Friday, February 13, 2009

Berita Sedih~

Hmm, lama x post. Dekat seminggu. Rindu ke?

Sorry to say la... Stat2 post jer, terpaksa citer pasal berita sedih.

Hmm, tiga hari yg lepas, kita dikejutkan ngan berita seorg budak final year QS, meninggal dunia, eksiden. Bnda tu berlaku kat Greenwood jer. Dekat jer ngan UIA Gombak. Xsangka2. Ini menunjukkan ajal boleh berlaku kat mana2, bila2 masa jer. Kadang2 kita x expect pon bnda tu boleh berlaku. Untuk tahu lebih lanjut pasal student QS tuh, sila la rujuk di sini.

Sehari lepas tuh, tersebar pulak berita kat LAN Ali, pasal sorg budak ni, kena denggi berdarah. Nama dia Faris Syafiq. Mula2 dgr berita tu, terngiang2 kat kepala aku, macam kenal jer budak nih. Godek punya godek, rupa2nya, dia junior aku time kat SMAKL dulu. Ni pic dia:


Aku actually x rapat ngan dia. Kenal kat sekolah pon mcm tuh jer. Sekadar hubungan junior dan senior. Tp yg aku tau, dia nih mmg aktif bersukan + aktiviti rekreasi yg len. Xsangka2, kena denggi, denggi berdarah, sekarang terlantar kat hospital. Aper yg mengejutkan, dia dah dalam keadaan xsedar diri dah sekarang nih. Kritikal. Innalillah~

Terkejut aku bila member aku ckp dia dah critical. Member aku ckp dia jd denggi berdarah tu sbb lambat ke hospital. X sangka2. Sekali lagi, ujian dari Allah tu boleh datang bila2 jer dan kepada saper2 jer. Org yg sihat pon boleh tiba2 mendapat sakit yg boleh menyebabkan maut. Apetah lagi org2 biasa yg malas bersenam mcm aku nih. Memang menginsafkan aku.

“.. ingat lima perkara sebelum lima perkara, sehat sebelum sakit. Kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit. Hidup sebelum mati.”

Aku harap pas ni aku boleh berubah jadi lagi baik, walaupon sedikit demi sedikit, sebelum terlambat. Kat sini aku nak ajak kawan2 aku, jom la jadi baik. yg mana malas sembahyang tuh, ingat2 la yer. Banyakkan amal ibadah. Paling senang, bersedekah. Senang sbb org tak nampak yg kita bersedekah.

Kepada kawan2 sekalian, sama2 la kita doakan agar saudara Faris dapat sembuh, InsyaAllah. Doa2 kalian sangat diperlukannya sekarang.

P/s - Sesaper yg ada tanda2 denggi seperti di sini, tolonglah, diulangi, tolonglah ke clinic or hospital ngan segera. Jgn biarkan sikap sambil lewa anda membawa padah. Pesanan untuk diri sy jugak. Hoho!

No comments: