Thursday, May 19, 2011

Biadap Sungguh Dia Ini

Pertama sekali, ini post berunsur emo (iyalah tuh.. ).

Sebelum aku mulakan post ini, aku mahu meminta maaf jikalau ada siapa-siapa yang merasakan penggunaan perkataan 'biadap' itu agak kasar. Kalau diikutkan, itu sudah lebih lembut kalau dibandingkan dengan perkataan 'bodoh' atau 'tak guna', yang aku memang nak sangat cakap dalam post kali nih. Opps, terlepas lah pula. Maaf.



Kanapa? Pemandu WNF 1635 yang melalui Jalan Tun Razak sekitar jam 4.30 petang tadi agak biadap kerana TIDAK MEMBERIKAN LAMPU SIGNAL KE KIRI/KANAN setiap kali mencelah masuk dihadapan kereta lain, termasuklah kereta aku.


Aku memang pantang dengan sikap segelintir pemandu yang biadap atau berat tulang untuk memberikan lampu signal yang hanya memerlukan tenaga tidak sampai 1Nm/s itu (Betulkah unit tenaga ini? Tenaga = Kerja/Masa kan? :p ). Bukannya susah. Bukannya perlu bayar apa-apa. Bukannya akan merosakkan kereta anda. Mungkin ego anda terlalu tinggi. Dalam kepala anda seperti ini, "Aku hebat. Tak perlu bagi signal. Signal untuk mereka yang skema". Bengong!


Apa-apa pun, tahniah la kerana membuatkan aku marah dan meluahkan kemarahan aku ini di dalam blog yang sudah hampir 2 bulan tanpa sebarang kemaskini. Padan muka kau. Gambar kereta kau masuk dalam blog aku yang dibaca hampir 10 000 orang di dalam dan di luar negara (Berangan sangat kan? Hahahaha!). Lepas ini, kalau jumpa, kita pakat baling telur ramai-ramai (Gelak jahat).

Yang lain, termasuklah aku, sila ambil pengajaran. Tak susah pun kalau nak bagi signal. Sejuk sikit hati pemandu lain, sekiranya anda memberi signal sebelum mencelah di hadapan mereka. Lebih baik, angkat tangan sekali, tanda terima kasih.

Renung-renungkan dan selamat beramal! :)


7 comments:

Una said...

nak bagi signal pon malas.. mati baru padan muka!!

Ir A.Aziz said...

@ una - pantas dan bergaya sungguh ko reply. haha!

Anonymous said...

aziz. aku pun sungguh menyampah ngn org yg xbg signal. sshkan hdup orang...most of the time

Nur Adibah said...

Ak pn x suke org yg x bg signal. Mmg ak membebel la dlm kete kalu jumpe org mcm ni. Ade plak kes yg bg signal kiri, tp msk kanan. Mmg bengang giler!

Ir A.Aziz said...

@ anonymous - Bukan most of the time, mng all the time menyusahkan org. Kalo eksiden ke aper, saper yg susah? Mereka dan keluarga mereka. :p

Ir A.Aziz said...

@ Dibut - Ko membebel, aku lg ganas kot. Xnak ar citer kat cni. Hahaha!. Hmm, sama2 la kita membengangkan diri.

T2s said...

Sy x bg signal kalau xde org :p
Sy pon menyampah dgn org x bg signal. Sakit hati rasa nak langgar jer org mcm tu.