepas tu...








Okay, yang ini paling kesian. Khas untuk warga Selangor dan Kuala Lumpur. (LOL!)




Yang bawah ni special edition. 




Dikutip satu persatu daripada Facebook Page IIUM Online. Sila abaikan cubaan meng-edit yang sangat lemah. ;)

Thursday, February 27, 2014

Masalah Mesin ATM - Duit Tak Keluar, Baki Ditolak



Sejak akhir-akhir ini, banyak kali juga terdengar tentang masalah dengan mesin ATM, terutamanya berkenaan dengan pengeluaran wang tunai. Ada lah beberapa teman yang dikenali berkongsi pengalaman mereka melalui Whatsapp dan juga Facebook. Contoh seperti di gambar sebelah. Mulanya, aku buat tak endah, memandang enteng, sehinggalah perkara tersebut terjadi kepada aku sendiri kelmarin (lihat status Facebook di bawah). Isu mungkin berlainan, tetapi tetap berkenaan dengan mesin ATM yang tidak mengeluarkan wang seperti yang sepatutnya.




Lepas aku kongsi pengalaman true story aku, rupa-rupanya, ramai lagi kawan-kawan yang pernah mengalami atau mengenali mereka yang pernah mengalami masalah seperti ini. Kenapa isu ini tidak dibangkitkan oleh media mainstream pun aku kurang pasti. 



Apabila perkara seperti ini terjadi, jangan panik. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah seperti yang di bawah:-
  1. Apabila isu terjadi (duit tidak keluar, tetapi baki ditolak), anda boleh sahkan isu melalui beberapa cara:-
    • Meyemak baki melalui mesin ATM (jika anda masih mengingati baki yang sebelum ini.
    • Menyemak senarai urusan transaksi secara online.
    • Menyemak senarai urusan transaksi dengan operator bank (call center).
  2. Jika isu sah (ada pemotongan), catatkan nombor mesin yang diletakkan dibahagian hadapan mesin ATM terbabit.
  3. Catatkan masa berlakunya isu dan juga jumlah wang yang gagal dikeluarkan.
  4. Simpan resit / bukti transaksi (jika ada).
  5. Jika anda berdekatan dengan bank, laporkan terus kepada pihak bank tersebut. Anda mungkin disuruh mengisi borang dengan butiran yang dicatat sebelum ini.
  6. Jika mesin tidak berdekatan dengan bank, atau urusan transaksi dilakukan pada luar waktu pejabat, sila telefon nombor kecemasan ATM yang tertera pada mesin berkenaan.
  7. Laporkan isu kepada bank pada esok harinya dengan segera.

Langkah berhati-hati yang paling senang boleh dilakukan ialah dengan menyemak baki wang anda sebelum membuat apa-apa transaksi. Dengan ini, anda boleh sahkan terus samada ada pemotongan ataupun tidak.

Semoga post ini bermanfaat untuk semua. :)




Thursday, February 20, 2014

Bottled Water

One of my lecturers is using email to share the class learning materials and when he has time, he will send us short tazkirah such as the one below. Read:  The effect of bottled water usage to the environment. 


(Click on picture to enlarge)






Friday, July 29, 2011

Who Will Make It First

 Source - Modern Family - 211 - Slow Down Your Neighbors






P/s -  
  • Delivery pizza, specificallly Domino Pizza ada 30 minutes policy. Kalau lambat, dapat kupon percuma. Polis? Apa pun tak boleh. :p
  • Series Modern Family nih sangat kelakar, yet penuh family values (Untuk perhatian Madam Dilla). Heheh. 




...

Tuesday, July 19, 2011

Are You An Executive?

Source - Futurama - 617 - Law and Oracle

Fry was asking about a promotion and within seconds, Prof Farnsworth immediately promoting him from a regular delivery boy to an executive delivery boy. Fry accepted it without realizing that it is the same old boring job, but with a proud-to-be-of title only.










Err, somehow, terkena batang hidung saya sendiri jua. :p

P/s - Bos, I need a real promotion!

Wednesday, March 2, 2011

Ehsan Si Intan Payung



Selamat Pagi Cikgu! Itu lah suara Ehsan yang biasa kita dengar apabila menonton Upin dan Ipin.

Ahad lepas, aku sebenarnya pergi jumpa dengan Adelina dengan suami dia, untuk bincang pasal skim insurans Prudential. Suami dia, Munir, bawa la dua orang adik dia sekali. Salah seorang tu, yang dalam video di atas ni la. Aku lupa nama apa, tapi, untuk pengetahuan korang, dia la di sebalik suara Ehsan Si Intan Payung tuh. Selepas dipujuk-pujuk, akhirnya berjaya jugak aku dapatkan video dia yang kat atas nih.





