Ini bukan post tentang raya ya, walaupun raya semakin hampir. Ini juga bukan post tentang kejayaan aku mencari baju raya. Tahun ini mungkin tidak akan beli baju raya yang baru kerana limitasi (ada ke perkataan ini?) budget. Mungkin hanya akan beli baju jalan di Sogo. Baju raya la tuh. Hahaha! Sudah. Melalut pula.
Sila rujuk kepada post aku yang lalu
di sini, tentang kemalasan aku untuk mengemas barang-barang yang aku kumpul sepanjang persekolahan di UIA. Lihat gambar di bawah mungin sudah mencukupi kot.
Sesak dan rimas kan? Dan lemas. :p Percaya atau tidak, sudah lebih setahun aku longgokkan barang-barang tersebut di bucu sepi bilik tidur aku. Sejak Mei 2009. Segala habuk, rambut-rambut keguguran terkumpul di situ.
Semalam, aku gagahkan diri untuk mengemas longgokan tersebut. Alhamdulillah, aku teringat, kakak aku pernah bagi aku sejenis kerusi-kotak-fungsi-pelbagai semasa harijadi aku yang lepas. Lihat gambar di bawah:-
Smart kan box nih? Tak perlu pergi IKEA pun. Di Giant atau Tesco pun ada, dan harganya, di bawah RM20. Jadi, misi-misi mengasingkan barang-barang bermemori dan 'sampah cantik' bermula. Kali ini aku bekukan hati. Secantik mana pun sampah itu, aku tetap akan buang. Sampah cantik di sini bermaksud barang-barang yang suatu ketika dulunya cantik dan bergaya, tetapi sekarang tidak boleh digunakan lagi.
Lihat apa yang aku jumpa sepanjang proses mengemas? Pemain MP3 a.k.a thumbdrive aku yang pertama. Klasik tuh. Memori 128MB. Kalo cari kat Low Yat sekarang memang confirm takkan jumpa. Di sebelah kanan tuh, jam tangan LEVI'S yang tak berfungsi lagi. Ini lah contoh 'sampah cantik'. Buangkan aja. Ada la tiga empat utas jam tangan aku buang. Semuanya berharga RM10 seutas. Lepas nih kena cari jam yang mahal terus.
Apa lagi yang aku jumpa? Tag program Wawasan Desa IPT yang aku design! Walaupun latar belakangnya aku ciplak, yang lain itu aku buat sendiri ye. Masa ni sangat amatur dalam berdesign. Photoshop pun tak kenal. Guna aplikasi 'Paint' sahaja. Sebelah kiri tuh, tag Liaison Officer untuk sukan orang kurang upaya, peringkat Asia Pacific, KL Fespic 06. Ini pun aku mahu simpan elok-elok. Siapa yang join KL Fespic sebagai L.O. ni saja yang paham betapa perit tetapi puas hati dalam menguruskan atlet-atlet antarabangsa itu. Masa nih, aku handle atlet-atlet dari Iran. Orang Arab, seperti yang Dr K sendiri mengaku, "Sometimes, we are c****". Memang mencabar. Tetapi mereka baik sebenarnya. Mungkin mereka terbawa-bawa culture mereka sekali ke negara kita.
Seterusnya, kad matrik semasa pengajianku di Matriculation Center IIUM, The Gate of the Garden of Knowledge and Virtue, Sayang. Jadi, simpankan aja.
Ini pula koleksi tag-tag yang aku simpan dari Matric IIUM. Yang ini sebahagian je. Ada juga yang aku buang.
Hasilnya, tada!! Ini kapsul masa aku. Mungkin tiga empat tahun lagi baru aku akan jenguk balik kapsul masa ni.
Selesai sudah mengemas. Yang di bawah ini apa? Sampah sarap sudah. Buangkan aja tanpa belas kasihan. Hahaha!
K ar. Sekian saja cerita bergambar aku untuk kali ini. Nantikan misi mencabar aku yang seterusnya, 'Menjahit Seluar Jeans Yang Berlubang' (sila baca dengan gaya opening Shin Chan).
P/s - Mahu cari lagi 5 biji kotak-kotak seperti ini. Smart siot. Tiada lagi kotak-kotak kertas fotostat.