Sunday, January 11, 2009
I Got These Messages...
Alternative Boicott
.......
Disalin semula daripada: Husaini yg telah menyalin dari Leokid's Life
Terima kasih dan Jazahullahu khairan kathira kepada Akh Syamirullah atas artikel yang baik dan berinformatif ini.
Umat Islam, di Malaysia terutamanya, digesa untuk melakukan pemboikotan ke atas produk-produk yang terbukti memberikan sumbangan secara langsung ke atas negara haram Israel, sekaligus menyuburkan keganasan yang dilakukan Israel ke atas saudara-saudara kita di Palestin!
.......
Di Malaysia, terdapat banyak syarikat-syarikat luar yang telah lama bertapak, sekaligus menjadikan usaha memboikot ini seolah-olah satu beban kepada kita semua. Kita telah biasa berkunjung ke McDonalds, telah biasa terpegun dengan kecanggihan produk Intel dan Nokia, telah selalu menonton saluran Disney & CNN dan sebagainya. Susah betul nak boikot, kan?
Saya tidak bercadang mengulas panjang mengenai boikot dari segi hukum dsb. Saya yakin telah banyak diulas di sana dan sini mengenai kedudukan boikot. Justeru jika anda datang ke sini dengan persoalan - “Patutkah aku boikot?”, saya rasa anda tidak akan jumpa jawapannya di sini. Namun nasihat dari saya, boikotlah dengan ilmu dan rasional. Jangan memboikot secara membuta tuli - siasatlah terlebih dahulu sumber berita yang anda terima, pastikah kesahihannya, beralihlah kepada alternatif yang lebih baik secara kurang radikal dsb.
.......
Boikot, menjadi lebih mudah sekiranya kita sudi berhijrah! Berhijrah dari yang buruk kepada yang lebih baik. Dalam suasana pelbagai pihak yang mempromosikan boikot, jarang kedengaran pihak yang menawarkan alternatif ke atas produk-produk yang diboikot ini.
.......
Justeru, dalam artikel ini, saya akan menyenaraikan 5 jenama utama Israel-associated di Malaysia, serta 5 alternative yang lebih baik bagi jenama tersebut! Alternative yang dipilih adalah berdasarkan kualiti produk yang hampir sama dengan produk asal yang perlu diboikot, justeru jika anda beralih ke produk alternatif ini, anda tidak akan rasa perbezaan pun!
Coca Cola VS Pepsi!
Di Malaysia, kedua-dua jenis minuman ini telah lama bertapak. Ia menjadi kebiasaan diminum terutamanya dalam golongan muda dan remaja. Saya tidak berhasrat menyentuh dari aspek kesihatan, kerana minuman-minuman bergas ini sememangnya tidak wajar dijadikan minuman harian.McDonalds VS KFC
Kedua-dua restoran makanan segera ini juga telah lama bertapak di Malaysia. Kedua-duanya menawarkan produk yang hampir sama - ayam goreng, burger dsb!
.......
.......
Apa alternatifnya? Saya sarankan, KFC sebagai alternatif kepada McDonalds! KFC, sebuah jenama franchise makanan segera, ditubuhkan oleh Colonel Sanders di Kentucky, Amerika Syarikat pada 1952. Sejak dari itu, jenama ini telah berkembang pesat ke seluruh dunia.
.......
KFC di Malaysia, diuruskan oleh sebuah syarikat bumiputra tempatan iaitu QSRBrands. Syarikat ini dinaungi oleh ahli lembaga pengarah yang boleh dikatakan hampir semuanya muslim, serta mempunyai sebuah panel syariah yang tersendiri bagi memastikan produk yang dijual serta transaksi perniagaan yang berlaku adalah halal dan mengikut syariat. Antara ahli panel syariah syarikat ini adalah bekas Mufti Johor, Dato’ Noh Gadot.
.......
Sebab itulah, pernah tak terfikir - Kenapa minuman di McDonalds adalah Coca Cola & Sprite, tetapi di KFC minuman cola yang dijual adalah PEPSI? Tukarlah kepada alternatif lain!
INTEL vs AMD
Persaingan antara 2 buah syarikat peneraju cip elektronik dan processor komputer utama dunia ini, telah lama wujud. Dalam kalangan enthusiast komputer serta peminat gaming, prestasi antara cip processor INTEL dan cip AMD telah lama diperdebatkan. Kedua-duanya terlalu hebat dari segi teknologi!
.......
.......
Justeru, beralihlah kepada cip dari syarikat AMD. Cip mereka terbukti dalam kalangan enthusiast komputer, memberikan saingan yang hebat kepada Intel. Pendek kata, kita selaku pengguna biasa komputer, takkan terasa perbezaan antara komputer bercip INTEL dan bercip AMD.
.......
Syarikat AMD (Advance Micro Device) merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat. Selain mengeluarkan cip processor, AMD juga mengeluarkan cip motherboard, graphic processor dan sebagainya. Di Malaysia, kewujudan komputer bercip AMD semakin banyak bertapak, sama ada komputer desktop mahupun komputer notebook. So, kenapa perlu pilih INTEL, sedangkan kita ada pilihan produk yang lebih kurang sama hebatnya?
