Showing posts with label Lepaskan Geram. Show all posts
Showing posts with label Lepaskan Geram. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Who Will Make It First

 Source - Modern Family - 211 - Slow Down Your Neighbors






P/s -  
  • Delivery pizza, specificallly Domino Pizza ada 30 minutes policy. Kalau lambat, dapat kupon percuma. Polis? Apa pun tak boleh. :p
  • Series Modern Family nih sangat kelakar, yet penuh family values (Untuk perhatian Madam Dilla). Heheh. 




...

Saturday, January 2, 2010

Hadiah Tahun Baru La Sangat...

Hadiah Untuk Diri Sendiri




Apekah? Adakah aku telah menghadiahi diri sendiri ngan dua ketul mobile phone baru? Ngak mungkin, ngak mungkin. Aku tidak sekaya itu. Dua2 nih mmg henset aku, tp bukan henset baru. Aku just tukar housing jer. Belah kiri tuh hp Sony Ericsson W890i aku. Casing dia agak mahal gak ar. Bukan agak, mmg mahal pon. RM100 weh (Harga sebenar RM129)! Maybe sebab diperbuat daripada aluminium kot. Org tuh kata dia special order dari China. Aper2 jer la. Janji aku dapat tukar screen hp aku yg dah lama retak nih.

Yang belah kanan tuh hp kesayangan aku. Dah dekat 4 tahun kot guna. Since 2nd year kat uni. Modelnyer, Motorola E398. Aku syg hp nih sbb speaker dia best. Pastuh aku dah modding sumer isi2 dalam dia, kasi tambah theme yg best2, ngan tukar fost bagai. sebelum nih, bateri dia asik cepat kong jer. X jawab call pon, stand by mode leh tahan 2 hari jer. Pastuh bateri habis. So, semalam aku gi la carik bateri baru. Seb bek ada lagi. RM50 (harga jualan RM69.90). Pastuh, kasi tambah casing sket, kaler biru tuh. I like. Harga, RM 25 (harga jualan RM39.90. Mcm tipu jer).

Nampak jer mcm aku dapat harga murah, padahal, tokei kedai tuh lg pandai. Dia saja letak price tag tuh kasi mahal2. Pastuh, kita nih menawar la. Aku rasa aku patut mintak lagi murah la. Dia mcm senang jer nak agree ngan harga yg aku bargain. Hmm, aper2 jer la. Dah bayar pon. Lesap +-RM200 aku semalam.

Hadiah Daripada Org Lain Untuk Aku



Apekah? Adakah surat cinta? Sila click pic di atas utk paparan yg lebey jelas. Jeng Jeng Jeng. Notis saman parking da.. Mak aku yg perasan pagi tadi. Notis nih ada kat wiper aku since Khamis petang. Hampeh tol la. Tak pasal2 kena saman. Notis tuh meng-required-kan aku utk hantar details pemandu yg parking di tempat kejadian tuh (aku la tuh.. ), pastu dia suruh aku mailkan ke alamat bertanda '*'. Aku carik ar kat dalam notis tuh, xder alamat2 aper pon. Polis tuh luper letak weh. Cuba tgk pic kat bawah. Kosong kan? Xder alamat kan kat dalam kotak tuh?




So, persoalannyer sekarang, xder alamat, mcm mana aku nak mail details? Perlukah? Adakah ini hanya warning sahaja? Bukan saman yg betol2 (sbb x nampak harga pon)? Kalo yer aku kena saman parking (kesalahan parking di dalam lingkungan 30kaki dari simpang), saper tau, agak2 berapa aku kena? Sila la tolong jawab.

En Polis, sila lah bagi discount. Sy mana tau xleh parking kat situ. Situ kawasan perumahan kot. Mana ada keter lalu lalang sgt. Kalo parking pon, kebarangkalian tuk berlaku kemalangan kecil atau kesesakan hanya 5-1o%. Please En Polis. Kaw tim la sama saya. Lepas nih saya x wat lg.

Sy org miskin. Anak dua, baru nak stat sekolah. Haha! (BTW, kena bwk Fiza or Epul nih. Dorg pandai bab2 merayu2 kat polis nih.)

