Monday, December 17, 2007

Asian Idol? WTF?!

Hmmm... Aku sebenarnya nak komen banyak2 pasal Asian Idol nih. Tapi sebab dah frust menonggeng, malas ar nak citer byk2.

FYI, aku vote for JaC (although dia nyanyi gemilang mlm tu mcm xbest sket) and Mau... Tapi aperkan daya, dua2 tak dapat (U know why..)

Tapi bagi aku la... kalo either jac, mike or mau menang, aku xkisah sgt. sbb tiga2 ada idol quality. tapi Hady? aduh.. kalo Akadefi Fantasia ok la (no offence to AF fans)... hmm... xper la...

ni ranking aku pasal mlm td:

1) JAclyn Victor (Malaysian Idol)
2) Mau marcelo (Phillipine Idol )
3) Mike Mohede (Indonesian Idol)
4) Hady Mirza (Singapore Idol)
5) Phương Vy (Vietnam Idol)
6) Abhijeet Sawant (Indian Idol)

Kalo ikut lagu plak...

1) JAc - For Once In My Life - Catchy, fantastic!
3) Mau - Reach - Ok la...
4) Jac - Gemilang (KEcewa sket la...)
5) Mau - Tagalog Song
6) Mike - I Belive I CAn Fly
7) HAdy - Berserah
8) Mike - Mengejar Matahari
9) Phoung - LAgu Vietnam tu... Romantik...
10) Abhijeet - Lagu Hindustan
11) HAdy - Beautiful Day - Hampeh if compared with the 1st World Idol, Kurt Nilsen
12) Abhijeet - Everything I Do - Malu jer aku tgk... malu giiler.. xsdp lgsg!

Ape2, korg gi la kat link ni ke idol forums, utk lbih lanjut --> Idolforums, pg.25

Monday, December 10, 2007

liFe wiThouT a cOmputer...

Glitter Words



adoi la... miggu ni masuk minggu kedua desktop aku rosak... adoi2 sedey giler. xleh nk tgk movie, anime, series... dah la first week ni free time, xder aper2 assignment nak wat. time ni la suppose aku nak enjoy... sedey2, miggu kedua ni dah stat dapat assignment dah. hmm... biler la com aku nak elok..

tanpa computer aku, ni la aktiviti2 yg aku wat sepjg dua minggu ni..

6.30 am - bgun sbyg subuh (aktiviti biasa la... btw, lewatnyer aku bgun subuh.. somebody, please nasihatkan aku..)

7.00 am - termenung, pikir aper yg aku nak wat lpas nih... (slalunyer aku dgr hotfm AM crew kat comp aku, belek video...). if xder bnda nak wat, sambung tido jap for 15min, walaupon kelas kol lapan (jangan tiru!)

7.30 am - terhegeh2 berebut toilet (biasa la ni..)

8.00 am till 1.00pm - attend to lectures (biasa la ni.. aku jarang balik bilik walaupun ada gap.. slalu lepak kat GPCL wat bnda2 mcm skrg nih..)

1.00 pm - beli makanan... makan kat bilik, menghadap masjid yg tersergam indah kat luar tingkap aku sambil termenung melihat butir2 nasik dan lauk yg aku makan... huh... sangat sedey...

1.30 pm till 2.00 pm - sbyg, wat bnda2 yg patut..