.......
Ingat, next time anda mahu beli komputer, carilah logo AMD!
NOKIA VS Sony Ericsson!
Ah, persaingan sengit antara 2 jenama pengeluar telefon bimbit di seluruh dunia. Kedua-duanya menawarkan fungsi telefon bimbit asas yang sama, dengan sedikit perbezaan dari segi fungsi.
.......
.......
Alternatif bagi syarikat ini, saya cadangkan kita beralih kepada model Sony Ericsson (SE)! SE merupakan sebuah company joint-venture antara syarikat terkenal Jepun, iaitu SONY dengan sebuah syarikat telekomunikasi Sweden, Ericcson. Syarikat ini berpangkalan di London, United Kingdom, serta tiada fakta @ bukti jelas menunjukkan penglibatan syarikat ini dengan negara haram Israel.
.......
Dari segi kualiti, bercakap secara peribadi (saya kini memiliki 3 buah SE yang digunakan sejak 5 tahun lalu), Sony Ericsson merupakan sebuah jenama yang tahan lasak. Telefon model K300i yang saya gunakan sejak saya SPM dahulu, masih boleh digunakan hingga sekarang!
.......
Namun, kebanyakan telefon bimbit SE tidak support aplikasi .sis, justeru membawa sedikit kekurangan. Sungguhpun begitu, sepanjang saya menggunakan telefon bimbit, saya tidak rasa saya perlu guna fungsi tersebut pun!
.......
Bagi yang tidak pernah cuba SE, saya syorkan anda cuba menggunakannya, pasti anda akan berpuas hati! Saya pernah juga cuba menggunakan telefon Nokia untuk beberapa ketika, namun sayang, bagi pendapat peribadi saya, saya lebih gemarkan Sony Ericsson!
DISNEY VS ANIME!
Disney merupakan sebuah channel television yang terkenal di seluruh dunia! Boleh dikatakan mana-mana kanak-kanak di dunia ini yang mempunyai akses TV antarabangsa, pasti mengenali syarikat Disney ini. Setelah mengukuhkan kedudukannya dalam arena TV, Disney mengorak langkah lebih jauh ke dalam bidang lain seperti filem, muzik dan pakaian, namun masih lagi disasarkan kepada golongan kanak-kanak.
.......
.......
Alternatif yang saya ingin cadangkan, adalah sebuah genre animasi dari Jepun, iaitu lebih dikenali ramai sebagai ANIME! Anime merupakan genre kartun yang pasti mampu menarik minat kanak-kanak di seluruh dunia kerana kecomelannya serta mempunyai banyak persamaan dari segi persekitaran yang ditonjolkan. Justeru, ianya mudah sekali diasimilasi dalam kelompok kanak-kanak, sekaligus mengurangkan “kebergantungan” kanak-kanak kepada Disney.
.......
Walaubagaimanapun, anime menggunakan bahasa Jepun sepenuhnya sebagai bahasa perantaraan. Namun, jika ada yang mengatakan Disney sesuai sebagai medium pembelajaran bahasa Inggeris, banyak lagi medium-medium pembelajaran bahasa Inggeris yang lain yang lebih sesuai! Malah, siapa sangka, dengan menonton anime kanak-kanak turut berminat menguasai bahasa Jepun juga? =)
.......
Perlu diingatkan, anime itu sendiri perlu dikawal tontonannya. Sesetengah anime, mempunyai aksi-aksi yang kurang sesuai kepada kanak-kanak, mendedahkan aurat, pergaulan bebas dan sebagainya. Walaupun semakin banyak anime yang memupuk sifat positif seperti persahabatan, perjuangan dan sebagainya dikeluarkan, pilihan terbaik tetap adalah meninggalkan perkara ini secara terus. Hiburan merupakan satu bentuk penyerangan ke atas akidah umat Islam, baik dari Yahudi mahupun dari mana-mana sekalipun. Berhiburlah mengikut syariat Islam, dan sesungguhnya menjauhi hiburan-hiburan melampau dan tidak mengikut syariat ini adalah yang terbaik bagi kita selaku Muslim!
.......
KESIMPULAN
Terdapat banyak alternatif lain selain produk-produk yang menyokong perjuangan Israel ini. Kita cuma perlu bukakan minda, luaskan perspektif, maka pilihan-pilihan tersebut pasti lebih baik kepada kita, inshaAllah!
.......
Perlu dinyatakan, alternatif yang saya nyatakan di atas bukan alternatif terbaik yang ada! Alternatif yang saya berikan adalah berdasarkan kepada kualiti produk/jenama yang paling menyerupai produk asal. Namun, alternatif yang terbaik bagi jenama-jenama tersebut pastilah jenama MUSLIM!
.......
Justeru, jika anda merupakan seorang ahli farmasi @ ahli kimia, maka ciptalah sebuah minuman baru bagi menyaingi CocaCola dan PEPSI! Jika anda merupakan seorang pengusaha makanan/restoran, maka bangunkanlah jenama francais makanan segera anda yang tersendiri! Jika anda merupakan seorang jurutera komputer, maka keluarkanlah sebuah cip komputer yang setanding dengan Intel dan AMD! Jika anda merupakan seorang jurutera telekomunikasi, maka hasilkanlah sebuah telefon bimbit yang setaraf dengan Nokia dan Sony Ericsson! Dan jika anda seorang jurutera multimedia @ kartunis @ juruanimasi, jom hasilkan trademark animasi kita sendiri, animasi MUSLIM!
