Wednesday, September 1, 2010

Taja Dan Waqaf


إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية ، أو علم ينتفع به ، أو ولد صالح يدعو له
“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].




Ramadhan semakin ke penghujungnya. Sebelum terlambat, suka saya menghebahkan satu program yang saya rasakan perlu bagi setiap umat Islam melakukannya. Pahala free, siapa yang tidak mahu. Program tersebut dinamakan "Taja Dan Waqaf".

Sangat senang. Apa yang saudara-saudari perlu lakukan, hanya pergi ke mana-mana masjid berdekatan dan cari banner "Taja dan Waqaf" tersebut. Buat masa sekarang, saya hanya perasan yang booth-booth hanya dibuka di masjid-masjid di sekitar Kuala Lumpur.

Apa yang akan ditaja dan diwaqafkan? Anda boleh menafkahkan seberapa banyak al-Quran yang anda mampu. Senaskah pun tiada masalah. Senaskah hanya RM20-RM30. Tak mahal bukan? Al-quran yang anda taja akan diwaqafkan di sekolah/masjid di negara-negara Asia Tenggara yang lebih memerlukan seperti di Cambodia dan Vietnam, jika saya tidak silap. Anda boleh tujukan soalan ini kepada wakil yang menjaga booth tersebut untuk mendapatkan kepastian.

So, apa lagi. Jom Taja dan Waqaf. Beramal jariah tuh. Tak rugi sesen pon. Malah, dapat bonus lagi selepas kita meninggal. Personally, saya rasa, amalan bersedekah nih paling senang untuk dilakukan. Tak semestinya anda hanya perlu join program ini. Anda juga boleh mendermakan sejumlah wang ke masjid atau ke sekolah di kawasan tempat tinggal anda. Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal.

P/s - Terskema plak aku dalam post kali nih. BTW, pakcik jaga booth tuh perasan aku snap pic dia. Malu la pulak. :p

4 comments:

Dilla said...

Alhamdulillah. Bagus Aziz tulis post ni. Banyak cara boleh bersedekah ni sebenarnyakan. Antara kita mahu atau tidak sahaja.

IrAziz said...

@ mdm Dilla - Betoi tuh mdm. Nak ke tak nak kwn2?

adlan said...

ni mesti dekat masjid wilayah ni kan?

ajezahmad said...

@ adlan - Aah, kat mAsjid Wilayah. MAna ko tau? :)