Friday, April 3, 2009

LOP Dinner With Lecturer & Friends + Merewang-Rewang

Semalam, aku ngan budak2 Language for Occupational Purpose (LE4100) section 6 telah dibelanja oleh lecturer kitorg, Br Sharizal untuk dinner kat Pha Pha Garden. Pha Pha Garden nih terletak kat Melawati. Kalo dari UIA, atas sket dari simpang ke Taman Melawati, belah kanan. Nanti korg nampak la signboard mcm kat bawah nih.




Aku datang ngan Una ngan Abby. Tumpangkan dorg. Ingatkan dorg datang berempat, ngan grup member yg len rupanyer berdua jer. Sebelum masuk tuh, kitorg sempat bergambar belatar-belakangkan signboard Pha Pha Garden. Tgk la gambar yg x beraper nak clear nih.



Makanan kat situ agak sedap gak ar. Br Sharizal belanja kitorg makan Tom Yam Pha Pha, Udang Masak Kari Berempah, Sotong Goreng, Kerabu Mangga, Kailan Ikan Masin ngan Telur Bistik. Tgk la gambar kat bawah nih. Menggiurkan x (over plak statement nih)?


Ni la lecturer kitorg, Br Sharizal Idzuan B. Wahad Abdul Rahman. Thanks Br Sharizal sbb belanja kitorg walaupon kitorg ada beberapa kali ponteng kelas + main2 dalam kelas. Hahaha!

(Baca post tentang Br Sharizal kat blog aku lagi satu di sini.)



Ni la antara budak2 kelas kitorg yg datang malam tuh.


Ni plak gambar lauk pas abes makan. Hahaha!



Hmm, dah abes makan, balik ar, aper lg kan. Kitorg ada tangkap gambar ramai2, tp guna kamera org len. So, xleh la nak post kat sini.

Aper2 pon, sebelum blah, aku tangkap gambar Pha Pha Garden tu tuk tatapan korg. Pas ni leh la belanja aku makan kat sini kan? Hahaha! Harga dia pon not bad la. X mahal sangat.





On da way balik tuh, singgah rumah makcik Husna plak, kat Greenwood. Makcik dia nak bagi barang. Agak mencabar gak ar sbb kitorg tak tau jalan. Makcik dia pon actually baru pindah, so x tau nama jalan sumer.

Husna kol makcik dia, tanya macam mana nak gi situ. Klu yg kitorg dapat ialah: Blok B, Kedai Tayar, Markas PAS, Sungai Kecik, Jalan Mati, Simpang Kiri, Nampak Rumah Kedai Simpang Kanan, Signbord Hijau dan Bas. Hahaha! Berbekalkan klu yg diberi, kitorg selamat sampai selepas dalam setengah jam yg kemudian (aku rasa la..).

Ni la gambar Husna dapat beg baru.



Actually, bila dah sampai kat kawasan perumahan tuh, Abby perasan yg kawasan tuh actually kawasan umah Br Zizi gak. Br Zizi ialah MLT (Medical Lab Technician) yg aku, Abby, Fuad, Budi, Fiza, Zahid, Epul ngan Ina kenal time practical kat IMR dulu. Aku actually xder la rapat sgt, tp Abby rapat ngan dia, so, kitorg pon calling2 dia sket, cakap nak datang melawat jap.

Sampai2, dia dah siap goreng potato wedges dah. Giler rajen. Kitorg yg dah kenyang nih, makan jer la. Untuk pengetahuan korg, Br Zizi nih bujang lagi. Tp, rumah dia x macam rumah bujang ar. Kemas giler. Ada peti ais, almari cantik, dapur pn bersih. Kagum2.

Kat bawah nih, gambar kitorg time kat umah Br Zizi. Gambar last tuh, aku paksa Abby basuh pinggan. Husna, enterframe jer, xnak tolong. Hahaha!






Kat umah Br Zizi tuh, jam telah menunjukkan pukul 11.50. Mmg x sempat pny la kalo balik UIA. So kitorg pikir nak bagi alasan aper kat Pak Guard, kalo kena tahan. Xpon, kalo kena saman, sumer kena kongsi duit. Hahaha! Tp, Alhamdulillah, kat gate tuh, kitorg diselamatkan oleh sorg penunggang moto yg kebetulan mencelah kat sebelah kitorg. Pak Guard x sempat nak tahan, aku terus zoom masuk jer. Hahaha! Yeay!

Sebelum balik mahallah, kitorg singgah eng jap. Buat aper? Jeng Jeng Jeng! Hahaha!

K ar. Malas dah.

12 comments:

PrincessHangLiJo said...

1) Bro.shahrizal mmg best giler..tapi aku ni naughty ckit suka main2 kat class..

2) Thanx tumpangkan aku n abby then spend masa singgah umah mak njang aku..

3) aku nak tergelak masa kita lepas pakguard sbb pakguard tu blur..

4) "Sebelum balik mahallah, kitorg singgah eng jap. Buat aper? Jeng Jeng Jeng! Hahaha!" .. hahaha jugak..

ajezahmad said...

@ emiratez - Bila ko nak wat post pasal dinner tuh? Wat la cepat. Hoho~

Mengusung la sangat kan? Xder maknanyer. Hahaha!

ajezahmad said...

@ PrincessLiJo - Aku pn kelas yg akhir2 tuh, xbagi perhatian sgt. Kna siapkan proj waste la, nak print la, quiz la. Hahaha! Sori sir!

Nasib bek pak guard tuh blur. Kalo x abes la.

"Sebelum balik mahallah, kitorg singgah eng jap. Buat aper? Jeng Jeng Jeng! Hahaha!" .. hahaha jugak.." <-- Hahaha lagi~

bumi hijau said...

Ko nyer ulasan post tu macam "Jalan-Jalan Cari makan" la Ajiz. Cuma takde penyerahan plak je kat akhir rancangan tu

Dibut said...

Amboi, sedapnya lauk-pauk..Menggiurkan btol..Haha..

Emiratez said...

Aku malas nk wat post pasal dinner pasal source gambar x byk. Tunggu dh mintak gambar kat Aimi nnti.

ajezahmad said...

@ Abrahamm Sapien - Mcm JJCM ker? Aku nak jadi pengacara ar pasnih. Xjadi nak join OIAM. Hahahaha!

ajezahmad said...

@ dibut - Hahaha! Perli ker?

ajezahmad said...

@ Emiratez - Post jer sudah. Letak ar satu dua gambar pon. Ces.

Dibut said...

Haah..Mmg pun..Jgn marah aa...Heee..

Anonymous said...

aziz nape lop? bukan eop ke.
LOP utk bdk HS n lain2 tak.

kju

~x0x0~fixa~ said...

pha pah garden?
mcm rectoran kawan aku yg diberi nama fafa kan aziz kan...
huhu...
saper la fafa tu kan...
x0x0...