Tuesday, October 27, 2009

Mari Membersihkan Rumah Itu... Walaupun Malas. :p

The title says it all. Haha!

Minggu lepas... eh2, dua minggu lepas kot, pakcik aku sorg tuh, baik hati kasi cat lebih kat umah aku. Dia cat umah sewa dia sblum nih, pastuh, bila ada lebih, dia kasi kat umah aku. Bila aku dgr jer dia nak kasi 'hadiah istimewa' tuh, aku dah tau dah yg hari2 honeymoon akan dicuri.

Mmg betol pon. Pakcik aku yg baik hati tuh telah memberi kerja kat aku yg tak berapa bekerjaya lg nih. Dia suruh aku bersihkan dinding2 umah aku so that pasnih senang + smooth sket nak cat? Errrk? Rumah aku dah lama x cat kot.. Berkerak dah dinding.

Benda pertama kena wat, kena angkut mesin high pressure pump yg berat nak mampus nih. Serious! Berat giler. Sorg mmg susah nak angkat ar. Seb bek ada roda. So aku leh tarik. Tgk ar pic dia kat bawah nih.



Tp, ada roda pon x berapa guna gak sbb aku kena angkut mesin tuh naik level 2 umah aku. Seb bek la adik aku kebetulan balik umah. Angkut bersama la. Kalo x, mmg patah tulang belakang aku gamaknyer.

Then, kena angkut mesin tuh ke luar umah plak. Rumah aku kat belah tepi skali. So, ada tembk kat tepi tuh. Aku pon angkut jer la mesin gergasi tuh ke luar umah. Proses mencurah air dijalankan seperti di bawah. Agak x best gak ar sbb kena wat kejer tgh2 panas.


Then, ada satu kali tuh, kaki aku kekotoran. Pastu, aku yg pandai nih, nak bersihkan la kononnyer. Aku pon pancut air dari high pressure pump tuh kat kaki aku. SAKIT GILER SIOT! Aku terlupa yg air dari pump tuh laju nak mampus sehingga boleh membunuh (aku sj exxagerate..). Haha!

Dah ar. Malas nak citer. Kesimpulannyer, selepas 2 hari, rumah aku sudah sedia untuk dicat. Tgk ar result dia kat bawah nih. Aku sediakan comparison sebelum dan selepas:

Before (berkerak kan?)




After (bersih siket ar)




After After (Lihat lah duniaHaha!)




BTW, pas 2 minggu bersihkan dinding, baru arinih cat umah. Pekerja yg nak tolong tuh x free sblum nih. Nak harap aku cat, bruk ar umah aku. Haha! Tp aku cat jugak yer. Aku wat first layer, then dia wat finishing. Nanti aku post pic 'After After After'.


Nota kaki - Bila la pulak aku nak kemas bilik aku nih? Malas giler~~

Siri kisah-peribadi-syok-sendiri

2 comments:

myadlan said...

wah.. nak pinjam gak bleh tak? malas la nak bli water jet tu..

ajezahmad said...

@ myadlan - tuh pakcik aku punya ar. ala, ko beli jer kat kedai hardware. ada yg kecik punya. senang nak bawak ke sana sini. :)