Monday, September 8, 2008

Meniru Ker X?

Sebelum aku nak citer post aku nih, aku nak wat announcement sket. Kalo korg perasan, aku dah remove mp3 player kat sidebar aku? Naper? Sbb annoying tol bunyi dia bila tersekat-sekat when aku surf internet kat CC or guna wireless modem (dia lambat buffering). Oleh yg demikian, saya ingin mengajak member2 yg len, buang jer la muSic pLayer tuh. Menyemak jer. Hahahaha!

Wah! Apparently, bukan aku sorg yg sedey pasal exam last Saturday. Budi pon tension gak. Yeah! Eh, maksud aku, ada gang utk bersedih la. Hmm.

Hampeh tol la. Exam ari tuh tak boleh score. Even aku wat assignment sendiri, hafal rumus bagai nak rak before exam, even pegi library on the night before the exam (it was a miracle.. hahaha!) pon xboleh jawab jugak. Sampai aku rasa baik tiru jer assignment, bawak toyol time midterm sumer, utk score.

But then, i realized, yg cara yg melakukan sesuatu tu lebih penting daripada dia punya outcome. Walaupon aku dapat score, tapi menipu, wat per kan? Wat dosa jer di bulan Ramadhan nih.

Cakap pasal cheating nih, teringat kat lec aku sorg, Dr. Unggul (Object Oriented Programming), yg tulis mcm nih kat quiz paper:


"Is Cheating Your Dignity?".

Hahaha! Sumer sentap, xmeniru time quiz.

Sorg lagi lecturer aku yg menggunakan approach yg sama ialah Dr. Ibrahim. (Comp Simulation in Biological System) Dia tulis mcm nih kat every assignment -->

"Integrity is a cornerstone of the scientific enterprise and as a Muslim. Scholastic dishonesty will not be tolerated and will be prosecuted to the fullest extent. "

Sebelum aku terlupa, ada lagi sorg lecturer yg sidi mengingatkan student2 nyer pasal cheating nih dgn meletakkan article ini di 'anouncement box' kat elearn.iiu.:



Hmm, Dr. Maan namanye (Project 1).

Hmm, bagus sumer2 lecturer aku nih. Mengingatkan student2 sumer yg meniru adalah satu kesalahan. Sepatutnyer kita xperlu dingatkan since kita sumer sepatutnya sedar yg meniru tu memng satu kesalahan sebelum kita lahir lagi. Hoho!

Hmm, inilah tazkirah saya sempena Ramadhan ni. Oleh yg demikian, saya ingin menasihati dir saya dan saper2 yg nak tiru2 dalam quiz or in exam supaya baca balik post ni dari awal sampai habis. Jika anda terasa ingin meniru gak, sila baca balik post ni dari awal sampai habis, dan ulang secukup rasa.

Okeh, renung2kan dan selamat beramal! (tiru trademark Ust. Zizi)

Roger and Out!!!

1 comment:

Anonymous said...

aziz...biarlah sedikit asalkan berkat..hehe