Thursday, July 29, 2010

Sherlock (2010)

Wah, agak lama juga aku tak kemaskini blog ni. Dianaktirikan. Hahaha! Kali ini aku nak cerita tentang satu siri TV dari BBC. Memang best la. Aku baru tonton satu episod pun sudah boleh teruja. Nama siri itu Sherlock. Ya, Sherlock yang Sherlock Holmes itu, tetapi yang ini versi TV Series punya.

Watak dalam cerita ini sama seperti yang dalam novel Sir Arthur Conan Doyles, cuma kali ini, Sherlock hidup di abad ke 21. Pandai guna smartphone kot. Dan yang paling best, dia suka ber-text messaging. Haha! Housemate Sherlock, John Watson juga ada dalam series ini. Juga organisasi Moriarty.

Nah, aku sajikan kamu semua satu deduction scene dalam episod pertama Sherlock. Senang nak difahamkan sebab ada visual aid kot. Sangat menarik. Lain daripada yang lain.





Baca lebih lanjut di sini.

P/s - Tetapi The Mentalist masih tetap di hatiku.



1 comment:

Wee®Aé said...

whoaaaa~ mcm bez la! tapi....aku da lama xdonlod citer2 brsiri nih. hard disk aku da penuh. haha. mintak hard disk weh. ko kan tokei cekelat. ;p