Sunday, October 25, 2009

En. Polis Trafik, Sila Baca Post Ini!

En. Polis, kat kawasan Batu 4 Jalan Ipoh, selalu jer jam kat depan Kompleks Mutiara tuh. Org dok parking kat tepi2 jalan berhadapan ngan complex tuh, although ada parking berbayar kat situ. Berleluasa pulak tuh. Saya geram bangat nih. Sbb jalan 3 lane jadi 2 lane.

Bas2 pon susah nak menurunkan penumpang dekat bus stop yg telah dihalang org pemilik2 kereta yg takder kesedaran sivik tuh. Bas2 tersebut terpaksa berhenti di tgh2 jalan untuk menurun penumpang. Disebabkan itu, selalu berlaku kesesakan di situ yg mengakibatkan kenderaan bergerak perlahan sehingga hampir 1km jaraknyer. Hampeh sungguh. Terus terang sy katakan, sy marah betol ngan org yg parking kat situ dan juga marah kepada En Polis sbb En Polis mcm x buat kejer (macam ok, bukan memang..). Tahap hormat sy terhadap En Polis dan rakan2 sgt sedikit ketika ini. No offence En. Polis.

En Polis, lepas nih sy harap ada la sorg daripada anda di assignkan kat situ. Kasi saman jer keter yg parking kat situ. Baru padan muka dorg. Setakat lepak sign "Zon Tunda" buat aper. En Polis kena turun sendiri lebih kerap, kasi saman dorg. Baru la xder org parking lagi kat situ.

BTW, ada lagi satu kes. Kat Jalan Ipoh nih sy rasa ada byk sgt traffic light yg redundant (berlebihan dan boleh dibuang). Contohnyer, dihadapan Kondo The Maple tuh. Itu boleh dibuang rasanyer. Pastu, kat simpang Ampat Tin yg lama tuh. Kalo jalan dah tutup, buat aper nak wat traffic light lg. Geram sungguh. Sila ambik tindakan yer.

K ar En. Polis. Sy dah malas nak menaip. Sy harap En. Polis dapat mengambil tindakan yg sewajarnyer secept mungkin. Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

Abdul Aziz Ahmad yg hensem dan kacak bergaya.




P/s - Saper tau mcm mana cara yg betol nak wat complain kat polis traffic (other than kena pg balai). Haha!

8 comments:

NajLa ShuHuD said...

Ini cadangan aku la kan.. Kalau trafic light yg byk2 & menyusahkan tu, ko kena buat aduan kat JKR.. Tp yg bab2 saman ni mmg betul la kat en polis.. Cumenye bila ko tulis Abdul Aziz Ahmad yg hensem kacak bergaya tu mesti diorg xmo layan ko.. hahaha! (jgn marah ye Aziz)

NajLa ShuHuD said...
This comment has been removed by the author.
ajezahmad said...

@ Najla - Repot kat JKR ker? Aku malas la nak call2. Kang dia byk tny. Kalo email jer bleh? Hehe.

Dorg x layan ek kalo aku tulis aku hensem? Hahaha! Dorg cemburu.

ffincher said...

try call, sebab diorang akan terus dengar. hantar email, tunggu matahari keluar telinga pun diorang tak baca. aku pernah call polis kul 11.30 malam. diorang masih bersopan santun. hehe.

tapi aku setuju yang part abdul aziz ahmad yang hensem dan kacak bergaya.

ajezahmad said...

@ teyha - Nak kena call ker? Malasnyer.. Tp, kalo arwah ayah aku ada, mesti dai dah call. Dia lg pantang benda2 mcm nih drpd aku.

ffincher said...

meh bagi aku call. aku suka call untuk komplen2 ni. hihi. sebab rakyat dah bayar cukai.

ajezahmad said...

@ teyha - hmmm, xper dulu kot. nanti aku pikirkan. :p

Dilla said...

Aziz,
apa kata buat surat & hantar ke Utusan Malaysia atau Berita Harian. Untuk lebih gempaq hantar ke Malay Mail atau The Star. Kalau ada sipi2 aduan awak tu berkenaan dgn seks (no offence) bolehlah contact Harian Metro. Diorg laju je kalau cite2 seks tu.