Monday, September 8, 2008

Shopping Barang2 Computer

Hari tuh aku kuar, gi Time Square, nak bayar bil tenet U Mobile. Pastu sempat la singgah ke Low Yat jap. Beli barang2 comp aper yg patut. Berikut adalah barang2 yg aku beli:-

Ink printer

Memang lama nak beli. Bila tny berapa harga, ni jawapan yg diterima:
  • "color ori RM70,"
  • "ini ori punya, RM76,"
  • "owh, black RM 65, color RM75,"
  • "RM 71"
Awat mahal nak mampus ink nih? Guna xsampai setahun pon. Hmm, last kali aku gi tanya lagi satu kedai, "Berapa harga Canon 41 (color) nih?". Org kedai tu jwab, "RM 66." Hmm, dalam hati aku "Hmm, Nice! beli sudah. Ada gak kedai yg jual murah.". Aku pon beli. Yg Black pon beli gak (RM55). Berbaloi gak ar penat2 pusing satu Low Yat tuh, mencari ink.

Mouse

Beli mouse utk anak buah. Sian dia lama dah xmain comp sbb mouse rosak

Hardisk

X plan pon nak beli Hardisk nih. Lepas berfikir panjang, alang2 aku dah ada kat Low Yat, bek aku beli Hardisk. Boleh sedut Anime ngan Series byk2 dari LAN sebelum aku grad. Aku pon beli satu. Yg 640G punya. Kewl!

Power Supply

Disebabkan dah beli Hardisk baru, aku kena tukar Power Supply sbb wayar utk Hardisk yg sedia ada kat Power Supply aku yg lama aku x mencukupi. Lagi pon, Power Supply yg aku guna tuh cap ayam punya. Takut dia x cukup supply power and then boleh menyebabkab Hardisk crash (bak kata member aku sorg nih..).

Dah ar. Malas nak tulis panjang2. Berikut adalah gambar2 yg aku sempat snap time kuar ari tuh:-

Belon gergasi berbentuk roket kat dalam Low Yat. Cool sbb bleh control guna remote.



Low Yat yg sentiasa busy dan ramai org





On da way balik, aku naik Monorail. Baru perasan yg Monorail nih is not fully automatic. Still kena ada driver yg control.



Senag jer driver tu bawak. Nak accelerate, push the joystick. Nak slow down, tarik ke belakang.


Tukar tren di Dang Wangi. Hush, tiggi wo dia punya elevator. Ada la 3 tingkat.


K ar. Dah byk dh aku update nih. Nak study plak nih.

Okeh,

Chow Chin Chow!

4 comments:

ghufxpert said...

Sampai hati ko xsebut nama aku yang cakap hdisk maybe crash tu..aku pun nak glamor jgk dlm blog ko yg xglamour nie...hahaha..saje aku nak tambah backlink aku je,sbb tu aku comment nie..hoho.,

Ghufxpert
www.myceloteh.com

aaziz said...

Owh En. ghufran, x sangka ko akan baca blog aku yg vogue ni. Hahaha! Nanti aku visit ko pny website yer.

Chazzie Fairuz said...

wahh...hardsisk nk sedut anime! patut disarankan pada k.aton! dia pakar curik drama korea & taiwan! hahaha... hmm..bercakap tentang monorel, teingat k.aton yang mengorat pakcik yg bwk monorel tuh...hohoho.. *larik*

CIKSELAMPIT said...

aku canangkan kau beli kamera digital..khas untuk blog..clear skit..ni x,bila tgk gambo2 kat sini rasa macam lupa nak titik eye-mo kat mata je..Ahaks!!!