Showing posts with label Annoying Things.... Show all posts
Showing posts with label Annoying Things.... Show all posts

Thursday, May 19, 2011

Biadap Sungguh Dia Ini

Pertama sekali, ini post berunsur emo (iyalah tuh.. ).

Sebelum aku mulakan post ini, aku mahu meminta maaf jikalau ada siapa-siapa yang merasakan penggunaan perkataan 'biadap' itu agak kasar. Kalau diikutkan, itu sudah lebih lembut kalau dibandingkan dengan perkataan 'bodoh' atau 'tak guna', yang aku memang nak sangat cakap dalam post kali nih. Opps, terlepas lah pula. Maaf.



Kanapa? Pemandu WNF 1635 yang melalui Jalan Tun Razak sekitar jam 4.30 petang tadi agak biadap kerana TIDAK MEMBERIKAN LAMPU SIGNAL KE KIRI/KANAN setiap kali mencelah masuk dihadapan kereta lain, termasuklah kereta aku.


Aku memang pantang dengan sikap segelintir pemandu yang biadap atau berat tulang untuk memberikan lampu signal yang hanya memerlukan tenaga tidak sampai 1Nm/s itu (Betulkah unit tenaga ini? Tenaga = Kerja/Masa kan? :p ). Bukannya susah. Bukannya perlu bayar apa-apa. Bukannya akan merosakkan kereta anda. Mungkin ego anda terlalu tinggi. Dalam kepala anda seperti ini, "Aku hebat. Tak perlu bagi signal. Signal untuk mereka yang skema". Bengong!


Apa-apa pun, tahniah la kerana membuatkan aku marah dan meluahkan kemarahan aku ini di dalam blog yang sudah hampir 2 bulan tanpa sebarang kemaskini. Padan muka kau. Gambar kereta kau masuk dalam blog aku yang dibaca hampir 10 000 orang di dalam dan di luar negara (Berangan sangat kan? Hahahaha!). Lepas ini, kalau jumpa, kita pakat baling telur ramai-ramai (Gelak jahat).

Yang lain, termasuklah aku, sila ambil pengajaran. Tak susah pun kalau nak bagi signal. Sejuk sikit hati pemandu lain, sekiranya anda memberi signal sebelum mencelah di hadapan mereka. Lebih baik, angkat tangan sekali, tanda terima kasih.

Renung-renungkan dan selamat beramal! :)


Wednesday, March 23, 2011

Kenapa Malas Update?

I need these items first:
  1. New keyboard (Branded one!)
  2. New mouse (Wireless one!)
  3. New chair (The current one is not ergonomic at all!)
Alasan semata-mata kan? :p

Sunday, March 6, 2011

Mari Menjahit Jeans

Malas nak cerita, kau orang hadap saja karangan bergambar di bawah ni:


SEBELUM















TADA!!!!




Jahitan-jahitan tersebut tercabut juga disebabkan kain perca dari seluar jeans yang lagi satu itu terurai (betul ke perkataan nih?). Last-last, aku guna gam UHU jer untuk tampal pain perca tu. Cet!

:p



Tuesday, March 1, 2011

What On Earth Is This?

Проект создан для тех, кто хочет [url=http://www.i-millionnerru/?rid=3501]научиться зарабатывать с помощью интернета[/url] и своего компьютера. Мы не будем предлагать Вам ничего купить у нас, не будем предлагать Вам финансовые пирамиды и форекс, мы просто хотим помочь тем людям, которых интересует реальный интернет-бизнес, без мошенничества и обмана. Вы узнаете, как можно [url=http://www.i-millionnerru/?rid=3501]зарабатывать деньги без вложений[/url] и без собственного сайта. Вы узнаете о многих других секретах, которые скрываются в сети Интернет и как это может пригодиться Вам на пути к успеху.

Mengarut-mengarut saja orang yang spam aku punya blog. Ini baru satu. Beratus-ratus aku aku semak kat comment section blog nih. Agak menjengkelkan juga la.