P/s - Aku paling suka Mael sebab dia suka sentapkan orang. :p


Monday, September 6, 2010

Ya Ampun~ Rame nya Manusia



Ramai yang amat manusia membeli belah dekat bazaar di Jalan TAR. Hingga berlaga-laga punggung. Pesan saya, ibu-ibu, bapak-bapak, tidak perlu la membawa anak-anak kecil di kawasan yang sesak seperti ini. Kasihan mereka. Kelemasan.

P/s - Kalo korg pi sini and terjumpa 'bapok' pakai tudung atau baju kurung, percayalah, dorg tuh bukan bapok yang sebenarnya.. Mereka hanyalah salesman lelaki tulen yang dalam misi menarik perhatian pelanggan. Ada yang bertudung sahaja dan ada yang berbaju kurung lengkap. Agak kreatif, tetapi mengarut di situ. Kalo ustaz-ustaz lalu, sure kena tazkirah. :p

Thursday, July 8, 2010

Memperkenalkan, Ajez Choc Lab

Akhirnya, segala rahsia terbongkar. Macam lah rahsia sangat. Apa-apa pun, silah lawat dan beri sokongan kepada saya. Lawati Ajez Choc Lab di sini.




Tuesday, July 6, 2010

Ditegah Bising


Pembetulan tatabahasa di situ. Penggunaan 'di' perlu didekatkan jika perkataan selepasnya ialah kata kerja. 'Di' hanya perlu dijarakkan sekiranya perkataan seteursnya menunjukkan arah atau tempat. Contoh, 'di sana', 'di Kuala Lumpur'.

Pesanan untuk diri sendiri dan masyarakat.

Friday, June 25, 2010

Perkara Menarik Yang Berlaku Hari Ini

Menarik kah? Duli Yang Maha Mulia, Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah datang bersembahyang Jumaat di masjid kawasan perumahan saya, atau lebih dikenali sebagai Masjib Abu Hurairah.


Karpet merah dan khutbah multimedia menantikan Tuanku




Orang ramai berpusu-pusu mahu bersalaman dengan Tuanku. Ye lah, bukan selalu dapat berjumpa Tuanku. Aku? Kemalasan dan tidak suka bersesak-sesak. Mungkin lain kali, InsyaAllah.





Dapat tangkap gambar kereta pun jadilah.




Semasa persinggahan Tuanku di Masjid Abu Hurairah, cuba teka siapa yang ada memeriahkan sekali kunjungan tuanku? Peserta-peserta Top 6 (kalau tidak silap) program Imam Muda. Ye, saya sudah tahu siapa yang berjaya hingga ke Top 6 (walaupun saya sendiri jarang lihat programnya). Mahu tahu? Nah, sneak peek nya:-





(Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)


Wah, sudah lama tak buat karangan bergambar seperti ini. Baiklah, itu sahaja untuk kali ini.

Thursday, May 6, 2010

Dilarang...



Sekadar mengupdate. Pesanan untuk diri sendiri dan masyarakat. :p

Friday, April 30, 2010

Katakan TAK NAK!




Hahahaha! Nice!

Pesanan utk diri sendiri dan masyarakat. :p


Tuesday, January 26, 2010

Mari Ke Kedai Coklat DALURE~



Kedai Dalure (pronounce di-li-ur) nih ialah kedai coklat kepunyaan Cik Huda, salah sorg coursemate aku time kat UIA dulu. Nih mmg kedai dia sendiri tau. Kedai nih jual pelbagai jenis coklat, dari coklat biasa2 yg berharga RM0.10 sehingga la ke coklat jenis pralines or truffle yg agak mahal tetapi berbaloi dan murah jika dibandingkan dgn kedai2 coklat kat KLCC or MidValley dan sewaktu dgnnye. Yg paling penting, coklat tuh confirm 100% HALAL.

Aku personally dah try byk jenis gak ar coklat yg Huda wat ngan mak dia nih. Blueberry truffle, Neopolitan Choc Layers, Marshmellow stick dan byk lg ar. Mmg sedap. Nak tau lebih lanjut, korg leh visit blog dia kat sini. Btw, korg jugak boleh dapatkan pelbagai jenis coklat dan confectionary yg diimport dari negara timur tgh seperti Syria, Iran dan byk lg. Korg jugak leh dapatkan bahan2 mentah seperti cooking coklat, gelatine dan cream cheese yg halal dan byk lg.

Kalo korg tak tau kat mana kedai dia, nah, sila rujuk peta di bawah. Kalo first timer, mmg sesat ar. Aku ari tuh yakin giler ckp kat Huda yg kitorg mmg akan sampai. Last2, sesat dan hampir dikejar polis, ada lah (sbb wat pusingan-U kat tempat yg x sepatutnya)... :p Jgn riso, korg leh roger Huda. Dapatkan no dia kat blog Dalure td and then, roger Huda and ayah Huda akan tolong guide korg dari Alamanda.