Perkara Annoying Yang Berlaku Di Perhentian Bas

Sedang aku menantikan bas2 yg x kunjung tiba, aku singgah sebentar ke stall yg jual2 air ngan kopok lekor kat sebelah Sogo tuh. Ckp pasal stall kopok lekor+air nih, teringat plak aku kat incident2 yg membabitkan dorg. Dorg kan berniaga tepi jalan tanpa permit. So, setiap kali DBKL datang jer, mesti dorg lari terkedek-kedek ngan crate dorg tuh sambil menjerit2, "DBKL! DBKL!". Hahaha! Tp yg aku kagum ngan dorg nih, dorg sanggup berisiko utk mencarik rezeki. Bukan mcm aku nih. Pemalas. Tp nasihat aku kpd abg2 dan kakak2 sekalian, pi la mintak permit kat DBKL. Pastu mintak location yg dibenarkan utk berjaja. Aku rasa xder la mahal mana pon. Anyway, tu bukan perkara annoying yg aku nak tulis kat sini.

Ceritanya, aku gi la beli air kat stall tuh. Time tuh, ada gak sorg lagi yg turut beli air sekali ngan aku. Then, aku pon kembali ke perhentian bas sambil enjoy air jambu batu+asam yg baru dibeli (aku pon tak tau naper dorg letak asam. Tp aku lebih suka rasa air jambu batu tuh jer.). Mamat yg beli air sorg lagi tuh dok kat sebelah depan aku, juga sedang menikmati air yg dibelinya. Sambil2 minum tuh, xder ribut, xder taufan, tiba2, cawan plastik yg mamat tuh pegang tercampak dari tangannyer (ni mesti kes x baca bismillah. Marilah kita membaca Bismillah sebelum makan atau minumyer). Tumpah la segala air dan ketulan2 ais ke muka bumi, beserta ngan cawan plastik dan straw.

Yang annoying nyer, dah jatuh segala tuh, mamat tuh leh wat dek jer. Aku tak kisah pasal air ngan ais tuh as they can easily eveporated menjadi wap air. Tp, cawan ngan straw tuh? Duh?! Tinggi sgt ker pride ko sampai malu nak kutip sampah yg ko accidently terbuang tuh? Kalo ko x perasan, aku x kisah, nih, aku rasa ko x nak kutip sbb ko malu nak kutip. Konon2 jaga kemachoan la tuh? Hampeh sungguh. (X leh marah lebey2, nanti ada org kata aku emo + tak sedar diri plak. No offense kepada sesaper yg terasa.)

Pengajarannyer di sini, kutip jer la sampah yg terjatuh tuh. Aku tau ko malu, tp ape salahyer kutip dan buang sampah2 tersebeut ke dalam tong sampah. Sayangi la Kuala Lumpur. Malu jer kalo nengok sampah2 bertaburan kat KL nih.

K ar. Membebel panjang plak.

Disclaimers:-
  • Ini ialah pesanan utk diri sendiri dan masyarakat.
  • Kepada sesaper yg terasa tuh (kepada diri sendiri jua), pasnih jgn wat lagi yer.
  • Aku x emo terhadap mana2 pihak yg berkenaan dlm post nih. Aku just rasa annoying jer. Sila paham.
  • Kalo korg nak x puas hati gak sbb aku tulis post2 yg mcm nih (post bajet bagus), whatever jer la ngan korg. Like I even care! Hahaha!
Korg dah baca En. Rosman punya2 perkara2 annoying? Dia punya lagi well said ar. Gi baca kat sini. To Rosman, aku dok promote blog ko nih. Jgn lupa promot blog aku plak ek. :p

Monday, December 21, 2009

Aku x paham...

Aku x paham naper ramai sgt rakyat Malaysia skrg nih suka sgt tgk Sehati Berdansa. Bagi aku, tuh rancangan kedua teruk+gedik selepas Akademi Fantasia. Aku x penah suka dua2 rancangan nih.

Lg satu, aku pon x paham naper tenageers kat US tergila2 sgtkan kat si Miley Cyrus ngan Jonas Brothers tuh. Dorg bukannyer hebat nyanyi sgt pon. Especially si Jonas Brothers tuh. X best langsung. Arghh, x paham2.

