Tuesday, March 3, 2009

Man ana~

Doa bangun tidur selalu lupa baca,
Bangun pun lewat,
Solat jemaah malas,
Al-Quran diwaktu fajar tak di baca,
Wirid ‘am tinggal,
Solat dhuha tinggal,
Mathurat tinggal,
Solat Zuhur tak berjemaah,
Kuliah/majlis ilmu/selawat malas hadiri,
Doa naik kenderaan yang pendek pun tak baca,
Doa makan pun kadang2 ingat2 lupa,
Doa selepas makan lagila,
Doa masuk keluar tandas pun tak baca juga,
Kiri kanan tak di utama,
Azan tak jawab,
Doa lepas azan pun bila teringat saja baca,
Baca Quran tak faham makna,
Solat qabliyah ba’diyah malas jugak,
Solat witir sekurang 1 rakaat pun tak buat,
Yang paling teruk sekali,
Doa nak tidur pun lupa baca,


Jadi yang tinggal hanya secebis amalan,

Namun,
Setiap amalanku sentiasa disertai riya’,
Setiap ibadahku diiringi ‘ujub,
Setiap solatku bersama lalai,
Setiap kebaikanku diceritakan pada orang,
Setiap nasihat yang ku berikan pada teman aku ingkari,
Setiap waktu berlalu teralih ingatanku dari zikir,

Apa nak dibawa mengadapNya ?
Sedang ni’mat Dia bagi tak dapat dihitung,
Untuk harini saja,pecah kalkulator kalu dihitung,
Dapat tidur satu ni’mat,
Bangun tidur satu ni’mat,
Buang air satu ni’mat,
Air ada pun satu ni’mat,
Nafas keluar masuk berpuluh ribu,
Mata berkedip tak terkira,
Sarapan,makan tengahari,petang,malam,supper lagi,
Dan lain2 lagila,

Jadi......,
Kenapa di lubuk hati mengaku baik,
kenapa rasa diri hebat sangat,
kenapa tak rasa bersalah,
kenapa aku sering tinggalkan kalam istighfar......

Dia tak pernah lupa beri ni'mat pada diri ini,
Tapi diri selalu sangat lupa padaNya,
Mengaku kasihkanNya sekasih-kasihnya,
Kenapa menipu?
Siapa "yang ditipu"?
Apakah gelaran yang nak diberi pada diri melainkan ZALIM,
Tiada gelaran yang layak pada diri melainkan hamba yang zalim.
Rabbana zhalamna anfusana wa inlam taghfirlana wa tarhamna lanakunanna minalkhaasirin,
La haula wa la quwwata illa billah.....


Siri motivasi diri sendiri dan masyarakat.

Dicopy bulat-bulat dari Anuar Mohamad

11 comments:

teyha! said...

aziz. 'manusia' tu maksudnya 'yang lupa'. kita memang lupa2 selalu, tapi kalau ade efforts, tu pun tuhan dah suka :)

efforts mesti ada.

HamiWeeRAé said...

trkena btg idung! bkn stakat xbaca doa mkn, kdg2 da abes mkn baru tringat, "eh ak da bace Bismillah ke blm ek td..?" dahsyat nyew!

Emiratez said...

Say no to Plagiarism... But say yes to Reverse Engineering...

ArsSisters said...

reminder...thanx aziz!

Ir A.Aziz said...

@ tayha - Sangat2 setuju ngan kamu. Ahh, aku harap aku dapat berubah menjadi lebih baik.

Ir A.Aziz said...

@ HamiWeeRAe - Hmm, pengajaran kat diri kau dan aku. Hahaha!

Ir A.Aziz said...
This comment has been removed by the author.
Ir A.Aziz said...

@ Emiratez - Plagiarism la sgt. Bukan aku dah mention ker nama author tuh. Ni kira quatation dah, AAZIZ style, bukan APA style. Hahaha!

Aku rasa post Anuar tu sgt bagus. Tak tau nak tukar / paraphrase tang mana dah. Huhu!

Ir A.Aziz said...

@ ArsSisters - Sama la kita. Reminder to ourselves.

nirzanputra said...

Thanx 4 d enlightening posting aziz....Keep up d good work...

Ir A.Aziz said...

@ nirzanputra - I directly copied it from Anuar's blog. Anyway, bnda baik kna la kongsi bersama kan? ;)