Dah tidak tahu nak tulis apa, akhirnya, aku pun membuat keputusan untuk mengkobek-kobek balik gambar-gambar yang kononnya menarik, yang aku tangkap beberapa bulan yang lalu. Aku jumpa dua keping gambar yang menunjukkan tulisan tangan aku.
Yang pertama ni, ditangkap semasa aku berada dengan Sime Darby Management Apprenticeship Programme 2009. Sila klik untuk paparan yang lebih jelas. Tergerak hati nak tangkap masa itu sebab masa aku menulis tuh, hampir semua kawan-kawan aku cakap tulisan aku macam tulisan dalam computer. Betol ker? Hadap jer la.
Yang kedua ni pula aku tangkap dalam dua bulan yang lepas kot. Mahu hantar surat permohonan ke Kolej Islam Pahang untuk jawatan pensyarah, tapi sampai sekarang belum ada jawapan. Maknanya... ah, tuh lain citer. Hahaha!
Sebelum aku poskan surat tuh, aku ke satu kedai cina tuh, untuk membeli sehelai sampul surat. Kebetulan, uncle kedai tu ternampak tulisan aku, seraya dia berkata, "Wah, itu tulisan kamu ker? Cantik la. Macam guna pembaris". Aku menjawab, "Aah, tulisan saya. Eh, tak cantik pun. Biasa-biasa jer, tapi memang tak guna pembaris (nak jugak.. Hahaha!)". Terus aku snap gambar nih lepas tuh utk jadikan kenangan. Thanks for the compliment, uncle (sila sebut 'Uncle' dengan gaya Zuko di dalam kartun Avatar: The Last Airbender :p ).
Cantik tak cantik, hidup ini bukan semuanya indah belaka (ayat tidak boleh blah). Teringat zaman belajar masa tahun akhir dulu, tulisan aku pernah dikritik oleh seorang lecturer, "I have difficulties reading your handwriting", kata Dr K (bukan nama sebenar) terhadapku di hadapan pelajar-pelajar lain. Tapi, dalam hati aku masa tuh, mcm nih, "Dr K nih salah orang kot". Ini sebenarnya ayat untuk menyedapkan hati. Sampai hati Dr K kutuk tulisan aku. Tulisan S*** lagi susah nak paham kot. Hahaha! Apa-apa pun, hadapkan aje.
Itu saja posting membuang masa saya untuk kali ini. Mesti korg menyesal baca kan sebab ada unsur-unsur Masuk Bakul Angkat Sendiri. Hahahah! K ar.
Itu saja posting membuang masa saya untuk kali ini. Mesti korg menyesal baca kan sebab ada unsur-unsur Masuk Bakul Angkat Sendiri. Hahahah! K ar.
14 comments:
siapakah S*** yg dimaksudkan itu? hahaha
Oo..Ak tau sape itu Dr.K..hmm..
jiz....kalu nak apply jawatan....kat sampul tu anta print la.... baru nampk pro sket... 1st impresion org baca kat sampul anta la....hahahah (my opi jer)
btw..... tulisan anta memang pujaan.....hahahahah
@ Mdm Dilla - S*** juga bukan nama sebenar. Haha!
@ Dibut - Shhh.. Jgn kecoh2. Hahaha!
@ Nasir - Betol gak kan. Tp buat masa nih, ana dah mls nak apply yg post2 lagi dah. Satu pon x berjawab. Kecewa... :p
Dr K cakap kat ko mcm tu? Huhu~
@ Najla - Aah. MAsa kelas Control. Lepas dia pulangkan mid term kot. :p
btw aziz, setahu saya IKIP tu bukanlah kolej yg bagus. Sebabnya zaman 2000-an dulu, pelajar-pelajar yg tak dapat kredit utk subjek Math& Fizik pun masih diterima untuk melanjutkan pelajaran dlm bidang kejuruteraan. Bukan salah para pelajar yang menaruh harapan macam lagu Eton anak Pak Semeon tu. Salah kolej tu yg gedik dok fikir nak generate duit je tahunya. Tapi tak tahulah saya sekarang kalau mutu & keunggulan kolej ini sudah dinaiktaraf.
Aziz, ak rs ak ade gak terdgr2 mase sir komen pasal tulisan ko tu. hihihi.
@ mdm dilla - Kolej Islam Pahang tuh IKIP ek? Skrg sumer private college mcm tuh. DOrg mana kisah sgt qualification. Yg penting ada duit flows in. Tp peranan lecturer la penting kat cni. Samada betol2 nak ngajar budak-budak tuh, or sekadar membiarkan mereka di pinggiran ala-ala lagu Francisca Peter. :p
@ Dibut - Kan? Sentap x? Hahahaha!
aku tau Dr.K sape,aku leh bajet S*** tu sape...hehehe
Post a Comment