Showing posts with label bOrak2. Show all posts
Showing posts with label bOrak2. Show all posts

Sunday, May 29, 2011

Mo and Mos

Siapakah mereka? Mereka ialah sepasang kawan yang menyertai The Amazing Race Australia. Aku pernah post-kan tentang mereka di Facebook minggu lepas.



Wah! Sangat kagum dengan mereka. Aku pernah terfikir (baca: berangan) untuk menyertai The Amazing Race sebelum ini dan antara persoalan yang timbul sebelum aku menghantarkan permohonan (macamlah betul..) termasuklah "Kalau aku dapat join, macam mana nak sembahyang tengah-tengah race nanti? Aiseh". Namun yang demikian, Mo dan Mos menbuktikan, solat bukanlah satu halangan! Buktinya, setelah dua leg di dua buah negara, mereka masih lagi ada di dalam race tersebut. 



“Who knows? Just taking five minutes to stop and pray might just help us focus. And that could be just what we need to win the race,” says Mos.


All the best kepada Mo dan Mos. You guys have all the supports from Malaysia! Ingin tahu lebih lanjut tentang mereka? Klik sini saja.


Ada satu lagi team yang aku support, Team Anne-Marie dan Tracy. Kedua-dua mereka sangat positif okay! Tak kisah la, walaupun mereke ketinggalan, mereka tetap berfikiran positif. Dan gelak tawa mereka sangat addictive (ya, mereka memang suka gelak.)!








Sunday, March 6, 2011

Mari Menjahit Jeans

Malas nak cerita, kau orang hadap saja karangan bergambar di bawah ni:


SEBELUM















TADA!!!!




Jahitan-jahitan tersebut tercabut juga disebabkan kain perca dari seluar jeans yang lagi satu itu terurai (betul ke perkataan nih?). Last-last, aku guna gam UHU jer untuk tampal pain perca tu. Cet!

:p



Tuesday, March 1, 2011

What On Earth Is This?

Проект создан для тех, кто хочет [url=http://www.i-millionnerru/?rid=3501]научиться зарабатывать с помощью интернета[/url] и своего компьютера. Мы не будем предлагать Вам ничего купить у нас, не будем предлагать Вам финансовые пирамиды и форекс, мы просто хотим помочь тем людям, которых интересует реальный интернет-бизнес, без мошенничества и обмана. Вы узнаете, как можно [url=http://www.i-millionnerru/?rid=3501]зарабатывать деньги без вложений[/url] и без собственного сайта. Вы узнаете о многих других секретах, которые скрываются в сети Интернет и как это может пригодиться Вам на пути к успеху.

Mengarut-mengarut saja orang yang spam aku punya blog. Ini baru satu. Beratus-ratus aku aku semak kat comment section blog nih. Agak menjengkelkan juga la.

Dulu aku pernah menulis satu post yang bertajuk "Mari Membuang Itu Word Verification" (Sila klik link untuk ke post tersebut). Aku terpaksa mengaktifkan semula option tersebut untuk mengelakkan comment berunsur spam dari spammers tak bertauliah. Agak leceh sedikit untk pembaca setia (ada ke? Haha!) untuk membalas komen, tapi saya berharap itu tidak akan menjadi satu masalah kepada anda semua untuk terus mebaca blog ini ya.

Monday, February 28, 2011

Saya kembali

Bapak lama aku tidak mengemaskini blog. Well, kemalasan. Apa-apa pun, nantikan post-post menarik pada masa akan datang. Buat masa ini, tatap la gambar ajez-went-gaga di bawah ni. :)





Thursday, September 30, 2010

The Amazing Race

Wah, baru selesai menonton The Amazing Race Season 17, episod yang pertama (Well, another day of me and TV Series). Untuk episod yang pertama nih, aku kasi 4.5/5 bintang. Memang best la. Siapa yang tak tengok lagi, kat AXN ada repeat. Buat masa ni, aku support for Team Doctors, Nat & Cat.



Yang bawah ni, team-team simpanan. Dari atas, Team Birth Mother-Daughter, Team Father-Daughter, Team TV Hosts dan Team Father-Son. Dalam episod yang pertama ni, Team TV Hosts tu paling awesome. Memang respect gila mereka.






Yang bawah ni Team Beach-Volleyball. Macam nak support juga, tapi mereka ni macam, errr,, what's the word ya? B****y? Biasa la. Perempuan cantik. Apa-apa pun, baru satu episod. Jadi, tak boleh nak judge sangat.