Dulu aku pernah menulis satu post yang bertajuk "Mari Membuang Itu Word Verification" (Sila klik link untuk ke post tersebut). Aku terpaksa mengaktifkan semula option tersebut untuk mengelakkan comment berunsur spam dari spammers tak bertauliah. Agak leceh sedikit untk pembaca setia (ada ke? Haha!) untuk membalas komen, tapi saya berharap itu tidak akan menjadi satu masalah kepada anda semua untuk terus mebaca blog ini ya.

Saturday, September 25, 2010

Cabaran Menaiki Public Transport

  1. Naik Bas Metro. Penuh. So, terpaksa berhimpit dan berlaga punggung di dalam bas. Semalam, ada seorang makcik tuh tergesel 'tut' dia ke badan aku. Ahhhhh!!!!
  2. Naik LRT. Akhirnya, ada kerusi kosong. Selalunya aku malas nak duduk sebab susah nak keluar. Tapi masa tuh dah tak ramai orang, jadi aku duduk saja . Seorang mamat, berbangsa asing, duduk di sebelahku. Tiba-tiba, dengan rakus dan yakinnya, dia memasukkan jari telunjuknya ke lubang hidungnya dan melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukan dikhalayak ramai. Arrrggggghhhhh!!!!!

Kes yang pertama itu aku boleh maafkan, kerana mungkin makcik itu tidak sengaja. Kes yang kedua itu, unforgivable. Pengotor!!! Bak kata cikgu Bahasa Inggeris aku masa sekolah rendah dulu, "If you want to pick your nose (mengorek hidung), please go to the toilet where nobody can see you. And wash your hands!!".

Dugaan... Dugaan... :p

Wednesday, June 23, 2010

This Is A Scam

I am Lee Kiang, an attorney at law. A deceased client of mine, that shares the same last name as your's, died as a result of a heart-related condition in March 12th 2008. Leaving behind a deposit valued at $19 million dollars. His heart condition was due to the death of all the members of his family in the tsunami disaster on the 26th December 2004 in Sumatra Indonesia.

This will be executed under a legitimate arrangement that will protect you from any breach of the law, you can also contact me on my private EMAIL: leekiangesq1@gmail.com

Best Regards,

Lee Kiang.
Attorney at Law.

Dear Mr Lee,

Do you expect me to believe this? Come on la. I don't know how on earth that you got my email but nevertheless I will use your email and post it to some random scam website and let you see how you feel about it. Revenge time. Muahahahahaha!

Regards,

Abdul Aziz Ahmad.












Like this post? More at http://irazizinenglish.blogspot.com




Saturday, January 2, 2010

Perkara Annoying Yang Berlaku Di Perhentian Bas

Sedang aku menantikan bas2 yg x kunjung tiba, aku singgah sebentar ke stall yg jual2 air ngan kopok lekor kat sebelah Sogo tuh. Ckp pasal stall kopok lekor+air nih, teringat plak aku kat incident2 yg membabitkan dorg. Dorg kan berniaga tepi jalan tanpa permit. So, setiap kali DBKL datang jer, mesti dorg lari terkedek-kedek ngan crate dorg tuh sambil menjerit2, "DBKL! DBKL!". Hahaha! Tp yg aku kagum ngan dorg nih, dorg sanggup berisiko utk mencarik rezeki. Bukan mcm aku nih. Pemalas. Tp nasihat aku kpd abg2 dan kakak2 sekalian, pi la mintak permit kat DBKL. Pastu mintak location yg dibenarkan utk berjaja. Aku rasa xder la mahal mana pon. Anyway, tu bukan perkara annoying yg aku nak tulis kat sini.

Ceritanya, aku gi la beli air kat stall tuh. Time tuh, ada gak sorg lagi yg turut beli air sekali ngan aku. Then, aku pon kembali ke perhentian bas sambil enjoy air jambu batu+asam yg baru dibeli (aku pon tak tau naper dorg letak asam. Tp aku lebih suka rasa air jambu batu tuh jer.). Mamat yg beli air sorg lagi tuh dok kat sebelah depan aku, juga sedang menikmati air yg dibelinya. Sambil2 minum tuh, xder ribut, xder taufan, tiba2, cawan plastik yg mamat tuh pegang tercampak dari tangannyer (ni mesti kes x baca bismillah. Marilah kita membaca Bismillah sebelum makan atau minumyer). Tumpah la segala air dan ketulan2 ais ke muka bumi, beserta ngan cawan plastik dan straw.

Yang annoying nyer, dah jatuh segala tuh, mamat tuh leh wat dek jer. Aku tak kisah pasal air ngan ais tuh as they can easily eveporated menjadi wap air. Tp, cawan ngan straw tuh? Duh?! Tinggi sgt ker pride ko sampai malu nak kutip sampah yg ko accidently terbuang tuh? Kalo ko x perasan, aku x kisah, nih, aku rasa ko x nak kutip sbb ko malu nak kutip. Konon2 jaga kemachoan la tuh? Hampeh sungguh. (X leh marah lebey2, nanti ada org kata aku emo + tak sedar diri plak. No offense kepada sesaper yg terasa.)

Pengajarannyer di sini, kutip jer la sampah yg terjatuh tuh. Aku tau ko malu, tp ape salahyer kutip dan buang sampah2 tersebeut ke dalam tong sampah. Sayangi la Kuala Lumpur. Malu jer kalo nengok sampah2 bertaburan kat KL nih.

K ar. Membebel panjang plak.

Disclaimers:-
  • Ini ialah pesanan utk diri sendiri dan masyarakat.
  • Kepada sesaper yg terasa tuh (kepada diri sendiri jua), pasnih jgn wat lagi yer.
  • Aku x emo terhadap mana2 pihak yg berkenaan dlm post nih. Aku just rasa annoying jer. Sila paham.
  • Kalo korg nak x puas hati gak sbb aku tulis post2 yg mcm nih (post bajet bagus), whatever jer la ngan korg. Like I even care! Hahaha!
Korg dah baca En. Rosman punya2 perkara2 annoying? Dia punya lagi well said ar. Gi baca kat sini. To Rosman, aku dok promote blog ko nih. Jgn lupa promot blog aku plak ek. :p

Friday, December 18, 2009

Perkara Annoying Pada Hari Jumaat..

Haih, time kat masjib kawasan umah aku td, budak2 bising nak mampus kat level atas. Ntah aper yg diborakkan dorg. Pasal BEN 10 ker aper, borak ar pas sbyg jummat weh. X bek wat bising adik2 oi. Yg remaja pon lebey kurg gak. Hampeh sungguh. Kurang pahala Jumaat.

Aku nak carik dalil pasal hukum berbuat bising time khutbah, tp tak jumpa. Saper2 tau, silalah letak kat komen yer.

P/s - Teringat zaman kecik2 dulu. Ada sorg pakcik nih, tukang jaga org wat bising. Kalo bercakap, sure kena marah punya. PAstu dia suruh pengawas yg ada berdekatan utk ambik nama. Aku penah kena sekali. Heheh!

Thursday, December 17, 2009

Perkara Annoying Yg Dialami Oleh Cik Oren

Hua2. Nampaknyer semakin ramai org dok letak perkara2 annoying yg berlaku dalam hidup dorg kat blog. Nih, aku jumpa satu post dari blog Cik Oren.

Ada 9 perkara annoying yg Cik Oren bungkuskan sekali gus. Personally, aku suka no. 3, 5 dan 8. Korg gi baca ar weh. Memang pedas punya!

Aku dah mintak kebenaran dia utk linkkan post tersebut kat sini. Klik sini untuk baca.

Tuesday, December 8, 2009

Perkara Annoying Yg Berlaku Semalam... Dalam Bas!

Panas nih! Aku sebenarnyer nak citer semalam, tp pas balik kerja, penat pulak. Malas nak update. Ok, citer dia mcm nih. Aku on the way pi kejer pagi smlm. Naik bas. Then, ada satu moment tuh, ada sorg pompuan, nak turun. Diulangi, seorg perempuan, nak turun. Dia pon bangun, then nak tekan loceng. Time dia nak tekan loceng tuh, aku ternampak sesuatu yg mengejutkan. It's something BEYOND GELI okay! Nak tau aper yg aku nampak?