Last2. Aku x paham naper org dok suka sgt kat High School Musical Aku try ar tgk skali. X best pon. Teringat kat satu episode dalam cartoon South Park, episode 1213 , tajuk "Elementary School Musical". Dorg pon x paham naper org2 suka nengok HSM tuh. Memang kena kutuk abes2an ar HSM dalam episode nih. Best2! Tgk ar preview kat bawah nih:


Thursday, November 26, 2009

Perkara Annoying Yang Berlaku Dalam Bas (Semalam...)

  1. Aku duduk sebelah sorg nih. Pada satu masa tuh, aku mendapati bahawasanyer, org yg duduk sebelah aku tuh sedang berusaha dgn gigih untuk memicit jerawatnyer. Duh? Tunggu la balik umah dulu kot. Picit jerawat tuh masa org takder kat sekeliling. By the end of the case, aku x sure dia berjaya ker tak meletupkan jerawat tersebut selepas beberapa attemps yg agak menjengkelkan. (Nasib baik dia x korek hidung. Hahaha!)
  2. (Yang nih ada unsur2 kegelian sikit. Jangan baca jika anda seorg yg sentitif. ) Aku nak terberak dalam bas. Hahaha! Satu hari aku tahan beb. Tandas kat ofis x best. Last2, sembelit. Adeh...
Itu saja.. Assalamualaikum....

P/s - Aku rasa content blog aku nih semakin kurang ilmiah la..

Wednesday, November 25, 2009

Friend No More? Alright Then.

Why should I befriend with someone who doesn't want to befriend me anymore?!

Anyone, enlighten me, please.

Thursday, November 5, 2009

Perkara Annoying Yg Berlaku Hari Nih

  1. On the way aku balik dari Setapak, menuju ke KL, ada satu lori nih block jalan, yg mana dua lane jalan menjadi satu lane, menyebabkan kesasakan berlaku sehingga 500 meter (aku nak tulis sampai 1 km, tp mcm exaggerate la plak. haha!). Hampeh sungguh pemandu lori tersebut. Nasihat aku, len kali, try la cari parking kat tmpat len. Ingat jalan tuh ko pnya ker?
  2. Ada sorg mamat tuh sesuka hati dia jer buang plastic bag merata-rata. Aku pantang betol. Aku nak jer rekemen kat govt Malaysia utk kuatkuasa akta buang sampah merata-rata nih. Mcm Singapore. Baru bersih sket Malaysia nih. Kalo x, wat malu jer ngan sampah sarap merata-rata.
Ok, sekian saja utk Perkara Annoying Yang Berlaku Pada Hari Ini.

Tuesday, November 3, 2009

Kentut Betol Ar!

Hampeh. Kentut. Aku x suka betol ar. Seyes aku cakap.

Sajer jer nak letak tajuk post berunsur dramatik, so akan lebih ramai org baca. Suspen kan? Hahahahaha! Aku x marah kat saper2 pon. Aku marah kat seekor binatang nih. Binatang bernama LIPAS!

Hampeh betol. Berani tol dia invade bilik aku. Ni ar lipasnyer. Berkeliaran kat langsir bilik aku. Ces sungguh.



Aku x takut tp aku geli giler kat lipas nih. Fobia sbb time sekolah rendah dulu, sekor lipas penah masuk dalam seluar aku. Geli giler siot!

Aku try halau lipas nih. Tp, punya la lipas kudung. Laju giler lari. Last2, aku biar jer. La. Lantak ko la lipas woi. Jgn sampai aku nampak ko lagi sudah. Aku ambik spray karang.

Sunday, October 25, 2009

En. Polis Trafik, Sila Baca Post Ini!

En. Polis, kat kawasan Batu 4 Jalan Ipoh, selalu jer jam kat depan Kompleks Mutiara tuh. Org dok parking kat tepi2 jalan berhadapan ngan complex tuh, although ada parking berbayar kat situ. Berleluasa pulak tuh. Saya geram bangat nih. Sbb jalan 3 lane jadi 2 lane.