2.00 pm till 3.00 pm - termenung, menunggu kelas kol 3.30pm, sambil menghayati lagu2 kat hp aku yg aku dah muak nak dengar... lebih 10 kali dah aku dgr guna loudspeaker. aku rasa rumate aku pon dah bosan dgr (kuang x 3!!!). ni la 10 jer lagu yg ada dalam hp aku... (xikut ranking)

1- Ada Cinta - Acha & Irwansyah (most listened song)
2- Nothing In This World - Paris Hilton - Enjoy beb!
3- Beautiful Liar - Syakira & Beyonce - Aku dah hafal separuh lirik... best2!
4- Jgn Tinggal Daku + 1000 Million Smiles (LIVE @ Ikon) - Jac - menguji vokal aku!
5- Tak Bisa Memilihmu - 6th Sense - mula2 bosan gak ar..
6- Kau Muzik Di Hatiku - JAc & Vince - huh, power vokal dorg nih.. enjoy!
7- Home - Daughtry - Bosan sket2... part chorus jer best..
8- Teenagers - MCR - pening kepala dgr... tapi time tensen2, aku dgr jer
9- Tapi Bukan Aku - Kerispatih - Best2! xbosan
10- Ruang Rindu - Letto - Paling bosan

3.30 pm till 6.30 pm - cont kelas, pg gpcl kalo kelas abes awal. ye la, balik bilik bkn ada aper2 pn

7.00 pm till 8.00 pm - mandi manda, sbyg maghrib, baca quran sket...

8.00 pm till 8.30 pm - baca majalah HYPE yg aku beli banyak2 dulu. nasib baik ada, kalo x, bertambah bosan idup aku...

8.30 pm till 9.00 pm - sbgy isyak, makan2 sket....

9.00pm - 11.00pm - sambung balik baca HYPE... kengkadang tu bosan jugak... kalo2 bosan, aku gi la merempat kat blek member aku, tgk tv ker, sembang2 ker... hahaha! tu kalo muka xmalu la... kalo ada trening caklempong time nih, aku pg la... sajer menyibukkan diri

11.00 pm - tido!! huh?! awal giler?! terpaksa... dah xder aktiviti dah... slalu aku stay up sampai kol 1.00 am tau.

ok la... tu jer serba siket aku nyer aktiviti time comp rosak ni... macam hikayat hidup seorg loser kan? hahaha!

silalah bagi komen or nasihat anda... jgn baca jer! ok, tata! wassalam!

Thursday, December 6, 2007

Tic Tac Toe

Nah, ni lagi satu game yg aku jumpa kat tenet. selamat bermain!

Tic-Tac-Toe


Wednesday, December 5, 2007

sEpaRatioN pRoCess fOr biOcHemICaL prOduCts a.K.a biOsepAraTion...

hmm.. skarg nih aku actually tgh surf internet, nak carik info utk sEpaRatioN pRoCess fOr biOcHemICaL prOduCts a.K.a biOsepAraTion.

hmm.. aper yg kena carik ni yer... oh, "Broad Classification for Bioproducts"...

bnda ni can be classified into 3 categories:-
1)small molecule (< 3nm)
2)macromolecule (< 25nm)
3)particulate molecule (>=25nm)

kitorg kena carik 4 examples utk setiap kategori nih... malas nyer... padahal benda senang jer... actually aku dah carik sket kat dalam buku kat lib. xjumpa la... kecewanyer... skrg nih nak kena carik kat tenet... x tau la dia accept ker tak...

ok la... sampai cni jer epsiod bOrak2@IrAziz utk kali ni...
chow chin chow!!!!

Tuesday, December 4, 2007

Paris nAk jadi Mak.. bAgus La tu

Could it be true? That Paris Hilton wants to play mommy?

Apparently, yes. The 26-year-old hotel heiress is said to be keen to join her BFF Nicole Richie in motherhood so that their babies can become playmates just like how they were.

“Nicole and I have been playing together since we were two years old. I was just telling her, 'I want a baby so that our babies can play together’.”

But Paris has to first find a man.

“I don't have a boyfriend right now. But I would love to start a family.”

IrAziz kata --> bagus la tu, jadi la mak cepat2. jaga anak kat umah, daripada gi party 24 jam...

10 nAma Bands pALing X CoOL



by Gua.com.my

Pada era kegemilangan rock tempatan yang menyaksikan nama-nama unggul seperti Search, Wings dan Lefthanded mengukir lagenda masing-masing, malangnya juga ada di kalangan mereka itu nama-nama yang tidaklah berapa enak disebut mahupun dilaungkan di arena-arena ’80-an dahulu.

Malahan juga, tradisi nama kumpulan yang tidak berapa manis (ataupun, bahasa pasarnya: “ntah hapape!”) berterusan sehinggalah ke zaman post-modern sekarang ini.

Dan yang lagi memusykilkannya lagi, sehampeh manapun nama sesebuah kumpulan tertentu, tidak kiralah – nama-nama ini tetap ditandatangani malah dipromosikan oleh label-label rakaman yang besar! Alangkah hairan bin ajaibnya logik industri muzik kita dahulu bukan?

Di bawah ini, GUA menyenaraikan sepuluh nama paling tak best sekali dalam sejarah muzik tempatan kita ini. Dan kepada pihak-pihak yang mungkin terasa kepahitan ataupun kepedasan cili, rilek la ... ketahuilah bahawa anda telah dikenang dan tetap akan diingati buat satu masa yang lama!

Dengan itu, peace ...


#10 Nice
Aha, Nice. Bererti “baik” dalam bahasa omputeh. Sememangnya, kumpulan Nice ini menyerlah sepanjang tahun 2006 dan 2007 disebabkan lagu-lagu pop nasyid mereka yang baik-baik belaka, beserta juga dengan pakaian seragam dan senyuman-senyuman mereka yang baik-baik belaka. Anak didik Hazami ini memang sukses sejak kebelakangan fenomena “hiburan halal” bawaan si Mawi.

Tetapi fikir ya, sekiranya pernah ada nama kumpulan nasyid sebelum anda seperti “Brothers” dan “Raihan”, mengapakah anda pilih “Nice”? Enche Hazami, terlalu literal kot...


#9 Lovingborn
Hmm, barangkali “Lovingborn” pernah menjadi slang yang cool pada zaman dahulukala. Ataupun mungkin juga ia merupakan ayat yang terlalu original dan belum tiba masanya lagi. Walau apa pun, ertinya tetap menjadi misteri yang akan mati dengan ahli-ahli Lovingborn sendiri. (Mungkin ahli-ahli band itu sendiri pun tidak mengetahui ertinya? Ntahlah...)


#8 Rass
GUA masih musykil: adakah kumpulan rock kapak ini sebenarnya sebuah tribute band yang ditubuhkan untuk menawan hati Ras Adiba Radzi, pengacara anggun pada era itu? Rass, Ras Adiba Radzi. Ras, Ras Adiba Radzi. Hmm...


#7 Defabians (Fabians)
Rockers dari Johor memang ada idiosinkrasi mereka sendiri, itu memang pasti. Tindakan menamakan sebuah band dengan nama semacam ini agak salah beb. Ya, ia berbunyi seperti sebuah kumpulan berasal dari Sepanyol tetapi apa gunanya? Sebelum berpecah, kumpulan Defabians pernah menukar nama mereka menjadi “Fabians”. Satu pembaharuan, tetapi jelas terlambat.


#6 Stings / Arrow / Line Clear
*Ahem*, di tangga yang keenam, kita ada seri kayu tiga. GUA malas nak banyak cerita, tapi nak tanya: susah sangat ke carik nama yang mudah lagi ikonik, seperti “Blues Gang”? Kan senang...



#5 In-Team
Kumpulan nasyid ini meniru N’Sync barangkali?



#4 Umbrella
Jelas betapa daifnya ide dan inspirasi pemuzik-pemuzik rock tanahair kita bila nama band yang patut dijadikan satu kebanggaan sebaliknya menjadi satu kemaluan.
Seringkali didengar di corong radio pada awal era ’90-an dahulu semasa kumpulan ini sedang naik: “Hai, kami Umbrella!” ataupun “Anda sekarang sedang mendengar Umbrella...”
Apa agaknya yang kita semua fikirkan pada zaman itu ya?


#3 Handyblack
Alamak, Handyblack pulak dah! Biar benar? Amende tu?
Kumpulan ini tidaklah berapa popular dahulu kerana adanya rockers terkenal seperti Sweet Charity dan Bumiputra Rockers.
Nama inilah sebabnya.



#2 Spoon“Mempersembahkan ... kugiran terunggul dalam sejarah persada muzik rock negara dan rantau Asia – SUDU!”
Cuba renungkan sejenak ayat di atas. Bayangkan ia tertera di arkib seni persembahan di tempat keramat seperti Istana Budaya. Tak masuk akal langsung betul?


#1 Scoin
HA HA HA! KAH KAH KAH! Kui kui kui... Aduh geng: takde nama LAIN ke?

Aiyoyo! Samy Vellu, aPa sUdah jAdi?

Favorite Quote from Samy Velu

1) Samy Velu on pos laju "BESOK KIRIM, HARI INI SAMPAI"


2) The one on TV when in trying to say he was ashamed, he said:`Kemaluan
sa ya besar`


3) On drugs, "Jangan hisap dada"


4) Samy said in a ceramah "Kita akan bina satu jambatan untuk orong-
orong kampong disini", one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai,buat apa
bina jambatan?" and Samy glorious replied, "Kalau takde sungai, kita bina
sungai!"


5) Samy's favorite quote on
national television "Toll naik sikit, manyak marah saya. You ingat semua ini
toll saya punya bapa punya kah!"


6) During the water shortage
crisis : "semua orang diminta jgn membuang aiyerr..!"


7) During blood donation campaign
in Sg Siput: "..marilah kita semua menderma dara.."


8) During the opening speech of various function: "...selamat datang
saudara-ma ra semua.." (actually is "saudara-saudari" )


9) At an opening
ceremony: "mempersilakan datin paduka rafidah aziz naik ke pentas utk
membuka kain"


10) Commenting about his modesty: "sebenarnya, kemaluan saya
sangat-sanga t besar"


And lastly u know why our N-S Highway
concessio naire is named PLUS.

PLUS = Pungut Lebih Untuk Samy

Monday, December 3, 2007

IrAziz Berwajah Baru

ASsAlAmuAlaikum!!!! HAlu!! AAziz In da hOuse!!!

hahA!!! akhirnya, dapat gak aku mengubah imej blog aku yg sekian lama dipinggirkan ni... sebenarnya, blog aku ni dah registered lama dah (Cuba tgk profile kalo xpercaya), tapi, aku jer xaktif.. tapi thanks to certain people yg secara xlangsung bagi aku inspiration utk aktifkan blog ni balik. tq kepada sesiapa yg berkenaan!

skarg ni, aku nak organized kan blog aku so blog ni akan lebih mesra pelanggan.. xder viewer pn lagi sebenarnya (up to 3rd Dec 2007), since blog ni xdihebahkan kat org ramai. nanti2 la. bila aku berani sket. hahahaha!

utk lebih mudah mengakses segala yg ada dalam blog aku ni, korg simply go to the right panel and search for "LINKS". kat cni korg bleh view blog aku, according to specific category by clicking to any links yg ada ".... @ IrAziz". contoh, nak view luahan geram aku, simply click "Lepaskan Geram @ IrAziz".

okeh, more to come..

Have Fun!