.......
Sudah jelak dan muak kita menggunakan produk-produk mereka. Ayuh, mari kita mencorakkan masa depan dengan produk-produk berlandaskan syariah dan bersama kita hiasi kegemilangan Islam di masa hadapan!
.......
(PS : Boikot, boikot juga. Tapi jangan lupa usahakan ikhtiar yang lain juga! Jangan lupakan Qunut Nazilah! Jangan lupa terus mengeluarkan derma dan sedekah! Jangan lupa, ceritakan mengenai perihal Palestin kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda! Jangan lupa terus berdoa! Percayalah, boikot sahaja tidak cukup, anda mampu lakukan yang lain!)
Saturday, January 10, 2009
Free Palestine!

Kat bawah ni aku letak pic2 yg aku snap pasal activiti2 bdak UIA bagi menunjukkan protes terhadap serangan terhadap Palestine.



During the Grand Munajat Program, there were talks and speeches that were given by the leaders of societies in IIUM (Maaruf Club, AYC, KArisma, Wawasan Club, IYC...). These are some points that i jotted down i.e about what we at least can do to save Palestine:
- Suplication (Dua) - Do it at least after each fard prayer, Insya-Allah.
- Boicot product2 Israel and sekutu2nya, especially US.
- Spread the news about Palestine to others. Cerita pasal kesusahan mereka, ceritakan pasal kekejaman Zionis terhadap mereka.
- Educate other people especially those in rural area about this issue so that more people will be aware of it.
- Make media file like posters, banners and spread to others. Eg, macam aper yg aku wat kat blog nih.
- Jadi student yg berguna. Belajar bersungguh2 and kembalikan zaman kegemilangan Islam.
Friday, January 9, 2009
Teratai... Di Mana Kau?
Last2, Alhadulillah member kpd member aku (pening da ayat nih) teringat kat Batu Caves, ada org jual daun teratai utk hiasan. Dia pon suggest kat member aku suruh order jer kat org tu. Alhamdulillah dapat. But then, harga dia mahal sket la. RM 2 utk sekuntum. Member aku ckp, kalo kat Rawang, RM 2 leh dapat 4-5 kuntum. Hmm, dia xkisah la. Asal ada teratai tuh.
So, masalahnyer di sini, member aku tuh perlukan stock teratai every week, dalam 2-3 kuntum la. Agak costly la kalo tempah kat org tu (tapi boleh claim actually). So, aku di sini nak tny, saper2 tau ada tasik ker, kolam ker, lombong ker kat area2 KL-Gombak nih, yg ada teratai la of course, leh la bg tau aku yer. tulis kat comment. So, leh la aku inform kat member aku nih. Sian dia mencari teratai..
Teratai.. Oooo Teratai...
Oooo teratai bunga indah...
Da ar. Ngarut jer.
Thursday, January 8, 2009
Got Tagged by Syam
A tag by the NEW YEAR ELF: List 5 things you are proud of this year with it's reason and tag 5 other persons! Five things I'm proud of:
Internship Program at Institute for Medical Research (IMR)
- The time being an intern at IMR is one of the proudest moment I had last year because i learned a lot there especially all the hands-on experience in the lab, working in office and lab surrounding, doing overtime, etc. Among the biotech lab techniques that i learned include SDS PAGE, Western Blotting, Buffer Preparation, Protein Extraction etc. Unfortunately, I'm not sure whether i will be able to practice all the techniques again in the future since my FYP has nothing to do with all the lab skill. As most of u know, my FYP is related with Bioinformatics, which i will spend most of the time doing my project in front of the computer. To know more, click here.
- Last November, I attended a 3P course (Thanks to Amir for inviting me to join it), which I had to attend two weeks of classes and two exams (while other people enjoying themselves at home during holiday), but it was worth it! I am now a certified IT Technician. For more info, click here and here.
- A 2G RAM, 640G Hardisk, a USB Modem, a 18.5" LCD screen monitor.. Huh! I couldn't ask for more. I just love it! Thanks to God for all the rewards. I hope that I will not be the one who is ungrateful with all your rewards.
- For your information, this blog was initially created for me as a place to lepaskan geram and to let out sumer bnda xpuas hati in my life. But then, i thought, why not widen the scope of my blogs with other stories etc etc and share it with all my friend? And the result is as what you guys see right now. Hahahaha!
- Not to brag, but... Hahaha! Although it was only a 1 Credit Hour subject, but memang rasa sgt2 puas hati sbb ye la, I sacrifice a lot for this subject okay! (actually, dah tak tau nak letak aper ntah for my 5th Proudest Moment... Terima jer la ni ek)
Dah ar. Malas aku nak wat bnda2 ni lagi. Hahahaha!
Jap2, lupa plak. Five people that I want to tag:





