Friday, February 27, 2009

Hari Ni Yg Menggelabah~

Ah, hari nih ada presentation untuk progress fyp. Aku sangat2 tak bersedia. Pagi td sempat la aku bermain2 dgn software fyp aku yg agak membosankan tu.
Aku masih belom berjaya untuk mendapatkan 'docking score' yg rendah berbanding dgn yg before mutation. Ades.



Nak dijadikan cerita, aku pny turn tok present pkul 10.40 am. Tp aku suker kuar awal. Pagi td before 10.00 am pn aku dah kuar bilik. Mana la tau jd aper2 kan... Tiba2, memang jadi something pon. Aku dah kat luar meeting room, raba2 poket (poket sendiri, bukan poket org lain), alamak! Hampeh! thumbdrive tertinggal. Alhamdulillah aku perasan awal. Maunyer kalo time nak persent baru nak perasan, mati aku~


So, aku pon mula menggelabah. Terfikir nak menapak balik ke bilik. Ahh, jauhnyer~ Tiba2, Allah bagi idea, Alhamdulillah. Aku teringat yg kat bilik aku ada internet. Aku pon cpt2 menelefon Amir.


"Weh, ko tolong tgkkan tdrive aku. Ada satu folder nama 'FYP Progress'. Leh ko email kat aku?", aku menanya.


"Okeh2..", dia reply.


Nasib baik Amir dah bangun. Kalo x, ntahler. So sementara Amir mengupload file2 aku, aku pn mencari2 thumbdrive tok donwlond file2 tuh. Alhamdulillah terserempak ngan Rahim kat environment lab.


"Rahim, aku kol ko td. Nak mtk tlg sket, pinjam thumbdrive. Nak present, tp thumbdrive tertinggal"


"Okeh2, Amik ar.", katanya


"Nanti dalam kol 11 lebey aku pulang balik", aku jawab balik.


Ah, terima kasih Tuhan sbb kasi aku kawan2 yg x berkira untuk tolong aku. So, proceed balik. Selepas selamat mendonload file yg telah dicompresskan ke dalam bentuk '.rar', aku baru perasan yg kat lab E5 tuh xder Winrar. Ahh, turn aku lagi 10 minit. Cuak2~ Last2, aku ke E0 untuk mengextract dokumen2 tersebut. Berjaya.


Then, aku ke E5, berlari2 untuk present. Sampai2, Aina tgh present. Alhamdulillah. Turn aku belom lagi. Pas Aina, Izzah pulak present. Kagum ngan Izzah sbb berjaya buat 'docking' yg banyak dengan jayanya. Pas Izzah, aku pulak present. Sekali, nak bukak file jer,


"Ahh, x mungkin!", jerit batinku.


File word yg aku save dalam format '.docx'. Tak boleh bukak kat laptop yg disediakan. Kecewa. Sbb bukti aku sumer dalm tuh. So, aku proceed jer ngan power point yg aku ada. Aku mintak maap kat lecturer2 kat situ, cakap aku xleh show bukti sbb tak boleh bukak,


"I am sorry because I can't show you the figures because I accidently save the document as '.docx' and this computer can't recognize it".


Habis jer present ngan jaya + goreng2 yg hangus2, tiba la sesi soal jawab. Dr Elwathig pn ckp mcm nih,


"So, are you gonna bring your own computer next time?", dia perli.


Ah, sentap.


"No sir. I am sorry. I have learnt from my mistake. Next time I will check my file first", aku menjawab.


"Maybe you can just 'print screen' and paste it in the slides", he suggested to me.


"Ye la. Tau la. mmg nak buat pon tadi. Cuma xsempat jer. Sbb sebelum nih aku dah wat dalam Word. Xsempat nak paste dalam Power Point", hati kecilku menjawab. Hahaha!


"So, do you have any problem?", Dr Elwathig tanya balik.


"InyaAllah, in term of resources, I will have no problem since my project is dealing with computer and I just need to go through the internet if I need anything", aku jawab ngan konfiden.


"How about your software. You said just now, the license is expired. How?", di tny balik.


"Oh, Dr Ibrahim had taught us some trick we can just..."


".. Oh, just adjust the time. Okey2. I understand", dia menambah


"So, basically you are cheating", Dr Azura bergurau ngan Dr Ibrahim.


Satu bilik gelak.


"And.. Is it halal?", Dr Elwatig menambah.

Alamak, dah masuk bab halal2 plak. Mentang2 sorg supervisor aku, Dr. H. mmg kejer kat Halal Center.


Satu bilik gelak lagi.


"Ha, I...", aku terpaku. Last2, Dr Ibrahim backup.


"Actually, we had already install the licensed one in one computer and... bla... bla.. bla...", dia mula bercerita.


Hahaha! Itu jer pasal presentation tadi. Agak menggelabah dan to be honest, aku sendiri tak puas hati ngan progress aku. Aku kena lebih bersungguh2 selepas nih. Doakan aku yer.


Chow!



6 comments:

Emiratez said...

Nasib baik ko ade rumet yg baik cam aku ni walaupun aku pun tgh gelabah nk kuar dating time tu. Wahahaha..

HamiWeeRAé said...

haha.. klaka.. wish i wuz there (utk gelak jgk)..

Ir A.Aziz said...

@ Emiratez - Oh, kuar dating ek? Perlu la gelabah.

P/s - Dilarang masuk ke dalam bakul dan angkat sendiri.

Ir A.Aziz said...

@ HamiWeeRAé - LOL, nak gelak gak? Hahaha! Xyah la. Malu seyh~

myadlan said...

wah.. gila complicated software ko pakai tu.. tak faham langsung!

Ir A.Aziz said...

@ myadlan - Comlicated? Memang pon. Aku sendiri pon xpaham. Muahahahaha!