Wednesday, November 28, 2007

CGPA kU jaTuH lagi??!

adoi la... sedeynyer aku.... cgpa aku jatuh lagi... subjek yg aku bajet skor sume cam hampeh jer... bukan x bersyukur, tapi aku dah kira lpas exam tu (satu tindahkan yg bengong, kira marks for final)....

ada la dua tiga subjects yg aju bajet dpat A- (paling koman la...), tapi dapat B+. walaupun beza antara A- ngan B+ tu x banyak, tapi aku tetap kecewa...

subjeck math xyah kira la... memg aku target lulus jer.. arit tue, si Fiza (bukan nama sebenar.. Har x3!!) dah kira kan gpa aku... bleh jer kalau aku skor dean's list walaupun math aku dapat C, tapi ngan syarat aku skor yg len la...

tapi, alhamdulillah math aku dapat C+ (walaupun xtinggi, tapi more than my expectation la... ok per?), subject len plak macam hampeh (xder la hampeh sgt, tapi AKU NAK SKOR....)

subject Environmental Engineering for example, punya la aku target A-, skali dapat B jer. B, bukan B+ tau. sumer org yg aku tny, result dia utk subject ni hampeh dorg kata... hmmm.. salah kira ker? xtau la..

k ar, jumpa len kali... itd pn nak tutup dah... k tata!.

Friday, November 16, 2007

hai GeraM!!

hai, tak tau la kenapa, aku ni asik dipergunakan org.... geram aku! dgn org malas tu biasala.. Si X! (aku xkan grup ngan dia ni lagi...)

tapi, kalo ngan org yg kita rapat pn bleh wat mcm tu, macam mana? geram gak aku.. bila ada interest br nak bertenggek kat aku... kalo xder, hmmm, jgn harap la...
aku ni bukan jenis yg nak mengampu org (takkan okeh), dan xsuke diampu! apperciate la org yg baik ngan ko.... maksud aku, buat la baik selalu, bkan kalo ada interest baru nak tunjuk yg kita ni baik ngan dia...

dah ar, saper2 yg makan cili dia terasa pedas.

p/s - aku xkan merayu kat saper2 lagi!!!

Monday, November 12, 2007

ExaM mATh yG hAmpeH......

HAri ni, tadi, pukul 1200, aku br jer abes exam final utk dis sem.. final paper tadi math 5, Computational Analysis & Partial Difference Equations....

Punya la hampeh, banyak giler aku xleh buat... buat separuh2 jer. tapi memg salh aku jugak... xreti2 nak stdi betol2.... last paper la... xder mood! hahaha!

xper ar, aku target lulus jer. cukup la ngan usaha yg aku wat, walaupun result math ni akan mencacatkan transcript aku seperti sblum ni... (xske math..)

tapi aku bersyukor la jugak, aku bleh wat, at least separuh kot. tapi ader member yg kata memg konpem dia fail, aku tumpang kesian gak ar. daahla ada yg ada 2 paper terus hari ni... yg ada 3 paper dr semlm pn ada.. kesian dorg... aku bertuah la sbb selama aku msuk kt gombak ni, xpernah kena 2 paper sehari... Moral of the story is, bila preliminary timetable kuar, check ar.... kalo x sesuai, wat petition utk adjustment...

pasl lec math aku ni plak, si dr rifki ni, bg soklan kaw2 pny... bkn nak suruh suap, tapi dia ni memng mengajar bosan tahap cipan pny... kuang x3! pada pendapat aku la, sikap lecturer jugk mempengaruhi tabiaat belajar student tu... kalo lec pn macam nak taknak ajer, student lagi la....

ok la... stakat ni jer luahan hati aku utk hari ni... (sbnarnya aku tgh tnggu donlod sumthing ni... lembab nak mampus comp kat gpcl ni, walaupun guna IDM)


k ar, jumpa lagi len kali! tata!!!!

Wednesday, October 31, 2007

Lama x jumpa?!

Akhirnya! dapat gak aku add shoutbox kat tepi ni... pastu aku add chatbox skali! hebat x? haha! x hebat pon... mcm bangang jer.


aku rasa blog ni aku nak jadikan tempat aku cakap nagn diri sendiri la. tapi aku malas nak taip panjang... kan best kalo ada alat yang cakap jer, terus bleh tulis... (memang ada pon...)

k ar. dah malas nak tulis... tata!