Saturday, September 19, 2009

Bersangka bUruk pada sEhari seBelum raYa (^.^')

Monolog~~ (Bila baca balik tajuk kat atas, mcm tajuk katun Shin Chan plak.. Sbb panjang~ Haha!)

Ok2, baca elok2 nih. Aku nak citer nih. Esok hari raya. Konpem2 la ramai akan hantar msg raya bagai. Tu dah jadi mcm tradisi dah. Mana ada org main kad raya weh. Kos tuh. Duit2~ Haha!

Aku pon dapat ar beberapa msg raya yg agak best hari nih. Ada la dalam 50++ (exaggerate siot!). Lepas baca, mesti la ada perasaan nak reply. Aku pon try ar reply. Tiba-tiba,

"Eh, apsal sending msg failed nih. Kentut tol la"
"Nih mesti sbb jam nih. Ramai sgt nak antar msg. Hampeh punya Maxis. Servis x bagus. Try guna Celcom plak", aku bermonolog.

Aku pon try reply msg guna no Celcom aku,

"Hampeh, x boleh gak! Ramai sgt ker org nak msg nih?", sambil menekan butang 'Resend' byk2 kali. Last2 give up.

Pastu aku berfikir. 1 minit.. 2 minit... Adakah?! Jeng Jeng Jeng!

Aku pon tekan butan *122# kat no Maxis aku ngan *124# kat no Celcom aku. Didapati bahawasanye crdt aku untuk dua2 no dah abes. Kuang Kuang Kuang!

Jahat tol aku bersangka buruk kat Maxis ngan Celcom. Sian dorg. Haha! Pengajarannyer di sini. Don't make premature conclusion. Siasat dulu okay.

Aper2 pon, aku nak ckp thanks byk2 kat member2 yg dah send msg raya kat aku. Selamat Hari Raya gak kat korg. Mintak maap salah silap, kalo ada. Aku maapkan korg. Kosong-kosong yer. Hahaha! Ptg karg kalo aku sempat beli topop, aku reply yer. Aper2 pon, gambor kat bawah nih untuk anda sumer.



Siri nasihat untuk diri sendiri dan rakan-rakan.

P/s - Lapo giler plak hari nih.

Inspirasi Abadi

Ntah kenapa, sejak akhir2 nih, aku suka giler kat lagu nih. First time dgr, mcm hampeh jer lagu nih. Tp lepas dgr byk kali + menghayati lirik., best jugak lagu nih. Bukan best jugak, best giler siot! Berhantu siot lagu nih.

Dgr ar. Sesuai utk korg forward ke mak/cikgu/kawan baik korg.

Lagu nih aku nak tujukan kat insan2 yg byk bekorban utk aku. Sesaper jer la.. Time kasih byk2!!



Di kala ku sunyi
dibuai rindu pada kamu
ku kenangi keikhlasan yang terindah
dari jiwa untuk ku teruskan
mimpi mimpi dalam hati

oh pengorbanan tanpa keluhan
ku hargai ke akhir hayatku ini
kau teristimewa anugerah hidup palingku abadi
ini lah inspirasi bagiku

di kala hati ku
dibadai sendu ku tercari
sinar itu dimatamu yang menyerikan hariku
tanpa kamu teman ku tiada kekuatan

oh pengorbanan tanpa keluhan
ku hargai ke akhir hayatku ini
kau teristimewa anugerah hidup palingku abadi
ini lah inspirasi bagiku

betapa hidup berubah setelah sekian lama
payah bertukar jadi bahagia

oh pengorbanan tanpa keluhan
ku hargai ke akhir hayatku ini
kau teristimewa anugerah hidup palingku abadi
ini lah inspirasi bagiku

oh pengorbanan tanpa keluhan
ku hargai ke akhir hayatku ini
kau teristimewa anugerah hidup palingku abadi
ini lah inspirasi bagiku

inilah inspirasi..
bagiku..

Download mp3 Inspirasi Abadi by Ayu di sini.

P/s - Please ignore gambar Ayu yg poyos tuh, Aku pon x berapa suka ngan imej dia yg skrg nih.

Pandu Ngan Cermat, Ingatlah Org Yg Tersayang

Semalam aku gi amek kakak ar, dari Changloon Kedah. Mak aku suruh teman dia balik ke KL. Malam sebelum tuh aku gi Kedah naik bas dua tingkat. Best siot. Haha!

Aper yg aku nak citer kat sini ialah pasal otw balik ke KL semalam, ada accident berlaku kat area Gurun. Baca kat sini kalo nak tau lebih lanjut. 4 org maut terbakar. Innalillah..

Kepada saper2 yg drive time cuti2 raya nih, bawak ar kete elok2. Pastikan ada jarak antara anda dan keter depan tuh, so bila aper2 terjadi, sempat brek, insyaAllah. Personally, time accelerating, aku akan pastikan jarak antara aku ngan keta depan mesti sejauh dua bijik keta. Aku pon kengkadang x perasan org depan brek (^.^'').

P/s -

Jam smlm sgt teruk. 1 jam aku tersekat kat situ. Last2, terpaksa U-Turn sebab jalan kat depan tuh mmg x leh lalu. Kena guna jaln persekutuan sampai ke Sg. Petani.


Nightmare Before RAya~

Aku baru abes ngkut barang2 aku dari rumah sewa kat Perak smlm. Wah, byk giler! X larat den nak kemas. Rumah pon x kemas lg.




Ni aku nak pesan, kepada sesaper yg malas nak kemas umah (mcm aku. haha!), kalo malas nak tolong kemas pon, at least, jgn la sepahkan rumah tuh. Pesanan utk adik-beradik aku yg suma bersepah. Ces sungguh.

Tuesday, September 15, 2009

Bila aku nak stat posting lagi nih?

Lama giler x update blog siot. Aku nak update, tp sbnrnyer tgh tunggu PC aku. PC aku xder ngan aku skrg. Ada di Bagan Serai. Rindu giler kat PC aku siot! Aku x leh hidup tanpa PC aku yg best tuh.

Tunggu ar minggu dpn. PC aku akan pulang ke pangkuan aku Jumaat nih. By then, InsyaAllah aku akn jadi active blogger balik. First aku nak wat, tukar header yg poyo nak mampus nih. X pon, cari template yg cun2. Skrg musim org tukar template dah.

K ar. Sebelum aku blah, sempat lagi aku rasa nak ucapkan selamat berpuasa kat sumer org. Grab la all the opportunity dalam sepuluh malam terakhir nih. Pesanan untuk diri aku sendiri jugak.

K ar. TTFN!

P/s - Apekah motif aku letak gambar Ben 10 dalam post nih? Hahaha!