Ingat nak buat review filem Kami Histeria ini terus lepas layan semalam, tapi kemalasan melanda diri, ditambahkan lagi naluri berblogging sudah lama dipinggirkan (writer's block konon ececece). Tapi hari ini, aku gagahkan diri juga nak update.
Haaa, baguih ka cerita Kami Histeria ini? Semua dok pakat canang sana sini.
Redza Minhat beberapa kali tweet pasal Kami Histeria. Baca dekat
Facebook Oh! Media suruh pi tengok terus sebab best sangat katanya. Jawapannya, memang best pun! Lain daripada
typical local film yang lain. Maklumlah, kombinasi Astro Shaw, Marna Films dan Red Films. Depa kata, kalau Red Films
involved, biasanya memang best pun.
Okay.
Enough membebel. Kita mulakan pasal sinopsis pula. Kami Histeria ialah filem bergenre komedi seram, mengisahkan lima sahabat
of aspiring girl band, Histeria, yang terdiri daripada Laila (Diana Danielle), Peanut (Nad Zainal), Bad (Sara Ali), Airin (Mila Jirin) dan Jojo (Umie Omar).
Kisah bermula apabila lima sahabat ini berpindah ke tempat sewa yang baru, di mana tempat itu dikatakan keras dengan kewujudan suara pelik daripada kawasan hutan berdekatan. Percaya atau tidak, kisah ini diilhamkan daripada kisah benar penduduk pangsapuri yang disewa dalam filem tersebut. Lima sahabat terbabit secara tidak sengaja merakamkan suara langsuir yang sejurusnya manaikkan populariti lagu mereka secara mendadak.

Oleh kerana populariti lagu band terbabit dipercayai hanya disebabkan oleh kewujudan suara tersebut, ahli-ahli band terbabit telah membuat keputusan untuk merakam suara dengan berjumpa terus dengan langsuir terbabit yang juga dikenali dengan nama Cik Lang (Fazura). Perjanjian yang dimeterai antara ahli-ahli band tersebut dengan Cik Lang akhirnya membuatkan mereka dalam kongkongan Cik Lang kerana kesukaran mereka menunaikan permintaan yang telah dipersetujui. Kira
deal with the devil la ni. Ha, apa
deal mereka? Ni kena tengok, tak boleh nak
spoil lebih-lebih.
Kami Histeria juga dibintangi oleh Izzue Islam sebagai Pit, jiran sebelah rumah yang menjadi pujaan hati Airin, Laila dan juga Bad. Adflin Shauki melakonkan watak sebagai beliau sendiri di dalam cerita ini.
Personally, aku bukan seorang kaki filem Melayu, tapi bagi aku, filem Kami Histeria ni
fresh, ada kelainan, berunsur
indie sedikit.
Graphic, visual,
lighting bagi aku cantik, walaupun aku bukan
expert bab-bab ni.
Audio jangan cakap la. Lagu-lagu
original dalam filem ni seperti Muzik, Pujaan Hatiku dan Kami Histeria memang
best! Ya la, siapa penerbit muzik dia.
Monoloque kot. Yang paling
best, ada Fazura kot! Fazura!
The bomb!
Namun yang demikian, bagi aku ada beberapa
part yang bagi aku kurang
best sikit la. Contohnya,
scene dekat konti radio Era tu, rasanya boleh dipendekkan. Lepas tu, dekat
part nak habis tu,
scene Pit yang kononnya bertalam dua muka agak tergantung (ke aku yang tak paham?). Seterusnya,
scene lawan Cik Lang menggunakan surah Yaasin. Buku Yaasin digunakan sebagai senjata fizikal,
instead of bacaan Yaasin itu sendiri. Bagi aku, agak mengarut sedikit (dan mungkin ada unsur mempermainkan).
Last, tahulah
Kit Kat sponsored cerita ni, tapi kot ye pun nak
promote dalam filem, mungkin boleh
subtle sedikit. Bagi aku, terlalu
obvious dan kadang-kadang nampak agak
desperate.
Overall, aku puas hati. Gua bagi 4 bintang! Ha, hangpa tunggu apa laie? Pi la tengok cepat. Nak kena kacau dengan Cik Lang ka? Hahaha!
Sebelum kau orang semua blah, layan dulu lagu Pujaan Hatiku oleh Histeria ni. Ni lagu yang aku paling suka dalam filem ini, music and lyric wise, terbaik!
Disclaimer: Gambar-gambar di ambil daripada laman Facebook
Kami Histeria. Like untuk tahu lebih lanjut tentang filem Kami Histeria.