Sunday, May 22, 2011

Upgrade PC

Bulan lepas, aku berjaya gagahkan diri untuk menaiktarafkan system PC aku. Sebenarnya, sayang nak upgrade sebab PC yang sebelum ini sudah banyak berjasa dekat aku, dari 2005 tu. Hampir enam tahun. Pada masa yang sama, kebetulan desktop PC rumah kakak aku rosak, aku pun jadikan alasan la, nak menderma desktop yang lama tu kepada dia, dan aku akan beli yang baru. Well, inilah hasilnya:


(Sila klik untuk paparan yang lebih jelas)


Tak ada la hebat sangat. CPU aku guna i3 je sekarang. Kalau diikutkan, mahu saja ambil i7, tapi apakan daya, bajet tidak lepas. RAM sudah tentu la DDR3, tapi 2G jer baru. Masa beli tuh, aku sempat tambah hardisk sampai 1 Terra. Dah murah ye hardisk sekarang. 1T tak sampai RM200 pun. Plus, aku sempat jugak tambah graphic card ATI Radeon HD 5500 Series. Kononya untuk main game bagai, tapi last-last, game yang dinstall hanya Guitar Hero dan Angry Birds. Huhu.





Antara lama dan baru. Jangan tanya aku, kenapa casing yang baru ada bunga--bunga bagai. Aku pun tak perasan masa orang kedai tu tolong pasangkan, sampai la aku buka kat rumah. Dalam hati ada taman tuh. Well, yang penting, dalam dia hardcore. Hehe.

P/s - Sesiapa yang masih menggunakan Intel Pentium 4 itu memang last season. Upgrade jer la weh. Tiru macam saya. :)




4 comments:

Una said...

ko punya CPU tu sekali pandang mcm handphone la.. aku dok fikir td handphone apa ko pakai? haha~

Ir A.Aziz said...

@ Una - Aku masih lagi mnggunakan HP Sony Ericson yg cikai tuh. Tgh tnggu duit kutu, utk beli hp baru. Ko guna BB kan? Best x? Byk x apps leh donlod?

Una said...

weh.. aku advice ko beli iphone la kot.. bb ok tp lg puas kalo pakai iphone.. bb aku ni bos aku belanje..huhu

Ir A.Aziz said...

@ Una - Iphone macam overprice la. Aku ada baca, some android lagi best and cheaper. Tp x sure nak cari yg mana satu. :p