Okeh2. Sabo2, nak bg tau la nih. Jeng Jeng Jeng! Aku ternampak bulu ketiak siot! OMG!!!!!!!! Hampeh tol. Nasib baik aku x mengunyah aper2 dalam bas smlm, kalo x, mesti termuntah punya! Hampeh punya pompuan. Nak pakai baju sleeveless, pi la cukur ketiak dulu. Geli siot! Trauma aku.

Hmm, nasihat aku, utk kaum2 hawa, tutupla aurat anda. Utk yg bukan muslim, kalo nak pakai baju sleeveless pon, pi la cukur bulu ketiak dulu. Pastu jgn lupa pakai deodarant yer. Bye!

Ingin menjadi yg pertama untuk mengetahui "Perkara Annoying" yang terbaru?

Taip ANNOY ON dan hantarkan ke +60193749835.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Thursday, November 26, 2009

Perkara Annoying Yang Berlaku Dalam Bas (Semalam...)

  1. Aku duduk sebelah sorg nih. Pada satu masa tuh, aku mendapati bahawasanyer, org yg duduk sebelah aku tuh sedang berusaha dgn gigih untuk memicit jerawatnyer. Duh? Tunggu la balik umah dulu kot. Picit jerawat tuh masa org takder kat sekeliling. By the end of the case, aku x sure dia berjaya ker tak meletupkan jerawat tersebut selepas beberapa attemps yg agak menjengkelkan. (Nasib baik dia x korek hidung. Hahaha!)
  2. (Yang nih ada unsur2 kegelian sikit. Jangan baca jika anda seorg yg sentitif. ) Aku nak terberak dalam bas. Hahaha! Satu hari aku tahan beb. Tandas kat ofis x best. Last2, sembelit. Adeh...
Itu saja.. Assalamualaikum....

P/s - Aku rasa content blog aku nih semakin kurang ilmiah la..

Sunday, November 8, 2009

Perkara Annoying Yang Berlaku Di Jalanraya

  • Sorg pakcik tuh, bawak moto, bersama-sama dgn dua pembonceng lain, anaknya di bahagian depan, isterinya di belakang (hubungan antara mereka adalah sekadar assumption only. Tp tuh bkan main concern kat sini). Hmmm, satu kesalahan di jalan raya. Membahayakan nyawa anak dah isterinya kerana membawa lebih muatan.
  • Sambil2 dia bawak motor tuh, dia merokok dan menghembuskan asap kepada anaknya yg duduk di bahagian depan. What the? Isterinya tidak kisah barangkali, sbb time tuh aku nampak dia tersenyum saja. Aiseh, pakcik2, kesian la kat anak pakcik yg kecik tuh. Pakcik nak isap rokok, tuh pakcik punya pasal, tp jgn la sampai membabitkan anak pakcik sekali.

P/s - Aku rasa mcm nak jdkan "Perkara Annoying" nih as sub-main post aku ar. Mcm best jer. Haha!

Thursday, November 5, 2009

Perkara Annoying Yg Berlaku Hari Nih

  1. On the way aku balik dari Setapak, menuju ke KL, ada satu lori nih block jalan, yg mana dua lane jalan menjadi satu lane, menyebabkan kesasakan berlaku sehingga 500 meter (aku nak tulis sampai 1 km, tp mcm exaggerate la plak. haha!). Hampeh sungguh pemandu lori tersebut. Nasihat aku, len kali, try la cari parking kat tmpat len. Ingat jalan tuh ko pnya ker?
  2. Ada sorg mamat tuh sesuka hati dia jer buang plastic bag merata-rata. Aku pantang betol. Aku nak jer rekemen kat govt Malaysia utk kuatkuasa akta buang sampah merata-rata nih. Mcm Singapore. Baru bersih sket Malaysia nih. Kalo x, wat malu jer ngan sampah sarap merata-rata.
Ok, sekian saja utk Perkara Annoying Yang Berlaku Pada Hari Ini.