Dah tidak tahu nak tulis apa, akhirnya, aku pun membuat keputusan untuk mengkobek-kobek balik gambar-gambar yang kononnya menarik, yang aku tangkap beberapa bulan yang lalu. Aku jumpa dua keping gambar yang menunjukkan tulisan tangan aku.
Yang pertama ni, ditangkap semasa aku berada dengan Sime Darby Management Apprenticeship Programme 2009. Sila klik untuk paparan yang lebih jelas. Tergerak hati nak tangkap masa itu sebab masa aku menulis tuh, hampir semua kawan-kawan aku cakap tulisan aku macam tulisan dalam computer. Betol ker? Hadap jer la.
Yang kedua ni pula aku tangkap dalam dua bulan yang lepas kot. Mahu hantar surat permohonan ke Kolej Islam Pahang untuk jawatan pensyarah, tapi sampai sekarang belum ada jawapan. Maknanya... ah, tuh lain citer. Hahaha!
Sebelum aku poskan surat tuh, aku ke satu kedai cina tuh, untuk membeli sehelai sampul surat. Kebetulan, uncle kedai tu ternampak tulisan aku, seraya dia berkata, "Wah, itu tulisan kamu ker? Cantik la. Macam guna pembaris". Aku menjawab, "Aah, tulisan saya. Eh, tak cantik pun. Biasa-biasa jer, tapi memang tak guna pembaris (nak jugak.. Hahaha!)". Terus aku snap gambar nih lepas tuh utk jadikan kenangan. Thanks for the compliment, uncle (sila sebut 'Uncle' dengan gaya Zuko di dalam kartun Avatar: The Last Airbender :p ).
Cantik tak cantik, hidup ini bukan semuanya indah belaka (ayat tidak boleh blah). Teringat zaman belajar masa tahun akhir dulu, tulisan aku pernah dikritik oleh seorang lecturer, "I have difficulties reading your handwriting", kata Dr K (bukan nama sebenar) terhadapku di hadapan pelajar-pelajar lain. Tapi, dalam hati aku masa tuh, mcm nih, "Dr K nih salah orang kot". Ini sebenarnya ayat untuk menyedapkan hati. Sampai hati Dr K kutuk tulisan aku. Tulisan S*** lagi susah nak paham kot. Hahaha! Apa-apa pun, hadapkan aje.
Itu saja posting membuang masa saya untuk kali ini. Mesti korg menyesal baca kan sebab ada unsur-unsur Masuk Bakul Angkat Sendiri. Hahahah! K ar.