Ahad lepas aku berkesempatan ke satu majlis perkahwinan yang agak gah, bertempat di Pusat Konvensyen Putrajaya. Majlis perkahwinan antara anak buah sepupu aku (kalau tidak silap. :p). Sempat juga snap beberapa foto kerana kagum dengan majlis yg diadakan. Malas bercerita panjang, lihat saja cerita bergambar di bawah ini.
Lihat saja ruang legar Dewan Perdana di PICC ini, yang mapu memuatkan lebih 100 buah meja hidangan. Agak-agak, berapa kos sewaannya ya?
Pasangan yang diraikan, Ehsan dan Nur. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, InsyaAllah.
Majlis yang yang bertemakan Bollywood. Sepanjang menunggu ketibaan pasangan mempelai, lagu-lagu irama bollywood dimainkan.
Makanannya? Lihat saja gambar-gambar di bawah. Nasi beriayi Bukhara, ditaja oleh Syed Catering. enam jenis lauk. Memang tak muat perut.
Majlis tamat kira-kira jam 3.30 petang, selepas pasangan pengantin selesai memotong kek. Sekali lagi, tahniah kepada Ehsan dan Nur.
No comments:
Post a Comment