Bas2 pon susah nak menurunkan penumpang dekat bus stop yg telah dihalang org pemilik2 kereta yg takder kesedaran sivik tuh. Bas2 tersebut terpaksa berhenti di tgh2 jalan untuk menurun penumpang. Disebabkan itu, selalu berlaku kesesakan di situ yg mengakibatkan kenderaan bergerak perlahan sehingga hampir 1km jaraknyer. Hampeh sungguh. Terus terang sy katakan, sy marah betol ngan org yg parking kat situ dan juga marah kepada En Polis sbb En Polis mcm x buat kejer (macam ok, bukan memang..). Tahap hormat sy terhadap En Polis dan rakan2 sgt sedikit ketika ini. No offence En. Polis.

En Polis, lepas nih sy harap ada la sorg daripada anda di assignkan kat situ. Kasi saman jer keter yg parking kat situ. Baru padan muka dorg. Setakat lepak sign "Zon Tunda" buat aper. En Polis kena turun sendiri lebih kerap, kasi saman dorg. Baru la xder org parking lagi kat situ.

BTW, ada lagi satu kes. Kat Jalan Ipoh nih sy rasa ada byk sgt traffic light yg redundant (berlebihan dan boleh dibuang). Contohnyer, dihadapan Kondo The Maple tuh. Itu boleh dibuang rasanyer. Pastu, kat simpang Ampat Tin yg lama tuh. Kalo jalan dah tutup, buat aper nak wat traffic light lg. Geram sungguh. Sila ambik tindakan yer.

K ar En. Polis. Sy dah malas nak menaip. Sy harap En. Polis dapat mengambil tindakan yg sewajarnyer secept mungkin. Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

Abdul Aziz Ahmad yg hensem dan kacak bergaya.




P/s - Saper tau mcm mana cara yg betol nak wat complain kat polis traffic (other than kena pg balai). Haha!

Tuesday, September 22, 2009

The NEW Idea of Breaking Up










Instead of using the cliche "It's Not You, It's Me", do you have the courage to say "It's Not Me, It's You"? Hehe.

Click here to see more interesting tv series screen capture.

Sunday, June 14, 2009

Dibebel~

Ades... aku baru pas kena attack ngan pakcik aku. Dia baru tau yg aku ni bdak jpa. Pastu dia suruh aku lapor diri cepat2.

Penat gak ar mendengar. Dekat sejam. Dia kata bab saman la, bab keje ngan gov bagus la. Ada betolnyer. Aku pon xleh nak tunggu JPA panggil aku jer. Kene la ada inisiatif gi jumpa dorg, bg tau aku nih dah abes. Aku mmg dah dowwnload form dia, tp pakcik aku suruh jumpa kat Putrajaya terus. Ada bran? Hahaha!

Tp aku terpikir gak, kalo aku asik dapat interview ngan private coompany, pastu kna tny soklan maut, "Are you a JPA scholar student?", hmm, mampus keras nak jawab. Pastu, kalo jawab, "Yes", dorg wat muka taknak ambik kejer, bek tak yah. Aku baru bercadang nak tipu, tp pakcik aku dok cakap pasal saman sampai Rm 400 000, terus tak berani.

K ar, aku rasa nak ke JPA Putrajaya minggu nih. Hari Rabu or Khamis. Saper nak ikut? Jom2!

Tuesday, June 9, 2009

Aku PANAS! Mari lepaskan geram bersama~~

Assalamualaikum sumer! Aku kembali! Saper kata aku merajuk? Ces sungguh. Berani menyebarkan spekulasi seperti itu. Hahaha! Aku balik kg la. Kelmarin baru sampai KL.

Aku sebenarnyer nak update pasal balik kg mggu lepas, tp skip dulu la. Malas nak upload gambar byk. Tp post aku yg nih pon ada kena mengena ngan balik kg gak. Ari Ahad tuh, jam teruk kat Lebuhraya Pantai Timur. Sumer org2 KL yg balik kg mggu pertama cuti sekolah mula balik KL. Mmg ramai la. Kalah time raya. Nak dijadikn citer, LPT tgh under maintenance kat kawasan Karak. Jalan 2 lorong jadi 1 lorong. Terjadi la jam macam gambar kat bawah.

Aku sebenarnyer PANAS ngan driver2 yg selfish mcm kat gambar kat bawah nih. Ada ker org2 len sabar beratur kat lane masing2, dia boleh zuuuppp kat emergency lane belah kiri tuh! Sakit hati sungguh! Rasa nak turun keter kasi pelempang sket. Hahaha! Teremo plak. Tp mmg sakit ati la. Dorg selfish giler. Ingat dia jer yg nak cepat sampai. Tp kalo yg betol2 emergency tuh, aku maafkan la.






Tambah sakit ati, kebetulan polis trafik ada kat depan tuh. Ha, mula la sumer yg selfish tu terkedek2 nak masuk lane kanan balik. Aku x bagi! Terus terang aku ckp. Biarkan dia. Teringat pulak insiden forener yg cuba potong lane kat pintu masuk uia dulu. Hahaha!

K ar. Terpanjang plak. Babai

P/s - Pihak LPT patut kasi discount sebab jam teruk ari tuh. Ada la dekat sejam tersangkut. Ni lagi satu hal aku geram. Hmmppphh!

Thursday, May 14, 2009

Citer Basi 2 - 'Fun' @ Genting

Dah dekat sebulan berlalu trip kitorg ke genting, baru nak post? Sukati la. Hahaha! Walaupon Wee dah lama post pasal trip nih, aku nak post gak sbb kali nih, aku guna gambar2 dari phone aku. Aku wat karangan bergambar nih. Silalah baca yer. BTW, description kat sebelah atas, gambar2nya di bawah. Harap maklum.

Kat bawah nih time kat hentian LRT Gombak. Janji nak kumpul naik bas ke Genting kol 8 pg, so kitorg budak2 laki kuar la awal. 7.30pg da naik bas ke Putra weh. Sampai2 jer, ingat budak pompuan dah sampai dulu (selalukan dorg awal), hmm, tapi batang idung pon x nampak. Sumer budak pompuan lambat. Ces sungguh. Mr. F hampir mengamuk. Kalo dia mengamuk, mati aku time tuh.

Aper2 pon, kitorg x sempat naik bas ke Gentig jam 8 pg, terpaksa tunda ke 9 pg. Ada hikmah dia gak ar. Kitorg sempat beli Bihun/Nasi Lemak yg sorg makcik tuh jual kat ctu, buat bekalan kat atas. Tunggu punya tunggu, sampai la bas..







Dalam 45 minit macam tuh, sampai ler kitorg kat Terminal Kereta Kabel. Huhu! AKu excited weh. X penah naik kete kabel lagi sepanjang idup aku. Scary gak ar mula2. Tp aku xder la gayat2 sgt. Takut tuh mmg ada. Tp aku beranikan diri jer. Tinggi weh... Time nih, ada beberapa drama berlaku dalam kete kabel tuhh, tp malas ar nak citer. Xlarat nak menaip.




Dalam 20 minit++, sampai gak kat Genting. Alhamdulillah. Scary wo kete kabel tuh. Sampai jer kat kaunter, kena beratur plak. Ramai org. Aunty2 sumer byk. Kat kaunter tuh dia ada letak notice, dia kata Cockscrew Rollercoaster, Spinning Chair ngan Gelas2 pusing (yg nih x heran pon, Fiza jer yg nak naik bagai) under maintenance. Kecewa giler kitorg. Sia2 jer datang, tp xleh men Roller Coaster.



Aper2 pon, kitogr men jer aper yg ada. Kitorg stat ngan naik jet pusing2 yg x menakutkan langsung nih. Bosan giler. Malu pn ada. Sbb da besar. Aku x sabar nak turun dari bnda nih sbb mmg x best giler.


Pastu, kitorg gi naik Cyclone, kononnyer Roller Coaster pertama kat Malaysia. Mmg mula2 nak naik dah, tp org ramai. Aper2 pon, kitorg beratur gak last sbb malas nak patah balik nanti. Cyclone nih Roller Coaster pendek. 4 org jer leh naik. Nampak x scary. Tp mula2 dia jatuh tuh, fuh, terkejut gua. Gambar yg first tuh, Dibut ngan Najla kena paksa naik ngan org asing. Aku yg paksa. Hahahaha!




Permainan bodo no. 2, Gajah Pusing2. Argh, sekali lagi, malunyer aku naik benda nih, tp aku gagahkan diri gak. Hahaha!




PAs naik Gajah bodo tuh, kitorg gi naik Pirate Ship. Agak pening2 ngan nak muntah gak ar pas naik pirate ship nih. X best. Kat Sunway punya lagi best sbb dia pusing 360 degree tuh. Badan menghadap bawah. Giler ar. Yg kat genting nih, hayun2 macam tuh jer. X best.



Actually, pas naik Pirate Ship tuh, kitorg gi masuk Pirate House yg bodo tahap mak ayam. Dia ala2 rumah hantu ar. Tp x takut langsung (although aku actually terkejut bila ada batu nak jatuh tuh). Tp rumah antu nih haram tahap giler. Kewujudannyer kat Genting merupakn satu kesilapan. Hahaha!

Lepas masuk Pirate House tuh, kitorg ingat nak naik Flying Coaster.. Hmmm, x jadi sbb kena bayar RM10. Xmau aku. Naik sekejap jer. X berbaloi. Aper2 pn, kitorg gi bergambar kat London Bas, atas permintaan Husna. Terlebih2 plak bergambarnyer.








Pastu, naik kete antik yg lembab nak mampus. Gerak guna bateri ker aper? Lembab giler ar. Time tgh2 perjalanan tuh, aku ingat nak terjun jer keluar dari kete nih sbb bosan tahap cipan.



Pastu, kitorg naik Roller Coaster yg kecik punya. Aper ntah nama dia. Aku lupa. Pastu separuh dari kitorg naik Balak2 nih. Separuh lagi x nak naik sbb takut baju basah. MMg basah pon. Nyesal weh.





Then, kitorg gi sbyg, makan dan berehat2.



lLepas makan, kitorg gi naik bot air yg kayuh2 tuh. Ok la sbb time tuh matahari terik. Sempat jugak la aku keringkan baju.




Masa naik bot tuh, kitorg perasan yg Space Shot (or Solero Shot) dah bukak. Pagi kitorg pg tuh, dia x bukak lai. Aper2 pon, separuh daripda kitorg nak naik, separuh x nak. Yg nak naik tuh, seperti dalam gambar la. Yg sedeynyer, beratur panjang2, tp cuaca x mengizinkan. Hujan turun ngan lebatnyer. X sempat nak naik. Kt cni la insiden Husna kena marah ngan Aunty tuh, "Move faster people!". Hahahaha! Last2 merangkak jer.





Disebabkan cuaca hujan, 95% daripada outdoor kat genting nih x leh main. Hampeh tol. LAst2, kitorg gi sbyg asar, then, turun bawah sbb nak balik. Sebelum kuar dari Genting tuh, kitorg smpat la singgah kat Berryl's Choc House. Tangkap2 gambar, beli2 coklat. Hua, aku x larat nak menaip nih.






Kuar jer dari Berryl's tuh, budak2 nih namapk yg permainan kuda2 pusing tuh dah boleh main sbb hujan pon dah renyai2 jer. Dorg excited nak naik. Aku malas nak naik sbb malu. Hahaha! Menjaga reputasi.




Time balik, naik kete kabel balik. Senyap2 sumer! Aku dah x takut da. Terlebih bosan pon ada. Hahaha!




Sampai jer kat terminal kete kabel tuh, kitorg gi jalan2 jap, sementara tunggu Maghrib. Terjumpa satu kedai yg jual makanan2 merapu nih. Excited weh sbb leh taste sumer makanan. Saper yg x malu tuh, try jer sumer makanan, tp x beli. Aku pon try hampir sumer makanan, tp sbb nak jaga standard, aku pon beli la sotong gula 1000gram. Hahaha!



Malam tuh, sapai jer UIA, dah lapa. Budak2 nih ajak gi kubo. Aku malas sebenarnyer, tp sbb sumer dah pegi, aku on jer la. Best gak sbb dapat makan sama2 ramai2. Time nih gak, budak2 Manu tgh wat gath kat restoran sebelah.



K ar. Tu jer citer bergmbar aku. Silalah komen ek kalo rajen. X nak komen pn x per. ... Komen la, penat aku menaip! Hahahaha!

P/s - Pasnih kita gi Sunway ramai2 plak nak. Haha! Xpon, gi TimeSquare jer. Kalo hujan pon, leh main sumer bnda.