Friday, June 25, 2010

Perkara Menarik Yang Berlaku Hari Ini

Menarik kah? Duli Yang Maha Mulia, Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah datang bersembahyang Jumaat di masjid kawasan perumahan saya, atau lebih dikenali sebagai Masjib Abu Hurairah.


Karpet merah dan khutbah multimedia menantikan Tuanku




Orang ramai berpusu-pusu mahu bersalaman dengan Tuanku. Ye lah, bukan selalu dapat berjumpa Tuanku. Aku? Kemalasan dan tidak suka bersesak-sesak. Mungkin lain kali, InsyaAllah.





Dapat tangkap gambar kereta pun jadilah.




Semasa persinggahan Tuanku di Masjid Abu Hurairah, cuba teka siapa yang ada memeriahkan sekali kunjungan tuanku? Peserta-peserta Top 6 (kalau tidak silap) program Imam Muda. Ye, saya sudah tahu siapa yang berjaya hingga ke Top 6 (walaupun saya sendiri jarang lihat programnya). Mahu tahu? Nah, sneak peek nya:-





(Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)


Wah, sudah lama tak buat karangan bergambar seperti ini. Baiklah, itu sahaja untuk kali ini.

No comments: