Kepada saper2 yg belom baca Part 1 lagi, sila click
di sini.
Hmm, where am I? Hmm, meh aku citer sket chronology hidup aku pas kuar dari UIA bulan 6 lepas.. Sila hayati.
June - Interviews for biotech-related position
Hmm, bulan nih, aku dapat dua interview kat syarikat bio yg agak best gak ar. Tp, disebabkan oleh pengalaman aku yg sangat kurg dalam skill2 berinterview, aku x berjaya mendapatkan any position daripada dua2 company nih. Sedey kan? Xper2. Aku masih belom give up terhadap ko wahai company Bio yg demand. Haha! So, aku move on jer la.
Pastu, at the end of this month, aku join satu job trening nih, nama GEMS. Aku dah penah citer sebelum nih. Korg baca la kat
sini yer. Malas nak citer balik.
July, August, September - Sime Darby Management Apprenticeship Program (SD MAP)
Tgh2 aku kat GEMS tuh, aku gi ar interview untuk SD MAP, sebab kononnyer masa depan lebey cerah, tp hakikatnyer, aku nak elaun yg lagi byk. Haha! Aper2 pon, pas seminggu dari date aku interview, aku dapat call, kata aku berjaya gi program tuh. Mula2 tuh, aku agak hesitate ar jugak nak pergi, sbb kat GEMS mcm dah best dah. Ramai kawan. Last2, aku pergi gak, walaupon dgn berat hati.
Selama aku kat SD MAP tuh, byk jugak la aku belajar. Soft skill training sebulan, kat Palace of the Golden Horses sgt berkesan. Bukan sbb dok hotel, tp aku dapat build up confidence masa aku join prog nih. Lepas sebulan trening utk soft skill, aku telah diberitahu utk meneruskan on-job-training kat Perak. Untuk project padi Sime Darby.
Sebelum aku ke Perak, aku ngan member2 len kena gi Carey Island dulu, kat Banting utk induction course. Korg bace la kat
sini utk lebey lanjut yer.
Pas 2 minggu trening pasal kelapa sawit bagai kat Carey Island tuh, aku ngan member2 yg sepatutnyer pi Perak pon berlepas. Mula2 tuh, mmg excited giler ar. Baca post aku pasal minggu pertama aku kat Perak
di sini.
Selepas dua minggu kat Perak, aku mula mempersoalkan kerelevenan aku berada di situ. Aku tak tau aper yg nak kena buat kat situ. No specific instruction from my boss. Then some more, there is no specific workplace for us. We have to sit and share in the meeting room for the whole year. No computer access and lastly, selepas aku godek2 rahsia tempat aku practical tuh, aku dapati bhw hanya ada satu jer position yg available. Kitorg kat Perak tuh ada 4 org. Sorg tuh mmg tau aper yg dia buat kat situ sbb degree dia mmg berkaitan. Aku yg blur2 nih, hmm, mcm xder harapan jer.
Actually, the main reason is aku x minat la kerja kat situ, Xder passion at work org kata (Haha! Alasan..). What's the point kalo aku stay and aku x nak perform? Buat rugi masa aku ngan company tuh jer. Last2, aku pon mengambil keputusan utk blah dari tempat yg x berapa best tuh.
End of September
Pas aku blah dari SD MAP, aku reapply utk BeST Programme (Biotechnology Entrepreneurship Special Training). Aku pi la induction dia untuk seminggu, then, selepas seminggu, dia kata dia akan postpone program tuh until selepas Raya. Aku pon, ok kan jer la.
October - November
Bulan kegawatan ekonomi peribadi aku. Aku punya la tunggu2 BiotechCorp tuh, janji pas raya. Sekali x der aper2 progress pon. Skali dapat email yg berbunyi begini:
"Dear BeST Candidates,
Due to unforeseen circumstances, our management has decided to postpone the registration of Biotechnology Entrepreneurship Special Training (BeST) Programme. We will notify all participants once we acquire the date."
Agak down gak ar aku. Beberapa kali gak ar dia postponed. Ada sekali tuh aku reject job offer sbb dia kata nak start dah. Sekali dia postponed balik. Hampeh. Nasib bek job offer tuh x berapa best sgt. Awal2 bulan October tuh, aku still lagi boleh bersabar. Then, tgh2 bulan tuh, aku dah stat pokai. Aku pon mengambil keputusan utk apply jer balik mana2 kerja yg available kat jobstreet. Jadi teacher ker, tutor ker, lab assistant ker, and customer service exec.
Last2, in the middle of November tuh, aku dapat call daripada satu company nih, suruh pi interview utk position "Customer Service Exec.". Aku pon, tanpa rasa ragu2, pergi la interview tuh. On the same day oso, BiotechCorp hantar email, katanyer, akan stat program 30 Nov. Siot betol la BiotechCorp nih . Time aku apply kejer, time tuh la plak dia nak antar email kata nak resume program tuh balik. Selang beberapa hari tuh, aku dapat call back drpd company tuh, kata aku pny application is accepted.
Aku jadi berbelah bagi. Ake mintak beberapa pendapat daripada kawan2 yg paham situasi aku. At that moment, aku mmg perlukan duit. Aku nak join BeST program tuh gak. Tp aku x nak ar bila aku reject job offer tuh, sekali, BiotechCorp pon postponed lagi program tuh. Hmm, last2, pas wat Sbyg Istiharah, aku pon mengambil keputusan utk bekerja jer dulu utk jawatan yg x glamer tuh utk sesuap nasi (poyo giler ayat). Aku taknak ar dok umah, habiskan beras mak aku jer.
Pastuh, aku mulakan hidup bekerjaya starting from 19th of November. Rasa rugi sikit, tp aku dah wat keputusan. Nak cari duit dulu. Aku kerja sbg "Customer Service Exec". Nama mcm hebat jer kan? Tp kerja jawab telefon jer. Tp ada beberapa sbb kenapa aku pilih utk buat kerja nih:
- Aku betol2 nak cari duit. Walopon nature kerja tuh x berapa best, tp gaji dia tinggi gak ar. Ni sebab utama aku pilih.
- Company tmpat aku kerja tuh, company yg dah byk menang award utk customer cervice and recognized internationally. Nama company tuh Symphony Group. Korg leh baca details kat sini.
- Tempat aku kerja tuh accessible to public transport.
Tp aku x plan utk stay lama kat company nih. Aim aku still utk kerja kat mana2 company Biotech. Aku still teruskan usaha utk apply kejer kat company Biotech but at the same time, aku boleh collect duit. Hopefully, next year, bila economy dah stat pulih, byk la company biotech yg nak hire pekerja.
BTW, kepada member2 aku yg dah kejer kat company yg bio-related, kalo ada kosoong, bg tau la ek. Aku mengidam nih. Haha!
K ar. nanti aku citer pasal kerja baru aku nih. Tensen gak ar sbnrnyer. Ingat senang ker nak jawab call. Kalo ada degree pon, belom tentu korg leh wat.