Friday, June 11, 2010

Apakah Ini?

Selari dengan umur saya yg semakin lanjut (lanjutkah?), saya telah mengambil keputusan untuk menulis post-post yang akan datang dengan cara yang lebih formal dan berunsur ilmiah. Bahasa-bahasa pasar mungkin akan dikurangkan, tidak ada lagi sebutan-sebutan ala-ala Mat Rempit (contohnya kewl, lebey, huhu, dowh, etc) dan post-post yg baru akan lebih menepati format karangan Bahasa Melayu SPM.

Mengapa saya mengambil keputusan seperti yang sedemikian rupa? Yang pertamanya, faktor umur. Saya perlu lebih matang. Agak malu juga kerana terdapat rakan-rakan sekolah yang lebih muda daripada saya mampu menulis artikel-artikel dengan Bahasa Melayu yang agak bagus. Sila lihat di sini dan di sini.

Kedua, setelah lebih enam tahun berjinak-jinak dengan bahasa penjajah, didapati bahawasanya tatabahasa dan kosa kata Bahasa Melayu saya menjadi tunggang-terbalik. Teringat peristiwa dua bulan lepas, tatkala hadir untuk menjawab soalan Ujian Penjawatan Gred 41, salah satu bahagian yang perlu dijawab ialah karangan Bahasa Melayu. Tatabahasanya ke mana, kosa katanya ke mana dan sebagainya. Pada masa itu, saya sedar bahawa tahap penguasaan Bahasa Melayu saya lebih teruk daripada pelajar-pelajar tingkatan tiga. Sedar akan kesan yang buruk tersebut, saya mengabil keputusan untuk mengubah gaya penulisan saya di blog.

Mungkin ada yang akan kata, saya ini agak poyo dan perasan bagus, tapi, ah, biarkan saja mereka itu. Kepada pembaca-pembaca setia saya, jangan risau, saya masih seperti dulu. Post-post yang saya akan tulis bukannya 100% formal. Akan juga diselit-selitkan Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa pasar, cuma penggunaannya akan dikawal. Unsur-unsur lawak jenaka juga masih akan dikekalkan. Saya berkeinginan untuk menulis seperti yang dilakukan oleh sahabat saya, Sri Hanna. Lawatilah blog beliau di sini. Separa formal, tapi masih sedap dibaca bukan? (Kepada Sri Hanna, aku pasti selepas ini, tahap pengembangan hidung kamu melebihi tahap serombong asap gergasi di E4. *Gelak Jahat*).

Panjang sudah saya melalut. Apabila di baca semula, saya memang kedengaran seperti poyo. Ah, biarkan saja.

Baiklah, jumpa lagi nanti. Assalamualaikum.


9 comments:

hannaH said...

ko memang super poyo..hahah..mari2 berblog dgn bahasa melayu!

hannaH said...

ko memang super poyo..hahah..mari2 berblog dgn bahasa melayu!

ajezahmad said...

@ hannah - ko yg paling poyo sebenarnyer. hahaha!

hannaH said...

ajes...semestinya!haha

Boy said...

tanda2 penuaan berlaku

ajezahmad said...

@ boy - hampagas.

NANOMEOW said...

Hehe, tapi kadang2 akk ske tulis skema2 poyo2 ni....dulik hape huhu~ ops...huhu itu tidak elok ke? Macam katun kn..heh. Tak kesah la. Kdg2 kena katunkan diri sbb real life sgt menyedihkan. Kena gembirakan ati sndiri dgn apa jua cara....

Anonymous said...

oh, baru perasan, ko dh tukar imej ya? hehe. papepun, tahniah. haha

ajezahmad said...

@ suka x imej baru aku nih? :p