Sunday, May 29, 2011

Meredah Ke Tangkak, Johor


Pagi tadi, aku gagahkan diri untuk ke majlis resepsi Fuad yang telah diadakan di Tangkak, Johor. Cadangnya mahu pergi bersama beberapa orang, tapi malangnya yang lain gagal dikesan (sedih..). Terkenangkan kesanggupan Fuad memberi kad kahwin secara by hand kepada aku, akhir-akhir, aku pun mengambil keputusan untuk meredah saja seorang diri. Alhamdulillah, sebelum itu, Shahril ada telefon, Jadinya, janji bersama dia untuk jumpa di sana sahaja. 

Sebelum bertolak, aku pun ada ber'sms' dgn Amir Akmal. Dia dalam perjalanan ketika itu, bersama Zarul dan isterinya, Elly. Ada gang lagi. Yes!

Perjalan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Alhamdulillah, pada jam aku sampai, Amir, Zarul dan Elly masih lagi di Tangkak. Sebelum pergi ke kenduri, kami berempat sempat singgah di 'rumah penanggah' (kata Amir), tempat di mana pengantin bersiap-sedia bersama Pak Andam. Tak teringat nak tangkap gambar pada masa Fuad dan isterinya bersiap sedia. Begitu juga gambar Amir, Zarul dan Elly. Maaf.

Jam dua lebih, aku pun bergerak ke tempat jamuan, sudah berjanji bersama Shahril mahu terus jumpa di situ. Amir, Zarul dan Elly bergerak pulang kerana Elly perlu mendaftar diri untuk kemasukan diplomanya di UIA. Shahril datang bersama isterinya, Amal, dari Kluang dengan menaiki Volkswagen Golf! Cayalah Shahril!



Nah, lauk yang dihidangkan. Ada kambing, ayam dan daging. Ikan saja tidak ada. Meriah bukan lauknya? Macam-macam jenis pun kuih ada. Air pun ada tiga jenis. Besar bajet Fuad ni. Khemah pun ada lapan buah. Rezeki masing-masing.




Inilah Shahril dan isterinya. Shahril sekarang ini bertugas sebagai Bioprocess Engineer (kot..) di Biowaste Corp. Sdn. Bhd. manakala isterinya pula masih menjalani housemanship di Hospital Kajang.


Sedikit sebanyak suasana kenduri. Maaf tidak daapt menangkap gambar pengantin dari jarak dekat. Apa-apa pun, tahniah kepada Fuad dan isteri.






Tahniah juga kepada Tarmizi dan Syeera, yang juga mengadakan jamuan pada hari yang sama. Maaf tak dapat datang. Fuad ajak dulu. Huhu.

Sekian saja karangan bergambar aku pada kali ini.

P/s - Post kali ini agak skema. Apa pon tak boleh~  

:p

No comments: