Showing posts with label Family n Friends. Show all posts
Showing posts with label Family n Friends. Show all posts

Thursday, February 20, 2014

Bottled Water

One of my lecturers is using email to share the class learning materials and when he has time, he will send us short tazkirah such as the one below. Read:  The effect of bottled water usage to the environment. 


(Click on picture to enlarge)






Tuesday, February 18, 2014

Review: Kami Histeria


Ingat nak buat review filem Kami Histeria ini terus lepas layan semalam, tapi kemalasan melanda diri, ditambahkan lagi naluri berblogging sudah lama dipinggirkan (writer's block konon ececece). Tapi hari ini, aku gagahkan diri juga nak update.



Haaa, baguih ka cerita Kami Histeria ini? Semua dok pakat canang sana sini. Redza Minhat beberapa kali tweet pasal Kami Histeria. Baca dekat Facebook Oh! Media suruh pi tengok terus sebab best sangat katanya. Jawapannya, memang best pun! Lain daripada typical local film yang lain. Maklumlah, kombinasi Astro Shaw, Marna Films dan Red Films. Depa kata, kalau Red Films involved, biasanya memang best pun.

Okay. Enough membebel. Kita mulakan pasal sinopsis pula. Kami Histeria ialah filem bergenre komedi seram, mengisahkan lima sahabat of aspiring girl band, Histeria, yang terdiri daripada Laila (Diana Danielle), Peanut (Nad Zainal), Bad (Sara Ali), Airin (Mila Jirin) dan Jojo (Umie Omar).


                

                
               
Kisah bermula apabila lima sahabat ini berpindah ke tempat sewa yang baru, di mana tempat itu dikatakan keras dengan kewujudan suara pelik daripada kawasan hutan berdekatan. Percaya atau tidak, kisah ini diilhamkan daripada kisah benar penduduk pangsapuri yang disewa dalam filem tersebut. Lima sahabat terbabit secara tidak sengaja merakamkan suara langsuir yang sejurusnya manaikkan populariti lagu mereka secara mendadak.


Oleh kerana populariti lagu band terbabit dipercayai hanya disebabkan oleh kewujudan suara tersebut, ahli-ahli band terbabit telah membuat keputusan untuk merakam suara dengan berjumpa terus dengan langsuir terbabit yang juga dikenali dengan nama Cik Lang (Fazura). Perjanjian yang dimeterai antara ahli-ahli band tersebut dengan Cik Lang akhirnya membuatkan mereka dalam kongkongan Cik Lang kerana kesukaran mereka menunaikan permintaan yang telah dipersetujui. Kira deal with the devil la ni. Ha, apa deal mereka? Ni kena tengok, tak boleh nak spoil lebih-lebih.




Kami Histeria juga dibintangi oleh Izzue Islam sebagai Pit, jiran sebelah rumah yang menjadi pujaan hati Airin, Laila dan juga Bad. Adflin Shauki melakonkan watak sebagai beliau sendiri di dalam cerita ini.



Personally, aku bukan seorang kaki filem Melayu, tapi bagi aku, filem Kami Histeria ni fresh, ada kelainan, berunsur indie sedikit. Graphic, visual, lighting bagi aku cantik, walaupun aku bukan expert bab-bab ni. Audio jangan cakap la. Lagu-lagu original dalam filem ni seperti Muzik, Pujaan Hatiku dan Kami Histeria memang best! Ya la, siapa penerbit muzik dia. Monoloque kot. Yang paling best, ada Fazura kot! Fazura! The bomb

Namun yang demikian, bagi aku ada beberapa part yang bagi aku kurang best sikit la. Contohnya, scene dekat konti radio Era tu, rasanya boleh dipendekkan. Lepas tu, dekat part nak habis tu, scene Pit yang kononnya bertalam dua muka agak tergantung (ke aku yang tak paham?). Seterusnya, scene lawan Cik Lang menggunakan surah Yaasin. Buku Yaasin digunakan sebagai senjata fizikal, instead of bacaan Yaasin itu sendiri. Bagi aku, agak mengarut sedikit (dan mungkin ada unsur mempermainkan). Last, tahulah Kit Kat sponsored cerita ni, tapi kot ye pun nak promote dalam filem, mungkin boleh subtle sedikit. Bagi aku, terlalu obvious dan kadang-kadang nampak agak desperate.

Overall, aku puas hati. Gua bagi 4 bintang! Ha, hangpa tunggu apa laie? Pi la tengok cepat. Nak kena kacau dengan Cik Lang ka? Hahaha!



Sebelum kau orang semua blah, layan dulu lagu Pujaan Hatiku oleh Histeria ni. Ni lagu yang aku paling suka dalam filem ini, music and lyric wise, terbaik! 





Disclaimer: Gambar-gambar di ambil daripada laman Facebook Kami Histeria. Like untuk tahu lebih lanjut tentang filem Kami Histeria. 







Thursday, September 8, 2011

When Life Gives You Lemon, Make Lemonade

They didn't make lemonade, but each of them had produced different varieties of desserts from one main ingredients, lemon.  

Lupa pula nak intro. Kali ini, aku nak bercerita tentang salah satu rancangan realiti favorite aku, Top Chef: Just Desserts. Sekarang sudah masuk ke Season 2 dah. Siapa-siapa yang belum menonton Season1 tu, sangat-sangat direkemen untuk kamu semua muat-turun. Atau, tonton saja di Channel 702, Diva Universal.

Nah, aku tatapkan kau orang semua dengan 10 hasil daripada contestants Top Chef: Just Desserts Season 2 ini:-












Kagum kan? Ini baru gambar. Serius, korang kena tengok baru korang rasa betul-betul impress giler! Banyak istilah bombastik dalam dunia chef sebenarnya. Pavlova la, meringue la, curd semifreddo, compode la. Satu hari nanti nak cari kamus tentang nama-nama desserts ni.

Bila tengok rancangan ini, mula la berangan nak belajar bidang kulinari masakan ni, fokus untuk desserts. Ada siapa-siapa tau tak mana boleh apply? Setakat ini, memang aku ada pergi kelas, tapi belajar dari rumah ke rumah la. Baru dapat buat tiga desserts jer: Praline, Pop Cake dengan Blueberry/Fruit Tart jer. Yang tart tuh pun dah lupa. Memang kena pergi kelas balik.Tapi kalu kita apply untuk Sijil/Diploma/Degree, baru bersungguh-sungguh sikit kan? :)




Sunday, May 29, 2011

Meredah Ke Tangkak, Johor


Pagi tadi, aku gagahkan diri untuk ke majlis resepsi Fuad yang telah diadakan di Tangkak, Johor. Cadangnya mahu pergi bersama beberapa orang, tapi malangnya yang lain gagal dikesan (sedih..). Terkenangkan kesanggupan Fuad memberi kad kahwin secara by hand kepada aku, akhir-akhir, aku pun mengambil keputusan untuk meredah saja seorang diri. Alhamdulillah, sebelum itu, Shahril ada telefon, Jadinya, janji bersama dia untuk jumpa di sana sahaja. 

Sebelum bertolak, aku pun ada ber'sms' dgn Amir Akmal. Dia dalam perjalanan ketika itu, bersama Zarul dan isterinya, Elly. Ada gang lagi. Yes!

Perjalan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Alhamdulillah, pada jam aku sampai, Amir, Zarul dan Elly masih lagi di Tangkak. Sebelum pergi ke kenduri, kami berempat sempat singgah di 'rumah penanggah' (kata Amir), tempat di mana pengantin bersiap-sedia bersama Pak Andam. Tak teringat nak tangkap gambar pada masa Fuad dan isterinya bersiap sedia. Begitu juga gambar Amir, Zarul dan Elly. Maaf.

Jam dua lebih, aku pun bergerak ke tempat jamuan, sudah berjanji bersama Shahril mahu terus jumpa di situ. Amir, Zarul dan Elly bergerak pulang kerana Elly perlu mendaftar diri untuk kemasukan diplomanya di UIA. Shahril datang bersama isterinya, Amal, dari Kluang dengan menaiki Volkswagen Golf! Cayalah Shahril!



Nah, lauk yang dihidangkan. Ada kambing, ayam dan daging. Ikan saja tidak ada. Meriah bukan lauknya? Macam-macam jenis pun kuih ada. Air pun ada tiga jenis. Besar bajet Fuad ni. Khemah pun ada lapan buah. Rezeki masing-masing.




Inilah Shahril dan isterinya. Shahril sekarang ini bertugas sebagai Bioprocess Engineer (kot..) di Biowaste Corp. Sdn. Bhd. manakala isterinya pula masih menjalani housemanship di Hospital Kajang.


Sedikit sebanyak suasana kenduri. Maaf tidak daapt menangkap gambar pengantin dari jarak dekat. Apa-apa pun, tahniah kepada Fuad dan isteri.






Tahniah juga kepada Tarmizi dan Syeera, yang juga mengadakan jamuan pada hari yang sama. Maaf tak dapat datang. Fuad ajak dulu. Huhu.

Sekian saja karangan bergambar aku pada kali ini.

P/s - Post kali ini agak skema. Apa pon tak boleh~  

:p

Sunday, May 22, 2011

Get It Right

Lagu ni memang kena dengan jiwa aku sekarang. lebih-lebih lagi, selepas ini berlaku. Part chorus tu betul-betul kena dengan apa yang aku lalui. Bila tak nak sedih, tiba-tiba jadi sedih balik. Aziz, pull yourself together!! Apa-apa pun, selamat menghayati lagu berunsur motivasi ini.




What have I done? I wish I could run
Away from this ship goin' under
Just tryin' to help, hurt everyone else
Now I feel the weight of the world is
On my shoulders

What can you do when your good isn't good enough?
When all that you touch tumbles down?
'Cause my best intentions keep making a mess of things
I just wanna fix it somehow
But how many times will it take?
Oh, how many times will it take for me?
To get it right
To get it ri-igh-ight

Can I start again with my faith shaken?
'Cause I can't go back and undo this
I just have to stay and face my mistakes
But if I get stronger and wiser
I'll get through this

What can you do when your good isn't good enough?
When all that you touch tumbles down?
'Cause my best intentions keep making a mess of things
I just wanna fix it somehow
But how many times will it take?
Oh, how many times will it take for me?
To get it right

So I throw up my fist
Throw a punch in the air
And accept the truth that sometimes life isn't fair
Yeah, I'll send down a wish
Yeah, I'll send up a prayer
And finally, someone will see
How much I care!

What can you do when your good isn't good enough?
When all that you touch tumbles down?
'Cause my best intentions keep making a mess of things
I just wanna fix it somehow
But how many it times will it take?
Oh, how many times will it take for me?
To get it right
To get it ri-igh-ight



Wednesday, March 2, 2011

Ehsan Si Intan Payung



Selamat Pagi Cikgu! Itu lah suara Ehsan yang biasa kita dengar apabila menonton Upin dan Ipin.

Ahad lepas, aku sebenarnya pergi jumpa dengan Adelina dengan suami dia, untuk bincang pasal skim insurans Prudential. Suami dia, Munir, bawa la dua orang adik dia sekali. Salah seorang tu, yang dalam video di atas ni la. Aku lupa nama apa, tapi, untuk pengetahuan korang, dia la di sebalik suara Ehsan Si Intan Payung tuh. Selepas dipujuk-pujuk, akhirnya berjaya jugak aku dapatkan video dia yang kat atas nih.





P/s - Aku paling suka Mael sebab dia suka sentapkan orang. :p


Monday, September 6, 2010

Kepuasan Tercapai.. Walaupun Lebih Setahun Berlalu...

Ini bukan post tentang raya ya, walaupun raya semakin hampir. Ini juga bukan post tentang kejayaan aku mencari baju raya. Tahun ini mungkin tidak akan beli baju raya yang baru kerana limitasi (ada ke perkataan ini?) budget. Mungkin hanya akan beli baju jalan di Sogo. Baju raya la tuh. Hahaha! Sudah. Melalut pula.

Sila rujuk kepada post aku yang lalu di sini, tentang kemalasan aku untuk mengemas barang-barang yang aku kumpul sepanjang persekolahan di UIA. Lihat gambar di bawah mungin sudah mencukupi kot.




Sesak dan rimas kan? Dan lemas. :p Percaya atau tidak, sudah lebih setahun aku longgokkan barang-barang tersebut di bucu sepi bilik tidur aku. Sejak Mei 2009. Segala habuk, rambut-rambut keguguran terkumpul di situ.

Semalam, aku gagahkan diri untuk mengemas longgokan tersebut. Alhamdulillah, aku teringat, kakak aku pernah bagi aku sejenis kerusi-kotak-fungsi-pelbagai semasa harijadi aku yang lepas. Lihat gambar di bawah:-




Smart kan box nih? Tak perlu pergi IKEA pun. Di Giant atau Tesco pun ada, dan harganya, di bawah RM20. Jadi, misi-misi mengasingkan barang-barang bermemori dan 'sampah cantik' bermula. Kali ini aku bekukan hati. Secantik mana pun sampah itu, aku tetap akan buang. Sampah cantik di sini bermaksud barang-barang yang suatu ketika dulunya cantik dan bergaya, tetapi sekarang tidak boleh digunakan lagi.





Lihat apa yang aku jumpa sepanjang proses mengemas? Pemain MP3 a.k.a thumbdrive aku yang pertama. Klasik tuh. Memori 128MB. Kalo cari kat Low Yat sekarang memang confirm takkan jumpa. Di sebelah kanan tuh, jam tangan LEVI'S yang tak berfungsi lagi. Ini lah contoh 'sampah cantik'. Buangkan aja. Ada la tiga empat utas jam tangan aku buang. Semuanya berharga RM10 seutas. Lepas nih kena cari jam yang mahal terus.




Apa lagi yang aku jumpa? Tag program Wawasan Desa IPT yang aku design! Walaupun latar belakangnya aku ciplak, yang lain itu aku buat sendiri ye. Masa ni sangat amatur dalam berdesign. Photoshop pun tak kenal. Guna aplikasi 'Paint' sahaja. Sebelah kiri tuh, tag Liaison Officer untuk sukan orang kurang upaya, peringkat Asia Pacific, KL Fespic 06. Ini pun aku mahu simpan elok-elok. Siapa yang join KL Fespic sebagai L.O. ni saja yang paham betapa perit tetapi puas hati dalam menguruskan atlet-atlet antarabangsa itu. Masa nih, aku handle atlet-atlet dari Iran. Orang Arab, seperti yang Dr K sendiri mengaku, "Sometimes, we are c****". Memang mencabar. Tetapi mereka baik sebenarnya. Mungkin mereka terbawa-bawa culture mereka sekali ke negara kita.

Seterusnya, kad matrik semasa pengajianku di Matriculation Center IIUM, The Gate of the Garden of Knowledge and Virtue, Sayang. Jadi, simpankan aja.




Ini pula koleksi tag-tag yang aku simpan dari Matric IIUM. Yang ini sebahagian je. Ada juga yang aku buang.





Hasilnya, tada!! Ini kapsul masa aku. Mungkin tiga empat tahun lagi baru aku akan jenguk balik kapsul masa ni.





Selesai sudah mengemas. Yang di bawah ini apa? Sampah sarap sudah. Buangkan aja tanpa belas kasihan. Hahaha!




K ar. Sekian saja cerita bergambar aku untuk kali ini. Nantikan misi mencabar aku yang seterusnya, 'Menjahit Seluar Jeans Yang Berlubang' (sila baca dengan gaya opening Shin Chan).

P/s - Mahu cari lagi 5 biji kotak-kotak seperti ini. Smart siot. Tiada lagi kotak-kotak kertas fotostat.



Thursday, July 22, 2010

Aku dan Caklempong... Sewaktu Dulu

Sedang aku selak-selak fail dalam komputer aku, sekali aku jumpa sesuatu yang agak menarik. Sesuatu yang berkenaan dengan caklempong. Dulu aku pernah memegang jawatan sebagai AJK Peralatan Kelab Caklempong UIA. Disebabkan aku malas membebel kepada ahli-ahli yang kadang-kala kurang paham bahasa, jadi aku buatkan list "DoS and Don'tS" ini:

(Sila klik untuk paparan yang lebih jelas. Jikalau tidak, rugilah anda.)








Bila baca balik, rasa lawak pun ada. Grammar suma entah ke mana. Untuk pengetahuan anda, semua lukisan, termasuklah gambar kanak-kanak cacat bewarna kuning itu dibuat oleh aku sendiri dengan menggunakan aplikasi mudah "Paint". Kreatif juga aku kan? Masuk bakul angkat sendiri.

Tiba-tiba rindu pula nak join Caklempong. Bila la nak join praktis alumni dengan mereka nih? :p



Tuesday, July 6, 2010

Kenduri Kahwin Di PICC

Ahad lepas aku berkesempatan ke satu majlis perkahwinan yang agak gah, bertempat di Pusat Konvensyen Putrajaya. Majlis perkahwinan antara anak buah sepupu aku (kalau tidak silap. :p). Sempat juga snap beberapa foto kerana kagum dengan majlis yg diadakan. Malas bercerita panjang, lihat saja cerita bergambar di bawah ini.


Lihat saja ruang legar Dewan Perdana di PICC ini, yang mapu memuatkan lebih 100 buah meja hidangan. Agak-agak, berapa kos sewaannya ya?







Pasangan yang diraikan, Ehsan dan Nur. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, InsyaAllah.




Majlis yang yang bertemakan Bollywood. Sepanjang menunggu ketibaan pasangan mempelai, lagu-lagu irama bollywood dimainkan.

Makanannya? Lihat saja gambar-gambar di bawah. Nasi beriayi Bukhara, ditaja oleh Syed Catering. enam jenis lauk. Memang tak muat perut.







Majlis tamat kira-kira jam 3.30 petang, selepas pasangan pengantin selesai memotong kek. Sekali lagi, tahniah kepada Ehsan dan Nur.