So, kepada yang belum tonton, harus bukak AXN dan tengok!! Setakat nih, jarang ada episod-episod The Amazing Race yang mengecewakan aku, unless masa episod tuh, team yang aku support kena eliminate. :p


P/s - Aku tengok The Amazing Race Asia (TARA) 4 juga. Tapi sedikit bosan. :p Apa-apa pun, utk TARA 4, aku support for Team Buddies (Malaysia) dengan Team Father-Daughter (Indonesia).





Monday, September 6, 2010

Kepuasan Tercapai.. Walaupun Lebih Setahun Berlalu...

Ini bukan post tentang raya ya, walaupun raya semakin hampir. Ini juga bukan post tentang kejayaan aku mencari baju raya. Tahun ini mungkin tidak akan beli baju raya yang baru kerana limitasi (ada ke perkataan ini?) budget. Mungkin hanya akan beli baju jalan di Sogo. Baju raya la tuh. Hahaha! Sudah. Melalut pula.

Sila rujuk kepada post aku yang lalu di sini, tentang kemalasan aku untuk mengemas barang-barang yang aku kumpul sepanjang persekolahan di UIA. Lihat gambar di bawah mungin sudah mencukupi kot.




Sesak dan rimas kan? Dan lemas. :p Percaya atau tidak, sudah lebih setahun aku longgokkan barang-barang tersebut di bucu sepi bilik tidur aku. Sejak Mei 2009. Segala habuk, rambut-rambut keguguran terkumpul di situ.

Semalam, aku gagahkan diri untuk mengemas longgokan tersebut. Alhamdulillah, aku teringat, kakak aku pernah bagi aku sejenis kerusi-kotak-fungsi-pelbagai semasa harijadi aku yang lepas. Lihat gambar di bawah:-




Smart kan box nih? Tak perlu pergi IKEA pun. Di Giant atau Tesco pun ada, dan harganya, di bawah RM20. Jadi, misi-misi mengasingkan barang-barang bermemori dan 'sampah cantik' bermula. Kali ini aku bekukan hati. Secantik mana pun sampah itu, aku tetap akan buang. Sampah cantik di sini bermaksud barang-barang yang suatu ketika dulunya cantik dan bergaya, tetapi sekarang tidak boleh digunakan lagi.





Lihat apa yang aku jumpa sepanjang proses mengemas? Pemain MP3 a.k.a thumbdrive aku yang pertama. Klasik tuh. Memori 128MB. Kalo cari kat Low Yat sekarang memang confirm takkan jumpa. Di sebelah kanan tuh, jam tangan LEVI'S yang tak berfungsi lagi. Ini lah contoh 'sampah cantik'. Buangkan aja. Ada la tiga empat utas jam tangan aku buang. Semuanya berharga RM10 seutas. Lepas nih kena cari jam yang mahal terus.




Apa lagi yang aku jumpa? Tag program Wawasan Desa IPT yang aku design! Walaupun latar belakangnya aku ciplak, yang lain itu aku buat sendiri ye. Masa ni sangat amatur dalam berdesign. Photoshop pun tak kenal. Guna aplikasi 'Paint' sahaja. Sebelah kiri tuh, tag Liaison Officer untuk sukan orang kurang upaya, peringkat Asia Pacific, KL Fespic 06. Ini pun aku mahu simpan elok-elok. Siapa yang join KL Fespic sebagai L.O. ni saja yang paham betapa perit tetapi puas hati dalam menguruskan atlet-atlet antarabangsa itu. Masa nih, aku handle atlet-atlet dari Iran. Orang Arab, seperti yang Dr K sendiri mengaku, "Sometimes, we are c****". Memang mencabar. Tetapi mereka baik sebenarnya. Mungkin mereka terbawa-bawa culture mereka sekali ke negara kita.

Seterusnya, kad matrik semasa pengajianku di Matriculation Center IIUM, The Gate of the Garden of Knowledge and Virtue, Sayang. Jadi, simpankan aja.




Ini pula koleksi tag-tag yang aku simpan dari Matric IIUM. Yang ini sebahagian je. Ada juga yang aku buang.





Hasilnya, tada!! Ini kapsul masa aku. Mungkin tiga empat tahun lagi baru aku akan jenguk balik kapsul masa ni.





Selesai sudah mengemas. Yang di bawah ini apa? Sampah sarap sudah. Buangkan aja tanpa belas kasihan. Hahaha!




K ar. Sekian saja cerita bergambar aku untuk kali ini. Nantikan misi mencabar aku yang seterusnya, 'Menjahit Seluar Jeans Yang Berlubang' (sila baca dengan gaya opening Shin Chan).

P/s - Mahu cari lagi 5 biji kotak-kotak seperti ini. Smart siot. Tiada lagi kotak-kotak kertas fotostat.