(Click map to enlarge)

Okeh, sekian saja rview tak berbayar saya kali nih. Sekali lagi, bg saper2 yg x pegi lagi tuh, silalah yer. Aku pon maybe nak pg lagi sbb nak beli Marshmellow Stick sbb mak aku kata dia suka.

Okeh, visit Dalure's blog at http://dalure.blogspot.com/

Thursday, January 7, 2010

Apparently, I'm not that famous (Memang pon!)

Tak kuar gambar pon dalam Metro. Baca kat sini pasal artikel tuh. Tajuk dia, "Masa Tunggu LRT 2 Minit". Pastuh korg pi baca yg last sentence tuh. X boleh blah. Hahaha!



Sementara itu, seorang pengguna, Abdul Aziz Ahmad, 24, berkata pengenalan tren baru empat gerabak itu dilihat mampu mengurangkan kesesakan orang ramai terutama di stesen LRT yang mempunyai kapasiti pengguna ramai.

“Tren empat gerabak ini bagus dan memberi keselesaan terutama pada waktu kemuncak,” katanya.


Saturday, January 2, 2010

Hadiah Tahun Baru La Sangat...

Hadiah Untuk Diri Sendiri




Apekah? Adakah aku telah menghadiahi diri sendiri ngan dua ketul mobile phone baru? Ngak mungkin, ngak mungkin. Aku tidak sekaya itu. Dua2 nih mmg henset aku, tp bukan henset baru. Aku just tukar housing jer. Belah kiri tuh hp Sony Ericsson W890i aku. Casing dia agak mahal gak ar. Bukan agak, mmg mahal pon. RM100 weh (Harga sebenar RM129)! Maybe sebab diperbuat daripada aluminium kot. Org tuh kata dia special order dari China. Aper2 jer la. Janji aku dapat tukar screen hp aku yg dah lama retak nih.

Yang belah kanan tuh hp kesayangan aku. Dah dekat 4 tahun kot guna. Since 2nd year kat uni. Modelnyer, Motorola E398. Aku syg hp nih sbb speaker dia best. Pastuh aku dah modding sumer isi2 dalam dia, kasi tambah theme yg best2, ngan tukar fost bagai. sebelum nih, bateri dia asik cepat kong jer. X jawab call pon, stand by mode leh tahan 2 hari jer. Pastuh bateri habis. So, semalam aku gi la carik bateri baru. Seb bek ada lagi. RM50 (harga jualan RM69.90). Pastuh, kasi tambah casing sket, kaler biru tuh. I like. Harga, RM 25 (harga jualan RM39.90. Mcm tipu jer).

Nampak jer mcm aku dapat harga murah, padahal, tokei kedai tuh lg pandai. Dia saja letak price tag tuh kasi mahal2. Pastuh, kita nih menawar la. Aku rasa aku patut mintak lagi murah la. Dia mcm senang jer nak agree ngan harga yg aku bargain. Hmm, aper2 jer la. Dah bayar pon. Lesap +-RM200 aku semalam.

Hadiah Daripada Org Lain Untuk Aku



Apekah? Adakah surat cinta? Sila click pic di atas utk paparan yg lebey jelas. Jeng Jeng Jeng. Notis saman parking da.. Mak aku yg perasan pagi tadi. Notis nih ada kat wiper aku since Khamis petang. Hampeh tol la. Tak pasal2 kena saman. Notis tuh meng-required-kan aku utk hantar details pemandu yg parking di tempat kejadian tuh (aku la tuh.. ), pastu dia suruh aku mailkan ke alamat bertanda '*'. Aku carik ar kat dalam notis tuh, xder alamat2 aper pon. Polis tuh luper letak weh. Cuba tgk pic kat bawah. Kosong kan? Xder alamat kan kat dalam kotak tuh?




So, persoalannyer sekarang, xder alamat, mcm mana aku nak mail details? Perlukah? Adakah ini hanya warning sahaja? Bukan saman yg betol2 (sbb x nampak harga pon)? Kalo yer aku kena saman parking (kesalahan parking di dalam lingkungan 30kaki dari simpang), saper tau, agak2 berapa aku kena? Sila la tolong jawab.

En Polis, sila lah bagi discount. Sy mana tau xleh parking kat situ. Situ kawasan perumahan kot. Mana ada keter lalu lalang sgt. Kalo parking pon, kebarangkalian tuk berlaku kemalangan kecil atau kesesakan hanya 5-1o%. Please En Polis. Kaw tim la sama saya. Lepas nih saya x wat lg.

Sy org miskin. Anak dua, baru nak stat sekolah. Haha! (BTW, kena bwk Fiza or Epul nih. Dorg pandai bab2 merayu2 kat polis nih.)