Wednesday, August 13, 2008

UiTM students, please come out from ur comfort zone!

Ish, sekarang dok heboh2 pasal cadangan nak open UiTM utk 10% Non-bumiputra. Meh sini aku nak bagi pandangan aku. Post kali nih xleh wat pendek2. Aku nak citer kasi panjang2 sket.

Bagi aku bagus la cadangan tuh. Xder la truk sgt pon. 10 % jer. Xperlu wat reformasi ker, kumpul ramai2 wat bantahan ker. Tu sumer rubbish! Buang masa dan tenaga jer gi kumpul2 mcm tuh.



Wat aper kita nak bantah2? Sbb hak istimewa org melayu? Please la. Walaupon aku ni or melayu, tapi aku still rasa org melayu terlalu dimanjakan if compared with bangsa lain. Tau tak, 10% non-bumiputera tu boleh gantikan the other 10% of org melayu yg malas nak belajar kat university tu. Bagus la mcm tuh. Baru ada competition between diff races. Nak harapkan org melayu bersaing sesama sendiri, hmm, berabad la.

Time nak merdeka ker, election ker, sibok2 propa yg Malaysia ni ada perpaduan, hak sama rata la, xder beza bangsa dan agama. Tapi bila jadi kes mcm ni, terang2 tunjuk yg kita org melayu ni mmg berat sebelah. Bantah sana sini. Kita xpikir ker pasal perasaan org non-bumi time kita wat bantahan tu?

Bila dulu, ada satu magazine wat survey yg menyatakan kita diskriminasi terhadap bangsa lain, kita melatah. Tak nak mengaku. Abes tu, yg jadi sekarang nih? Ngok tol.

Aku rasa, bertambah meluat lagi org2 non-bumiputera terhadap org2 melayu bila jadi kes2 mcm nih. Bila dorg dah meluat, nanti aku susah nak dapat keje bila dah grad sbb biotech industry in malaysia ni banyk yg dimulakan oleh non-bumi. Ye la, org melayu, balik kampung tanam jagung.

Ni sumer politik la. Sajer jer org besar2 kan issue. Dulu, MRSM offer to non-bumi boleh pulak? Ntah saper punya suggestion ntah. Tapi bila ada org bagi cadangan utk UiTM for Non-bumi, amboi, bukan main lagi membantah. Maybe sebab cadangan tu bukan dari pihak dia, dia bantah la. Aku rasa, kalo cdgn tu dia yg bagi, mesti dia putar belit the opposite way pulak.

Dah la. Politik kat Malaysia ni mmg loser. Berat sebelah. Malu jer.

P/s - Weh, takutnyer nak publish post ni!


Disclaimers:
  • Aku x mention mana2 individu or mana2 political party okay. Saper makan cili dia terasa pedas. Jgn nak pandai2 saman or ambik tindakan terhadap aku.
  • Ni hanya satu pandangan dari seorang rakyat biasa. Maybe ada mistake sana sini. Kalo ada sila la betolkan.
  • Berani kerana benar.

6 comments:

abessier said...

Tahniah ziz.sekurang-kurangnya ko berani tunjuk kejantanan ko.kahakahkahhkakha
Ala, comfirm arahan dari pihak atasan gak tu.suruh jangan pergikelas.sumer pelajar wajib turun wat demo.alahai.naik muak aku.dah lama rasanya tak baca paper.malas nak baca.banyak tipu dowh.menyakitkan hati.
mmmmm….budak2 UIA tak nak wat demoker!!!! BANTAHAN PEMAKAIAN JUBAH DAN TOPI SEMPENA KONVOKESYEN.hahahahahaha
comfirm kena tahan bawah ISA terus. Pergerakan sama iaitu membuat bantahan atas rasa tak puas hati.
Tapi, bantahan budak2 UITM dikira perhimpunan HALAL. Bantahan Budak2 UIA comfirm di I’TIROF sebagai HAROM.kehekehekehkhekhe

Anonymous said...

Haha! Memng jantan pon. Tu la, rasanyer pihak atasan suruh gak. Kalo x, takkan la ramai mcm tu. Xboleh blah.

Anonymous said...

Hu...aku suka.uitm yg sunyi sepi daripada sebarang demo tiba2 berdemo.dahla cukup efisien, takda polis, isu kua hari ahad,demo buat hari selasa.ish, cepat polis2 ni klua permit.
ni hari ni uitm seluruh malaysia buat demo lg.Hui, kuat naluri kemelayuan daripada naluri keislaman budak2 ni.kalau islam kene hentam, tak denga lak budak2 uitm yg berdemo skrg ni kecoh2.
akhbar plak semngat nak bgtau kononnya berlambak-lambak org buat demo.
kalau perhimpunan gejala murtad dulu, akhbar cuak2 je nak bgtau bilangan sebenar org yg berhimpun.APALA...
Bukan politik malaysia je loser,mana2 politik yg mengambil dasar machievelli mmg loser...

Anonymous said...

Budi, aku suka komen2 ko. Sumernyer bernas2! Pandai ar ko ber madah kata. Hahaha! Wat la blog weh

Anonymous said...

ajis, skrg aku hampir pasti jd warga uitm..aku intern 2 minggu kt sini sblm jd RA..memang sedih pn..sebab lab kat sini sgt2x canggih..tapi xde org nk amik berat untuk belajar mengoperate atau menggodeh mesin2x ni..harga juta2x..en karim (umo 60an) yg keje kt sini kate, die terpaksa paksa belia2x melayu manja kita ni belajar operatekan mikroskop canggih harga 11 juta ni..kalo aku brjaya jd RA kt sini, aku nk belajar sumer benda mahal ni..haha..aku mahu jaDI ORG wanita ISLAM melayu yg tahu mengoperate mesin mahal2x..lalala~

(mcm nk suro budak uitm buat demo lg bantah konsert Avril yg diadakan hampir time hari merdeka n bulan puasa-baru nmpak ada sensitiviti kebangsaan dan ugama..baru havoc beb! confirm diorg xde telornya nk buat demo menentang kerajaan )

Anonymous said...

UITM merupakan hak istimewa terakhir kaum bumiputera..jadi saya rasa awk tak sepatutnya membuat kenyataan yang sedemikian. UITM adalah tempat untuk pelajar-pelajar yg kurang bernasib baik di dalam persaingan global untuk menempatkan diri di ipta2 yang lain. UITM jugalah yang banyak melahirkan pemimpin2 kita. Mungkin disebabkan anda belajar di universiti bertaraf antarabangsa anda tidak memahami nya..kerana anda telah dididik untuk bersaing dengan warga asing yg berlainan bangsa. Dan di sini saya ingin menegaskan bahawa..universiti yang anda pelajari sekarang adalah hasil usaha kerajaan..dan tidak wajar laaa anda menyalahkan pihak kerajaan..dan tidak semestinya pelajar lulusan UIA..mampu memartabatkan bangsa dan juga agama..Berapa ramai di kalangan pelajar UIA yang murtad?? Jadi, kesimpulan nya masing-masing mempunyai kelemahan sendiri..Ubahlaaa pemikiran untuk menjadi seorang pelajar yang berpemikiran global demi bangsa dan agama.