Monday, August 30, 2010

Tentang Tulisan

Dah tidak tahu nak tulis apa, akhirnya, aku pun membuat keputusan untuk mengkobek-kobek balik gambar-gambar yang kononnya menarik, yang aku tangkap beberapa bulan yang lalu. Aku jumpa dua keping gambar yang menunjukkan tulisan tangan aku.

Yang pertama ni, ditangkap semasa aku berada dengan Sime Darby Management Apprenticeship Programme 2009. Sila klik untuk paparan yang lebih jelas. Tergerak hati nak tangkap masa itu sebab masa aku menulis tuh, hampir semua kawan-kawan aku cakap tulisan aku macam tulisan dalam computer. Betol ker? Hadap jer la.


Yang kedua ni pula aku tangkap dalam dua bulan yang lepas kot. Mahu hantar surat permohonan ke Kolej Islam Pahang untuk jawatan pensyarah, tapi sampai sekarang belum ada jawapan. Maknanya... ah, tuh lain citer. Hahaha!

Sebelum aku poskan surat tuh, aku ke satu kedai cina tuh, untuk membeli sehelai sampul surat. Kebetulan, uncle kedai tu ternampak tulisan aku, seraya dia berkata, "Wah, itu tulisan kamu ker? Cantik la. Macam guna pembaris". Aku menjawab, "Aah, tulisan saya. Eh, tak cantik pun. Biasa-biasa jer, tapi memang tak guna pembaris (nak jugak.. Hahaha!)". Terus aku snap gambar nih lepas tuh utk jadikan kenangan. Thanks for the compliment, uncle (sila sebut 'Uncle' dengan gaya Zuko di dalam kartun Avatar: The Last Airbender :p ).



Cantik tak cantik, hidup ini bukan semuanya indah belaka (ayat tidak boleh blah). Teringat zaman belajar masa tahun akhir dulu, tulisan aku pernah dikritik oleh seorang lecturer, "I have difficulties reading your handwriting", kata Dr K (bukan nama sebenar) terhadapku di hadapan pelajar-pelajar lain. Tapi, dalam hati aku masa tuh, mcm nih, "Dr K nih salah orang kot". Ini sebenarnya ayat untuk menyedapkan hati. Sampai hati Dr K kutuk tulisan aku. Tulisan S*** lagi susah nak paham kot. Hahaha! Apa-apa pun, hadapkan aje.

Itu saja posting membuang masa saya untuk kali ini. Mesti korg menyesal baca kan sebab ada unsur-unsur Masuk Bakul Angkat Sendiri. Hahahah! K ar.

Saturday, August 14, 2010

Apabila otak dah tepu

Apabila otak dah tepu, nak kemaskini blog pun tak tahu nak tulis apa. Haih~

Tidak ada perkembangan yang menarik sebenarnya untuk dikongsikan, itu pasal tak ada benda nak update. Minta maaf ye kawan-kawan. Nanti jikalau dah ada benda best, aku update panjang-panjang.

Malas

Saya agak malas untuk mengemas barang-barang yang saya bawa balik dari asrama sejak setahun yang lalu. Kebanyakan barang-barang tersebut terdiri daripada alat-alat tulis, kertas, barang-barang perhiasan yang saya perolehi daripada program-program seperti tag, mug dan sebagainya.



Saya rasa saya perlu beli kotak-kotak mahal dari IKEA dulu, baru saya ada mood untuk mengemas. Ah, apakah motif saya membebel sedemikian di sini?

P/s - Salam Ramadhan kepada semua~

Thursday, July 29, 2010

Sherlock (2010)

Wah, agak lama juga aku tak kemaskini blog ni. Dianaktirikan. Hahaha! Kali ini aku nak cerita tentang satu siri TV dari BBC. Memang best la. Aku baru tonton satu episod pun sudah boleh teruja. Nama siri itu Sherlock. Ya, Sherlock yang Sherlock Holmes itu, tetapi yang ini versi TV Series punya.

Watak dalam cerita ini sama seperti yang dalam novel Sir Arthur Conan Doyles, cuma kali ini, Sherlock hidup di abad ke 21. Pandai guna smartphone kot. Dan yang paling best, dia suka ber-text messaging. Haha! Housemate Sherlock, John Watson juga ada dalam series ini. Juga organisasi Moriarty.

Nah, aku sajikan kamu semua satu deduction scene dalam episod pertama Sherlock. Senang nak difahamkan sebab ada visual aid kot. Sangat menarik. Lain daripada yang lain.





Baca lebih lanjut di sini.

P/s - Tetapi The Mentalist masih tetap di hatiku.