Thursday, February 27, 2014

Masalah Mesin ATM - Duit Tak Keluar, Baki Ditolak



Sejak akhir-akhir ini, banyak kali juga terdengar tentang masalah dengan mesin ATM, terutamanya berkenaan dengan pengeluaran wang tunai. Ada lah beberapa teman yang dikenali berkongsi pengalaman mereka melalui Whatsapp dan juga Facebook. Contoh seperti di gambar sebelah. Mulanya, aku buat tak endah, memandang enteng, sehinggalah perkara tersebut terjadi kepada aku sendiri kelmarin (lihat status Facebook di bawah). Isu mungkin berlainan, tetapi tetap berkenaan dengan mesin ATM yang tidak mengeluarkan wang seperti yang sepatutnya.




Lepas aku kongsi pengalaman true story aku, rupa-rupanya, ramai lagi kawan-kawan yang pernah mengalami atau mengenali mereka yang pernah mengalami masalah seperti ini. Kenapa isu ini tidak dibangkitkan oleh media mainstream pun aku kurang pasti. 



Apabila perkara seperti ini terjadi, jangan panik. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah seperti yang di bawah:-
  1. Apabila isu terjadi (duit tidak keluar, tetapi baki ditolak), anda boleh sahkan isu melalui beberapa cara:-
    • Meyemak baki melalui mesin ATM (jika anda masih mengingati baki yang sebelum ini.
    • Menyemak senarai urusan transaksi secara online.
    • Menyemak senarai urusan transaksi dengan operator bank (call center).
  2. Jika isu sah (ada pemotongan), catatkan nombor mesin yang diletakkan dibahagian hadapan mesin ATM terbabit.
  3. Catatkan masa berlakunya isu dan juga jumlah wang yang gagal dikeluarkan.
  4. Simpan resit / bukti transaksi (jika ada).
  5. Jika anda berdekatan dengan bank, laporkan terus kepada pihak bank tersebut. Anda mungkin disuruh mengisi borang dengan butiran yang dicatat sebelum ini.
  6. Jika mesin tidak berdekatan dengan bank, atau urusan transaksi dilakukan pada luar waktu pejabat, sila telefon nombor kecemasan ATM yang tertera pada mesin berkenaan.
  7. Laporkan isu kepada bank pada esok harinya dengan segera.

Langkah berhati-hati yang paling senang boleh dilakukan ialah dengan menyemak baki wang anda sebelum membuat apa-apa transaksi. Dengan ini, anda boleh sahkan terus samada ada pemotongan ataupun tidak.

Semoga post ini bermanfaat untuk semua. :)




No comments: